Jumaat, 22 Mei 2009

FAM Tidak Layan Kafa


SELEPAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa meluahkan dilema yang dihadapi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula seperti enggan melayan kemelut yang dihadapi Kafa.. - Kosmo


Begitulah antara kemelut yang begitu kronik dihadapi oleh Kafa sejak penggantungan Maro.. penyerang hendap mereka yang terkenal dengan kelicikannyer menjaringkan gol sendiri ditempat sendiri.. Nampaknyer gandingan terbaru antara pemain import mereka Nuek.. dari pasukan snuker Senegal Fc.. bersama Uzzey dan Ambo dilihat tidak begitu menjadi.. apatah lagi sejak dibelasah oleh pasaukan N9 dengan jaringan yang begitu besar.. 48-0.. Gandingan ini juga nampaknyer sering dilihat bercakaran sesama sendiri.. Tidak seperti gandingan sebelum ini yang begitu mantap dan amat digeruni oleh penduduk kampung Kedai Buluh dan kampung Sireh.. 


Maro yang kami temui semasa merayau-rayau di pasar malam Wakaf Mek Jenab menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap penggantungan beliau selama 81 tahun itu.. menurutnya beliau lagi.. semasa insiden tembak-menembak itu berlaku sehingga menjurus kepada layangan kad merah adalah satu tuduhan melulu yang tidak berasas dari parti pembangkang.. Sebenarnya semasa kejadian itu beliau sedang menonton wayang dengan anak tokey pasir dari Ulu Langat.. 


Selain Maro.. pemain pertahanan.. Akrun Musa dan ManHassan turut dilayangkan kat hijau.. ketika dilihat cuba membantu pasukannyer membakar basikal pak cik Karim di luar stadium..


Manakala..  Apis Sakmi selaku ketua jurulatih pasukan Kelantan turut menyatakan.. beliau sekeluarga begitu tertekan diatas insiden tersebut.. Penggantungan Maro juga adalah satu faktor yang membuatkan pasukan bimbingan beliau bertambah merosot dan jatuh ke divison 6 liga Tumpat.. Beliau juga turut mengakui.. pasukan bimbingannya masih belum begitu serasi dengan sistem terbaru 4-4-8 bagi menggantikan sistem lama 7-7-4..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan