Jumaat, 26 Jun 2009

BANDUNG.. ANTARA SATU MIMPI


Pagi-pagi lagi para peserta dan spy Penanggah terpaksa blah meninggalkan Jakarta untuk menuju ke Bandung.. ini bukan apo.. terlalu ramai sangat peminat Penanggah di Jakarta rupernyer sehingga pihak penganjur terpaksa memanggil FRU dan Transformers Megatron serta Optimus Prime bagi menyuraikan peminat yang berpusu-pusu sejak pukul 4.35 pagi lagi waktu Jawa Barat bersamaan pukul 8.20 malam waktu di Senegal.. 


Namum itu tidak menjadi soal serta halangan kepada para peserta yang begitu ceria seta tidak sabar-sabar untuk berangkat ke Bandung setelah berjaya melepasi beberapo masalah seperti tempat tingal dan kesuntukkan maso untuk bershopping pada hari pertama sampai di Jakarta..  


Jarak perjalanan dari Jakarta ke Bandung kira agak jauh jugak.. biaso kalau pak supir ManHasan drive ia akan mengambil maso tigo hari duo malam untuk sampai tapi dengan ketereran gua drive ia hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam jer.. itu baru gua pakai gear satu jer tu... belum lagi masuk gear duo.. kalau tak.. mau sejam jer dah sampai.. haaa amcam terer tak gua.. haaa terkejut korang dengar cerita gua ni.. okey kito sambung lagi... hahaaa..


Perjalanan pada mulanyer bermula agak hambar.. namun setelah peserta kampung Sireh iaitu Kimbo dan Nuek dari Rungkup melakukan aksi-aksi tomoi dan tai chi yang begitu ganas dan ngeri.. barulah keadaan bertukar menjadi riuh-rendah dan kucar-kacir seperti kapal karam.. sambil itu penumpang dapat jugak melihat pemandangan indah seperti sawah padi dan gunung-ganang yang di liputi saji di sepanjang pejalanan tersebut.. 


Disini padi ditanam tidak mengikut musim kerana kita boleh tengok ado yang menuai.. ado yang menanam dan sebelah petak sini ado pulak yang sebok membajak.. alaa.. kiro macam orang tanam sayur ler.. lagi pun orang Indon ni memang rajin la tak seperti orang planet Zuhal.. sampai kat batas sawah pun diorang tanam jagung.. nasib baik batas sawah tu kocik.. kalau luas macam highway tu mau diorang tanam sawit..


Di Bandung aturcara para peserta terlalulah amat padat... tiada masa untuk bersantai atau berehat.. sesampai saja mereka terus dibawa ke Pasar Baru iaitu pusat membeli belah yang kira agak besar jugak.. iaitu lebih kurang enam tingkat.. menurut penganjur aktiviti di pusat membeli-belah tersebut diharap dapat mengurangkan stress dan sengal-sengal tulang para peserta yang sebelum ini sebok membentangkan kerja masing-masing di Mangga Dua.. 


Ady peserta dari Palong Satu turut menyatakan bahawa penyakit parkinson yang beliau alami sejak enam tahun lepas tiba-tiba saja sembuh sebaik saja sampai ke tingkat enam pusat membeli-belah tersebut.. perkara ini turut di akui oleh Kimbo yang menyatakan berat badan beliau susut hampir lapan kilo ketika sampai ketingkat empat dan bertambah susut sehingga duo kilo lagi sebaik saje beliau sampai di atas bumbung bangunan tersebut.. 


Namum begitu cik Hazirah peserta dari Kedai Buluh yang ditemui.. menyatakan bahawa penyakit latah beliau semakin menjadi-jadi sebaik saja melihat kain baju serta barangan murah yang terjual disitu.. ini membuatkan beliau tidak menang tangan untuk melayan kerenah peniaga-peniaga dalam Pasar Baru tersebut.. menurut anggaran awal.. beliau telah berjaya menghabiskan tigo juta rupiah dalam masa 2 jam.. ciss banyak gak duit awek ni...


Aktiviti para peserta turut dilajakkan sehinggga ke sebelah malam.. apo lagi.. shopping.. shopping dan shoping ler.. seperti di kawasan Heritage dan Summit.. namun begitu spy Penanggah dapat mengawal emosi dari turut terjebak di dalam aktiviti tersebut kerana terlalu sebok melayan kerenah cewek-cewek Bandung yang cantik-cantik.. yang terdapat di kawasan tersebut..


Lagi satu makanan disini kebanyakan nyer adolah masakan Sunda.. tak la best.. tapi bleh la dari kebulur tak makan.. ayam goreng pun kocik-kocik jer macam tak cukup makan.. patut la awek-awek Bandung ni pun kocik-kocik jer..

4 ulasan:

  1. nak try ayam goreng dia..mana tau aku pn jd kcik jgk ka..muahahahaha..

    BalasPadam
  2. mira lu kalau makan.. gua rasa mau jadi kocik macam budak tadika..

    BalasPadam
  3. aku rasa jd bby pa..comelnya aku...muahahahaha..

    BalasPadam
  4. ayam kocik2.. hik hik... sikimbo jadi kecik tak!...

    BalasPadam