Selasa, 9 Jun 2009

CISS.. BORING BETULL!!!..


Dalam sehari duo ni line internet kat banglo 8 tingkat gua tak berapo nak ok.. (bukan tak berapo lagi.. langsung memang dah tak ok..) cisss boring btul.. tak tau apo masalahnyer.. nak kato gasket bocor baru minggu lepas gua tukar baru.. nak kato rantai putus tak mungkin la plak.. lagi pun absober ngan timing belt pun gua baru tukar.. Nampaknyer tak dapat ler gua nak upgredkan blog gua ni.. tu yang membuatkan ramai pembaco yang ternanti-nantikan blog gua ni naik angin sampai berlaku rusuhan kaum kat Nairobi..


Mael Pomen yang gua panggil untuk menyisat kes ni minggu lepas telah berjaya mencari punca masalah sebenar.. kata beliau dari hasil penyelidikan getah keping yang dilakukan.. ini semuo berpunco dari server yang dah terkena penyakit down syndrom.. Gua yang tak tau apo-apo pun diam jer la.. hanya mengiyokan jer apo kata si Mael Pomen.. dengan berkat kegigihan dan ketereran Mael Pomen... beliau telah berjaya menambah jahanamkan server tersebut dengan lebih teruk lagii..


Satu mesyuarat tergempar juga telah diadakan diantara ketua2 kampung di Perak dan N9 bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Nuek.. ketua kampung Rungkup bersama saudara Manhasan dari kampung Paya Mat Insun telah berlangsung selama 3 hari 2 malam turut berjaya menghabiskan 3 kuali behon goreng dan seraga karipap bersama dua tong air sirap.. Mereka juga telah turut berjaya mencapai kata sepakat untuk menambah lagi 2 kuali behon goreng dan 2 tong air sirap lagi.. bagi menambahkan lagi kerancakan mesyuarat tersebut..


Sementara menunggu Mael Pomen menjahanamkan lagi server tersebut .. boleh ler korang smua melakukan senaman ringkas seperti lari setempat atau lompat katak sekeliling kampung dan mano yang ado scambler tu bleh ler korang merempit kat tengah sawah... bagi yang takdo benda nak buat tu bleh ler korang duduk diam-diam kat bawah pokok pisang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan