Sabtu, 4 Jun 2022

KITA RONDA KE PANTAI JERAM PLAK..


Kalau dah kaki merayau tu memang tak boleh nak cakap apa.. walaupun tak berduit nak jugak merayap kesana kesini.. kalau orang negori sembilan cakap 'kaki melangok'.. panas je punggung tu duduk kat rumah.. panjang je akal tu berpikir nak merayau kemana... janji lepas duit minyak dengan duit minum-minum kopi.. jalann!!.. 


Begitulah jugak dengan gua ni.. dan tanpa berselindung dan banyak songeh apakata kali ni kita melangok ke Pantai Jeram Kuala Selangor plak.. tak la jauh sangat pun.. klau macam gua dari KL ikut Selayang arah ke Rawang dan masuk highway LATAR.. dalam sejam sampai laa..


Mungkin ada diantara korang yg tertanya-tanya apa yang best sangat tempat ni.. entah la gua pun tak tau.. tapi dari apa yang gua siasat dan selidik kat google... Pantai Jetam ni popular dengan makanan laut.. haaa tu yg nak pegi redah tu.. dah terbayang-bayang sotong goreng tepung dah ni..


Dan untuk lebih kepastian serta mengelakkan salah tafsir dan kemurungan tahap tiga yang kronik apakata korang layan video gua ni... dan kalau korang subscribe lagi cantekkkk..



Sabtu, 2 April 2022

SESEKALI TU PEGI LA BERCUT..


Bercuti ni memang seronok... sapa yg kata tak seronok tu tak tau la nak kata apa... kena plak bercuti dengan member kamcing yang dah lama atau jarang berjumpa.. lagi la bertambah kuasa kuda seronoknya.. 

Yang kata tak seronok tu bukan sebab apa.. bercuti tapi duduk melopong kat rumah layan drama atau kena tolong bini pegi pasar atau basuh baju.. memang la tension.. bukan korang je gua kalau kena camtu pun gua sanggup buat2 demam.. hahaa..

Bamboo Camp Hulu Langat.. untuk golongan marhaen..

Lagi satu sapa kata orang susah gaji kecik tak bleh pegi bercuti.. susah-susah geng B40 tu ada gak yg pegi bercuti ke PD.. Melaka.. Penang atau Langkawi.. malah ada yg terlepas sampai ke Jepun atau Korea tu...

Berendam time panas2 ni memang syokk.. lupa diri kejap..

Sebenarnya semua tu terletak kat diri kita.. kalau dah tau gaji tu kecik.. hidup susah macam gua ni.. pegi la tempat yg dekat2.. yg bajet murah atau free.. yg boleh balik hari.. nak jimat bawak le bekal.. jangan la dok berangan nak bercuti sampai ke Paris.. London.. Rusia atau German.. memang la tak mampau..

Sambil borak sambil makan.. sedar2 dah tiga pinggan.. hahaa..

Ikut je cara percutian macam geng kitorang ni.. geng hurra hurrrey.. ada modal kita pegi jauh.. klau takda pegi la tempat yg dekat2.. carik la semak belukar.. jeram atau sungai kat mana2.. janji bercuti.. dah tu kongsi la modal ramai2 buat sewa tapak dan beli makanan.. settle..

Inilah dia geng hurra hurrey.. yang ceria serta sentiasa bersedia untuk diarahkan pergi bercuti..

Kali ni geng hurra hurrey bercuti dekat2 je... kat Bamboo Camp Hulu Langat.. Tempat pun ok.. bersih.. parking pun luas.. yg penting tempat ni kawasan private.. jadi keselamatan tu terjamin la.. jadi untuk info yg lebih jitu apa kata korang layan je video ni..




Apakata sebelum korang mandi-manda tu cuba korang tabahkan hati subscribe dulu channel gua ni supaya percutian korang menjadi lebih jitu dan ceria.. hahaa



Jumaat, 11 Disember 2020

TIBA-TIBA BAU ITU MENGGANGGU KAMI DI JERAM ULU BENDUL...


Ikutkan gua selalu je lalu depan kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul ni untuk ke Seremban atau ke KL tetapi tak terlintas pun nak singgah.. Namun entah kenapa hari tu tetiba plak jiwa gua meronta-ronta nak singgah dan menjengok tempat ni...

Lepas je parking kereta... gua pun mula la meronda-ronda sekitar kawasan jeram ni.. Nasib baik masa gua singgah tu bukan time cuti atau hari minggu jadi orang pun tak la berapa ramai.. Ok ler tenang la sikit...

Dan apa yang gua peratikan tempat ni dah banyak berubah.. Dah semakin cantik dan bersih.. Chalet pun dah ada.. Dan dia punya kolam pun dah luas dan selesa.. Kira puas la kalau korang satu family nak berenang sehari suntuk kat situ.. 


Gua perasan sebab gua pernah datang kamping kat sini dengan member sekolah gua masa bebudak dulu.. Tapi dah lama la.. Dah bertahun.. Taman ular kat hujung tu pun tak wujud lagi dan rakan sekelas gua si Sufian dan Nasir tu pun dah ghaib entah kemana.. Habis sekolah terus terputus hubungan.. 

Dan gua masih ingat lagi bagaimana kitorang bertiga main redah turun naik bas datang sini untuk berkamping.. Ikutkan jauh jugak nak ke sini.. Kira kena salin tiga bas tapi dah bebudak apa ada hal.. Tau nak merayau jer.. 

Memang dah banyak berubah.. Dulu masa kitorang datang kamping kat sini bangunan ni pun tak wujud lagi..


Dan jugak gua masih ingat lagi dimana pada hari terakhir tu kitorang telah diganggu oleh satu bauan yang kurang menyenangkan.. Entah macam dalam kitorang syok-syok melepak sambil menikmati keindahan alam tiba-tiba hidung kitorang telah diterpa oleh bau kapur barus yang agak menyengit.. 

Tapi apa yang gua ingat pada petang sebelum kejadian tu.. Lebih kurang dalam pukul 6.00 lebih kitorang ada la bakar tunggul kayu kat tepi sungai tu.. Tak jauh pun dari kemah kitorang.. Dan dalam syok membakar dan bermain api tu tetiba muncul sekor biawak yang agak besar ditepi tunggul yang kitorang bakar tu.. 

Tak tau la sama ada tunggul yang kitorang bakar tu sarang si biawak tu atau pun biawak tu saja nak melintas kat situ.. Apa lagi nampak je biawak tu kitorang pun baling la dengan kayu.. Kelam kabut biawak tu kena hambat.. 

Sebenarnya bukan apa.. saja nak suruh biawak tu blah.. Nanti klau biawak masuk dalam kemah tak ke naya.. Tak pepasal plak kitorang bertiga tidor ngan biawak.. Dan tak lama selepas tu barulah bau kapur barus tu muncul menyeliputi ruang kawasan perkemahan dan menerjah ke hidung kitorang..

Mula-mula tu kitorang buat tak tau je.. Kira masih boleh bertahan lagi la.. Tapi bila makin senja bau tu semakin menyengit dan makin lama makin kuat.. Apalagi keberanian jiwa remaja kitorang pun mula mengendur.. Masa tu plak hanya kitorang bertiga je yang masih tinggal kat situ.. Brader-brader yang kamping sebelah kitorang awal-awal lagi dah berkemas balik.. 

Bila bau tu dah makin mengganas otak pun mula la berfikir yang bukan-bukan.. Masa tu gua tengok Sufian.. Sufian pandang Nasir.. Nasir jeling gua.. Ahhh!! tak bleh jadi ni.. Tanpa sempat nak bermadah dan bebasa basi.. Hanya dengan sedikit isyarat gelengan leher.. Apa lagi dengan pantas... dalam samar-samar senja tu jugak kitorang berkemas dan pindah ke kawasan yang agak keluar.. 

Disebabkan keadaan dah agak gelap dan hanya berpandukan lampu suluh jadi kemah pun kitorang pasang ala kadar jer.. Janji bleh tidor.. Makan malam tu pun kitorang bedal apa yang ada jer.. Rasanya bukan kitorang je.. Kalau Iron Man atau Thanos ada kat situ diorang pun goyang gak tu.. Hahaa

Kekadang tu gua terfikir gak dari mana la datangnya bau  kapur barus tu.. Sebab malam sebelum tu takda plak bau tu muncul.. Adakah bau tu datang dari penunggu tempat tu ataupun dari tunggul kayu yang kitorang bakar.. Atau pun bau tu dihantar oleh si biawak yang kitorang hambat bagi membalas dendam kat kitorang.. Entah laaaa... 


Nampaknya setakat tu je la kisah pengalaman gua kamping kat jeram Ulu Bendul ni.. Nanti tulis panjang-panjang boring plak korang nak baca.. Sebabkan dah lama.. jadi area tempat gua kamping dulu tu pun gua dah tak ingat.. 

Ok la... Apakata sambil lepak-lepak tu korang layan la video gua ni.. Dan sebelum biawak yang gua hambat dulu tu muncul mengetuk pintu rumah korang bersama aroma kapur barus.. baik korang subscribe channel gua ni.. Hahaa

Isnin, 30 November 2020

NAK BUAT DUSUN NI KENA TAHAN 3 PERKARA...

Selain dari meronda dan merayau ke sana ke sini.. gua ni jugak suka berkebun.. Bukan la berkebun sayur tapi gua ni suka tanam pokok buah-buahan.. Lebih-lebih lagi durian.. Dan ada la dusun tapi tak la seluas mana pun.. Kira janji ada jer.. Dan kalau tak ke mana-mana kat dusun ni la gua melepak merilekkan kepala otak.. 

Begitu jugak kalau berjalan kemana-mana.. gua ni suka memerhatikan dusun orang.. Kena plak kalau musim buah.. tengok diorang berkemah dalam dusun tunggu durian gugur.. Memang best.. Geram je tengok dusun diorang bersih.. cantik.. pokok plak subur.. Tapi bila tengok nokebun sendiri.. Makk aiii.. Penuh semak belukar.. Nak kamping pun ngeri.. Hahaa..  

Tapi betul ke best ada dusun buah ni.. Bagi gua best tu memang la best terutama kalaumusim buah.. Dah tak payah nak beli.. Tau je le harga buah terutama durian skarang ni dah makin kejam.. Cuma yg tak bestnya time menebas dan membaja.. Penat siutt.. Dan ada kalanya buah kita tak menjadi.. Bunga punya la lebat tapi yg lekat ada la dua tiga biji.. Mana tak kecewa.. 

Senang cerita laa.. Untuk buat dusun ni yang  paling penting sekali ialah minat dan juga kena Tahan 3 Perkara.. 1. Tahan Penat.. 2. Tahan Panas.. 3. Tahan Sabar sebab buat dusun durian ni memang letih dan banyak dugaannya.. 

Bab modal jangan cerita.. Gua yang buat dusun sekangkang kera ni pun terasa akan kelajuan modal yang mengalir keluar.. Tau jer le sekarang ni harga racun.. baja termasuk la anak pokok.. semacam je mahalnya.. Dah tu belum tentu semuanya hidup... Ada tu yg dah tiga empat kali gua tanam ganti.. tanam ganti.. Mana bleh tahan.. Tapi dah minat gua buat je ler..

Itu tak masuk lagi gangguan penyakit.. serangga perosak hinggalah kepada serangan ganas bertubi-tubi dari sang kera.. tupai dan babi tunggal... Itu semua kita kena hadap.. Hampeh betul punya babi..  Masa itulah Tahan Sabar amat diperlukan..  

Tapi kalau setakat pikul baja dan menebas tu gua tak kisah dah.. Gua anggap itu semua sebagai satu eksesais.. Selain dapat jimatkan kos buruh ia juga sebagai satu senaman untuk gua keluarkan peluh.. Letih memang letih tapi yang penting gua happpy dan buat gua mampu mengusai jurus Tahan Penat... Hahaa

Inilah video dusun gua.. Tak laa luas mana pun tapi boleh la.. Ini kira gua punya gym tempat gua keluarkan peluh.. Ok la korang layan la yer jangan segan-segan channel youtube gua ni..
JANK NS CHANNEL

Khamis, 19 November 2020

DAH SAMPAI PULAU PERHENTIAN TAPI TAK RONDA.. MEMANG RUGI LAA..

Memang satu kerugian la.. Silap-silap boleh membawa kepada kemurungan sepanjang hayat kalau korang dah penat-penat datang ke Pulau Perhentian tapi tak meronda atau pusing-pusing kat pulau ni.. 

Dan disebabkan itulah kitorang mengambil satu ketetapan jangka pendek dengan meronda sekitar pulau ni sebelum berangkat pulang bagi mengelakkan dihantui rasa kecewa seumur hidup..

Ikutkan Pulau Perhentian ni taklah sebesar mana pun.. Tiga empat jam habis la korang merayau kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ni.. Tapi dengan bot la.. Kalau jalan kaki tak tau laa... Mau tiga hari lapan malam kut baru sekesai.. Hahaa

Walaupun pulau ni tak besar tapi banyak tempat menarik serta aktiviti yang boleh kita buat kat sini seperti berborak dengan penyu dan ikan yu dan mana yang kaki selfie tu boleh la berselfie dengan ikan dan coral-coral yang cantik jelita di Teluk Keke.. 

Time ni la buat pertama kalinya gua bertentang mata one by one dengan ikan yu.. 

Teluk Keke ni korang jangan lupa.. Ni salah satu port wajib yang korang patut singgah.. Bagi gua tempat ni memang marbeles untuk korang bergambar.. 

Lata Air Berani pun tak kurang bestnya.. Kat sini ada punca mata air yang dingin.. Air tawar.. Jadi boleh la korang singgah untuk bersih-bersihkan badan.. 

Dan bagi yang dah lapar sangat tu.. korang jangan la segan-segan untuk menghala ke Kampung Nelayan sebab kat sini ada foodcourt.. Dan yang penting harga dia kira ok la.. Harga mampu milik..


Ok la cakap banyak pun tak guna.. Korang layan sendiri la video dari channel youtube gua ni.. JANK NS CHANNEL.. Kalau okey korang tekan le butang subscribe kat tepi tu dan kalau rasa tak best.. tekan like pun cukup la.. Hahaa

Sabtu, 14 November 2020

JOM KE PULAU PERHENTIAN.. GUA BELANJO...

Semasa member ajak bercuti secara mengejut ke Pulau Perhentian baru-baru ni.. berbagai persoalan berputar ligat dikepala otak gua.. Best sangat ke pulaunya.. Cantik ker tempatnya.. Apa yang nak dibuat kat situ.. Takkan nak melepak kat pantai sehari suntuk tengok matahari terbenam.. Perghh!! Dah macam mat jiwang le plak.. Hahaa

Kalau bab makan jangan cerita ler.. Dah tentu la mahal macam kat Alaska.. Adoii mesti bosan gila pulau ni... Begitu la persoalan yang berlegar dalam kepala otak gua.. Tapi dah member beria-ia mengajak.... Dan gua pun tak pernah jejakkan kaki kat pulau tu.. Jadi gua pun ikutkan jer le..

Untuk kesini korang kena naik bot dari jeti Kuala Besut dalam jarak masa 30 minit.. Tapi mana yang rasa taknak naik bot takut mabuk laut ke korang boleh la berenang untuk ke sini.. Jarak masa tu tak tau la berapa lama sebab ia bergantung pada kepantasan kuasa kuda korang berenang jugak.. 

Memang 30 minit je dah sampai.. Tapi dalam 30 minit tu la korang akan melambung-lambung dalam bot angkara pemandu bot memecut botnya dengan laju tanpa batasan...

Woww!! Tak sangka cantik jugak Pulau Perhentian ni rupanya.. Itu la tanggapan gua sebaik saja menjejakkan kaki di Long Beach Pulau Perhentian Kecil ni..

Long Beach Pulau Perhentian Kecil.. Cantik dan bersih.. 

Untuk pengetahuan korang sebelum ke sini gua dah google dulu tempat-tempat menarik yang ada kat pulau ni.. Salah satunya kincir angin atau windmill.. Ada dua cara untuk ke situ.. Pertama dengan naik bot dan yang kedua jalan kaki iaitu hiking.. Dan dengan kegagahan semulajadi yang ada tentu la gua pilih hiking.. 

Bagi gua.. kincir angin ini antara salah satu port wajib kalau korang ke Pulau Perhentian.. Bagi yang tak biasa memang letih sampai nak tercabut buku lali tapi bila dah sampai kat atas tu semuanya jadi segar.. Segala tok nenek penat letih terus hilang.. 

Ini cerita benar.. View kat atas ni memang betul-betul marbeles.. Tapi kalau naik bot korang kena la mendaki tebing untuk sampai kat atas ni sebab tangga yang ada dah jahanam.. 

Ok la cakap banyak pun guna.. Takut nanti ada plak yang migrain bila baca tulisan gua yang panjang berjela kat blog merapu ni.. Bagi mengelakkan korang tension sampai menggigil satu badan apa kata Jom Kita Ke Pulau Perhentian.. Gua Belanjo.. Serius ni.. Gua belanjo gambar dan video ni je.. Hahaa

Semoga video ni sikit sebanyak dapat memberi manfaat pada korang yang teringin nak hiking ke kincir angin.. Sesambil korang layan video ni apakata korang tekan butang subscribe kat tepi tu sementara masih free ni.. Hahaa



Selasa, 10 November 2020

WOII COVID!! NYAH KAU DARI SINI..

Nampaknya dah setahun si covid19 menyerang dan bermaharajalela dimuka bumi kita ni.. Dan nampak macam takda tanda-tanda si covid durjana ni akan terhapus dari planet bumi dalam masa terdekat.. Makin mengganas ada laa.. 

Dan angkara si covid  durjana ni jugak membuatkan pergerakkan kita semua kembali terbatas apabila PKPB yang kita banggakan tu telah dikuatkuasakan semula hampir keseluruh negara termasuk la kampung gua.... 

Tapi sebelum PKPB ni dikuatkuasakan dan belum sempat diorang tutup pintu sempadan negeri dengan pantas gua awal-awal lagi dah cabut balik kampung.. Kalau tak mau gua keras kematu duduk kat KL.. Apa pun tak bleh..

Nasib baik jugak la sebelum PKPB ni gua dah selesai meronda ke Terengganu.. Sempat la beposing sakan kat Jambatan Angkat dan beli keropok kat Pasar Payang.. Klau tidak tak pepasal hangus duit booking hotel gua beratus ribu tu.. Hahaa

Dan apakata sesambil korang termenung kat rumah memikirkan si covid ni cuba korang layan video gua ni.. Mano la tau video gua yang entah apo2 ni sikit sebanyak dapat menambahkan kerunsingan korang hahaaa... 

https://youtu.be/uc32ME1_6N4

Rabu, 7 Oktober 2020

KISAH BALAI.. SATU LAGI LAWAK BENAR

Yanti seorang warga Indonesia yang baru beberapa minggu datang ke Malaysia untuk bekerja.. Biasa le orang baru tentu la masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini lebih-lebih lagi dengan bahasa.. 

Satu hari ketika dalam perjalanan ke pasar si Yanti telah ditahan oleh polis.. Memang kalau ditengok dari raut wajah dan cara berpakaian.. abang polis tu pun dah boleh agak yang Yanti ni mesti orang Indonesia.. 

"Kamu ni pendatang haram ya?", tanya abang polis pada Yanti dengan tegas.. 

"Tidak pak.. Saya pendatang halal", " jawab Yanti yang ketakutan itu dengan selamba... 

"Pendatang halal?!! Boleh saya lihat pasport kamu?", tanya abang polis lagi sambil tersenyum mendengar jawapan lawak si Yanti. 

"Maaf pak.. pasport saya ada pada majikan pak",  jawab Yanti..

"Kalau begitu saya terpaksa bawak kamu ke balai", kata abang polis pada Yanti..

"Ke balai?!! soal Yanti ringkas bercampur keliru.. 

Sampai di balai polis Yanti yang dalam keadaan  ketakutan dan keliru itu pun bertanya kepada abang polis tersebut..

"Pak boleh saya tanya.. Bapak bilang mau bawa saya ke balai". 

"Laa sekarang ni kamu di balai la ni.. balai polis", ujar abang polis tu yang sedikit pelik mendengar pertanyaan si Yanti.. 

"Maaf pak.. Kalau di tempat saya balai itu pasar.. Mati-mati saya ingatkan bapak mau bawak saya ke pasar...

"Adoiiii lawak apa yang kamu buat ni...", 

Tanpa dipaksa-paksa abang polis pun ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata.. 

"Kahkahh.. Kahkaahh.. Kahkahh. 

* Kisah lama hampir benar ni dilalui oleh sorang awek minang ketika baru sampai ke sini beberapa tahun yang lalu.. Sebab kalau di sana di Padang Pariaman orang situ panggil balai tu pasar.. Contohnya balai kamih / pasar khamis.. 


Selasa, 29 September 2020

BANCI.. SATU LAWAK BENAR

Satu hari Pak Dolah telah pergi berjumpa Yati yang merupakan salah seorang penyewa rumah sewanya yang berasal dari Indonesia untuk memberitahu tentang satu bancian penduduk 2020 akan dilakukan di kawasan tersebut...

Pak Dolah: Yati nanti ada orang banci nak datang sini.. Kalau diorang datang kamu layan dia baik2 tau..

Yati: Banci?? Ahhh nggak mau la saya Pak Dolah.. Buat apa saya mau layan dia baik2.. 

Pak Dolah: Tak baik la macam tu.. Dia orang banci.. Kamu layan je la dia.. 

Yati: Ahhh saya nggak mau..

Pak Dolah: Apa masalah kamu Yati.. Orang banci tu datang sebab nak banci kamu..

Yati: Apa?? Nak banci saya... Apa Pak Dolah ingat saya ni pondan.. Nak dibanci-banci.. 

Pak Dolah: Pondan apa pulak yang kamu merepek ni Yati.. 

Yati: Ia laa Pak Dolah kalau di tempat saya di Indonesia banci tu pondan.. Buat apa saya nak layan dia baik2..

Pak Dolah: Laaaaa.. (Terus Pak Dolah rebah dan koma lima hari).. 

* Lawak benar ni sebenarnya berlaku di Gombak.. Cuma nama2 watak je yang tak benar.. Hahaa


Isnin, 14 September 2020

HIDUP INI SATU PERJALANAN..


Hidup ini adalah satu perjalanan dari hujung ke hujung.. Sama ada kita bersedia.. suka atau tidak.. roda kehidupan itu akan tetap terus berputar mengikut arus jalurnya tanpa pernah berhenti walaupun jam kita kehabisan bateri.. 

Sebenarnya itulah yang berlaku dalam perjalanan hidup gua.. Hidup gua yang sebelum ni selalu sebok dengan tugas hakiki tetiba jadi rilek dan santai.. Pendek kata sekarang ni gua dah jadi penganggur sepenuh masa le nampaknya.. 

Dan yang peliknya walaupun dah tak bekerja.. Belanja hidup makan dan pakai pun gunakan apa yang ada tapi ada hati lagi tu nak berjalan merayau ke sana ke sini.. Camno nak buek tu.. Adoiii.. 


Berposing sambil diperhatikan oleh mergastua di Jeram Toi.. - JANK NS CHANNEL youtube


Selasa, 18 Februari 2020

HELLOOO.. GUA MASIH HIDUP!!..





Salam semua.. Apa khabar.. Harap-harap korang semua sihat walafiat la hendaknya.. Mungkin korang terperanjat tengok tetiba gua terpacul kembali kat blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. Mungkin selama ni korang pikir yang blog ni dah berkubur termasuk dengan tuan-tuan dia sekali.. Yer ler dah berapo tahun plak blog ni menyepi..

Sabar.. Jangan cepat sangat melatah dan buat andaian yang melangkaui batas susila sebagai orang timur.. Sebenarnyer gua ada jer kat sini.. Masih wujud.. Hanya kekangan masa dan keadaan yang tak berapa mengizinkan untuk gua aktif.. Itu yang membuatkan gua terdiam sepi selama ni.. Kira macam tergantung sepi gak la lebih kurang..

Kalau dikira-kira.. dicongak-congak rasa-rasa lebih kurang tiga tahun dah blog ni bersawang.. Yer ler dari hujung tahun 2016 sampai sekarang dah masuk tahun 2020.. Dan sepanjang itu macam-macam peristiwa berlaku didepan kita semua.. ada yang pelik.. ada yang terkejut.. ada yang pahit.. manis.. sedih.. masam dan macam-macam lagi ler.. Yang paling best.. pemerintahan negara pun dah bertukar tangan.. Tapi biasa ler tu ada yang gembira.. ada yang tak suka.. ada yang frust menonggeng sampai meroyan kat fb dan ada jugak yang tak ambik port pun.. lantak korang ler.. macam gua.. hahahaaa

Bayangkan parti mato lobam yang kecoh-kecoh dulu dah jadi kerajaan.. Manakala parti keris bersilang yang selama ini dianggap lejen tetiba jatuh tersungkur.. Mat Boo yang selalu buat lawak pun dah jadi menteri manakala Mat Lan yang kaki lawak merangkap kaki bodek GST plak jadi pembangkang.. Sapa sangka Tok Det yang dah pencen bleh jadi PM lagi sekali.. Dan parti lobai masih jugak macam dulu.. tetap bangkang.. hahaa.. Begitu ler dunia yang mana roda kehidupannya sentiasa berputar.. Segalanya boleh berubah.. Cuma yang tidak berubah ialah sikap warga.. Yang masih tetap sama dan maintain.. Masih tetap mempolitikkan setiap hal dan parkara.. hahaha

Begitu jugak gua.. sebagai insan yang lemah tetap juga diuji.. Bertalu-talu dugaan datang menguji kami sekeluarga adik-beradik.. Dalam tempoh itu gua telah kehilangan kedua ibu bapa dan adik perempuan.. Selang setahun mereka dijemput pulang.. Yang paling sedih tahun lepas dimana ibu gua telah pergi menemui penciptaNya hanya beberapa hari saja lagi untuk kami menyambut hari raya puasa..

Dan ujian tu nampaknya tidak terhenti disitu.. Masih tetap mengikut setiap langkah gua.. Kemuncaknya gua telah kehilangan pekerjaan dipenghujung tahun lepas.. Dan secara rasminya gua telah menjadi penganggur secara total disaat korang bergembira melihat pertunjukkan bunga api menyambut Wawasan 2020.. hahahaaa.. Begitulah berakhirnya perjalanan gua dan rakan-rakan di dalam kancah dunia media dan penerbitan.. (Nama kompani tu rasanya tak payah la gua sebutkan kat sini..)

Memandangkan gua pun takda benda dah nak dibuat.. dari duduk melopong kat rumah baik gua buat sesuatu benda baru.. Buat sesuatu yang tak pernah terlintas pun kat kepala otak gua sebelum ini.. Maka dengan itu muncul ler guanyer channel kat you tube.. JANK NS CHANNEL.. korang kalau rasa bosan dan runsing dan ingin menambahkan lagi kerunsingan yang ada boleh ler korang layan channel gua tu.. Alaa tak nak tengok pun takpa yang penting korang SUBSCRIBE jer channel tu… Bukan apo.. gua nak tengok setakat mana channel tu boleh pergi.. Sama ada boleh pergi jauh atau pergi jauh-jauh.. hahahaa.. 

Ok laaa.. cuba la korang layan hasil gua yang masih nak belajar ni.. segala kekecewaan korang tanggung ler sendiiri.. hahaaa

Selasa, 4 Oktober 2016

MARI MELINGKUPKAN HUTAN DENGAN CARA YANG LEBIH ISLAMIK..


Apa la korang ni dok kecoh-kecoh... gua nak berehat layan kartun doremon pun tak senang.. dah berbulan-bulan gua tak menulis dlam blog ni.. tetiba plak korang menaikkan amarah gua hingga ketahap luar kawalan.. gua ingatkan kat kampung gua jer hutan habis di pelingkup.. rupanyer pemimpin korang yang warak ni pun buat benda yang sama.. chehh!!

KOTA BHARU 3 Okt.- Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu sekumpulan penduduk Orang Asli membina sekatan di Pos Tohoi, Gua Musang untuk menghalang kayu balak dibawa keluar dari kawasan tersebut sejak seminggu lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana kedua-dua syarikat yang diberikan hak untuk membalak di kawasan Hutan Simpan Balah itu mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
blaaa...blaaa..blaaa...


Kumpulan itu mengambil tindakan tersebut selepas mendakwa dua buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di kawasan adat milik nenek moyang mereka di Hutan Simpan Balah berhampiran Pos Gob, Gua Musang.


Penduduk tersebut juga mendakwa kerja-kerja pembalakan telah menyebabkan berlaku pencemaran alam di kawasan hutan tersebut.- utusan.com.my


Korang boleh menjerit bagi tau yang tindakan Orang Asli tu semuanya salah.. langgar undang-undang.. hampeh tak bleh pakai.. hanya korang dan puak-puak korang termasuk tokey balak pujaan korang jer yang betul.. ikut prosedur.. ini kerana korang melihat dari kacamata kapitalis.. menilai dari sudut untung dan rugi..

Tapi kami anggap tindakan korang menjahanamkan hutan Orang Asli itu adalah salah.. ini kerana kami melihat dari kacamata insan dengan nilai-nilai kemanusiaan.. dan kami juga melihat Orang Asli itu sebagai seorang manusia..

Dan bila dah kena hentam korang pun cakap laa.. alaaa yang negeri lain pun buat benda yang sama gak.. kenapa tak kecoh.. memang yerr!! cuma bezanya korang berdegar-degar cakap pasal perjuangan dan undang-undang Islam.. sedangkan nak jaga alam milik Tuhan ni pun korang tak mampu.. pegiii dahh!!..

Rabu, 17 Februari 2016

3D KE.. 4D KER... GUA SETUJU JERR!!


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar golongan belia seluruh negara menyertai sektor-sektor yang diceburi pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya, ekonomi negara harus dibangunkan dan untuk tujuan itu, setiap sektor memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.


"Kita mahu secara idealnya semua bidang pekerjaan daripada atas hingga paling bawah termasuk 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) (diberikan) kepada rakyat Malaysia.


"Tetapi berapa ramai yang sanggup? Berapa ramai yang sanggup menjadi tukang masak di restoran mamak, buat perabot?" katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor, di sini... - SinarHarian


"Wahai mat-mat belia serta awek-awek belia yang cun-cun semua.. hari ni saya dengan rasa bangga bercampur riak ingin cabar korang..” jerit Tok Menteri dari atas pentas secara tiba-tiba..

“Nak cabar aper tu Tok... nak cabar kitorang makan kambing panggang ker... ataupun nak cabar kitorang jalan itik keliling kampung..” sahut Sudin Senget merangkap ketua belia Kampung Sawah dari hujung dewan..

“Kambing panggang tengkorak lu.. makan jer yang korang tau.. ni haa saya nak cabar korang semua terutama mat-mat belia poyo yang dok kontrol macho kat depan saya ni.. kerana korang dok bising-bising pasal Mat Bangla dah rembat kerja korang.. apa kata lepas ni korang plak ambil alih semua kerja diorang tu... amacam setujuu..?” soal Tok Menteri penuh semangat..

"Setujuu..." sambut para belia serentak...

“Haa lepas ni korang plak la yang cuci longkang.. kutip buah.. bina bangunan.. bawak lori hantu.. pikul kontena.. gali bouksit.. toreh getah dan memacam lagi la kerja yang ganas.. kotor lagi ngeri.... setujuu? sambung Tok Menteri lagi..

Setujuuu sesangattttt!!," sambut para belia di dalam dewan.. termasuk sekali pengawal keselamatan serta beberapa Mat Bangla yang berada di tepi pintu dewan dengan sorakan yang penuh bersemangat lagi jitu...

"Tok Menteriiii!!".. tetiba terdengar satu suara garau menjerit memecah kebingitan dewan... dewan terus jadi sepi.. semua terdiam.. masing-masing tertanya suara siapakah itu..

"Sapa tu yang berani sangat potong stim gua tengah berucap ni..?".. tanya Tok Menteri kehairanan.. matanya melilau-lilau mencari arah suara.. tiba-tiba terpancul sorang budak yang gemok gedempol dari balik tiang..

"Saya ler... Leman Bulat.." balas budak tu memperkenalkan diri sambil mengunyah seketul ayam goreng..

“Apa lagi budak gemok yang ekau tak puashati.. bukan ker tadi korang yang terjerit-jerit macam kena sampok hantu raya kata setuju..”

“Memang la kitorang setuju Tok.. saya dan member semua pun dah berbincang.. dan kami semua setuju dengan cadangan bergeliga Tok tu.. mulai dari saat ni kami semua dah sepakat tak nak pegi sekolah.. dah tak nak sambung belajar lagi.. buku pun kami dah tak nak baca.. yer laaa Tok.. nanti kalau kami semua belia-belia macho ni jadi pandai macam profesor sapa plak yang nak buat semua kerja tu.. haa setujuu tak Tok..??!!"

“Setujuuuu..." jerit Tok Menteri dan para belia kat dalam dewan serentak... keadaan semakin gamat..  malah ada yang dilihat berjoget-joget kegembiraan..

Isnin, 1 Februari 2016

APA MASALAH AIR?!! HAA PADAN MUKA..


SEREMBAN, 29 Jan - Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal 94.75 meter, kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail.

Beliau berkata bagaimanapun, bacaan tersebut masih mampu bertahan untuk lebih 100 hari berikutan Sains telah mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh bagi menstabilkan paras empangan.

Selain itu, katanya Sains turut membuat pengalihan agihan bagi sebahagian kawasan di Rembau yang mendapat bekalan dari LRA Gemencheh melalui bekalan dari LRA Sawah Raja.

"Dijangkakan projek 'back pumping' dari Sungai Jelai akan siap pada bulan Mac 2016 bagi menangani kekurangan air di empangan Gemencheh," katanya di sini hari ini... .- BERNAMA


Beria-ia la gua ingatkan berita ni berita tahun lepas yang diulang tayang.. tapi setelah dikaji dan disiasat dengan mendalam dengan bantuan spy Penanggah rupanyer ini adalah kisah nyata yang berlaku di awal tahun 2016.. laaaa.. masih tak selesai lagi masalah air kat empangan tempat gua tu rupanyer... kalau diikutkan dah setahun lebih dah masalah tu berlaku..

Dan gua pun tak nak komen lelebih.. nanti tak pepasal darah jenis O gua naik mendidih.. cuma gua nak cakap.. haaa padan dengan muka kita semua.. dah tau air empangan makin surut ada hati nak tebang balak kat situ.. sedangkan hutan kat sebelah hulu empangan bleh dikatakan dah habis lingkup dibuat ladang sawit.. dan korang tau-tau jer ler bila balak dah habis licin kena tebang dah tentu la anak air yang mengalir ke empangan akan menjadi semakin sikit dan surut.. kena plak musim kemarau lagi ler bertambah teruk..

Bagi gua.. selagi tak diselamat dan dipulihkan kawasan hutan yang masih tersisa kat area empangan tu.. selagi tu la jangan mimpi nak tengok air empangan tu penuh... korang tunggu la tujuh lapan puluh tahun kat tepi empangan tu.. dan pam la air sungai kat belakang pekan Dangi tu sampai kering.. rasanya masalah tetap takan selesai.. silap-silap nanti loji air kat Dangi tu plak tak cukup air.. dah satu hal lagi masalah..

Tapi nak buek camno.. diorang sendiri yang cipta masalah lepas tu sendiri yang pening kepala.. dok memikirkan cara nak selesaikan masalah..  kalau dah nak sangat buat ladang sawit.. pendek kata kalau takda ladang sawit tu kita semua bleh mati kebulur apa kata korang keringkan jer air empangan tu dan buat la ladang sawit.. baru puashati.. nak minum pandai-pandai memasing gali perigi..

Rabu, 20 Januari 2016

HAMPEHNYER MALAON.. HABIS HUTAN LU NAK SAKAU..


TAMPIN 21 Jan. - Paras terkini Empangan Gemencheh di sini yang direkodkan sehingga kelmarin ialah 95.40 meter (m), menghampiri paras kritikal iaitu 95 m. Bekalan air mentah dari empangan itu hanya mampu bertahan selama 128 hari lagi berdasarkan kepada taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 1,448 milimeter (mm) iaitu di bawah paras normal.

Pengurus Pengeluaran, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), No’man Haron berkata, bekalan air mentah yang disalurkan dari empangan berkenaan menjalani proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh... blaaa.. blaaa... blaaaa


“Kami telah mengambil beberapa tindakan jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah ini iaitu pada masa sekarang kita telah membuat catuan air di beberapa kawasan di kedua-dua daerah ini,” katanya. - UtusanM'sia


Haaa.. itu kisah tahun lepas... beria-ia la kepalo otak gua berputar-putar siang malam... memikirkan apa la agaknyer tindakan jangka panjang dan jangka pendek yang diorang dok rancang bagi mengelakkan masalah air kat empangan tempat gua tu dari berulang.. gua agak tentu la ada sesuatu idea yang mencongkam.. tapi bila gua terbaca berita Sinar Harian kat bawah ni yang mana turut keluar kat TV3.. hati gua mula panas.. jiwa remaja gua mula tertekan melihatkan perangai pemimpin tahap malaon yang ada kat negeri gua..

TAMPIN - Lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Jerneh dan berdekatan berhimpun secara aman bagi mempersoalkan dan membantah aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Empangan Gemencheh, di sini, petang tadi.


Perhimpunan yang bermula seawal jam 2.00 petang itu diketuai oleh Ketua Umno Cawangan Kampung Sungai Jerneh, Shamsudin Adam. Turut menyertai bantahan ialah jawatankuasa Gerakan Marah Perjuang Negara (GMPN) Negeri Sembilan.


Menurut Shamsudin, tindakannya itu mewakili suara hati 350 penduduk kampung yang mahu aktiviti pembalakan berkenaan dihentikan kerana merosakkan ekosistem dan alam sekitar. - SinarHarian


Kalau korang nak tau.. boleh dikatakan ini jer la satu-satunyer kawasan hutan yang masih wujud kat tempat gua.. Gemencheh.. yang lain banyak yang dah pupus.. terutama hutan kat kampung gua.. semua dah habis licin kena sakau.. ditebang dan tarah sesuka hati dibuat ladang sawit..

Dan korang paham-paham jer.. kalau dah hutan habis kena tebang.. sekali kena musim hujan.. habis la air sungai dan empangan keruh mengalahkan teh tarik.. dan lagi satu binatang-binatang yang ada terpaksa la cabut lari menumpang kat kampung-kampung.. dah satu hal plak orang kampung nak menanggung beban berperang dengan beruk… monyet.. cipan dan babi.. kalau musim buah memang tak merasa ler.. setakat dapat tengok putik jer ler.. jangankan buah.. telur ayam dan itik pun tak tersisa dikerjakan dek si monyet.. hampeh tul..

Tapi nak buek camno.. dah pemimpin yang kat atas semua pendek akal.. bangang mengalahkan cipan dan beruk.. tak dapat nak jadikan musibah yang lalu sebagai pengajaran.. semua mementingkan tempolok memasing.. dah la hutan tinggal sekangkang kera itu pun nak ditibaikan jugak.. apa punya manusia pun gua tak tau laaa.. nanti bila orang kampung bising dituduhnyer plak pembangkang.. tak ker gila..

Dalam bab ni gua pun tak tau apa fungsinyer menteri besar.. macam tak wujud.. tak ada langsung usaha nak menyelamatkan hutan yang masih tersisa.. cuma gua hanya mampu berdoa agar semua yang terbabit dalam melingkupkan hutan-hutan yang ada kat tempat dan negeri gua ni cepat-cepat melingkup.. ada pun menyusahkan orang.. dan jangan sesekali cuba nak bersyarah tentang Islam kat gua.. tentang perjuangan agama bangsa dan negara.. buat kembang tekak gua.. cakap berdegar nak jadi negara Islam contoh.. sedangkan nak jaga bumi Tuhan ni pun korang tak mampu.. phuii

* Tahniah buat semua penduduk kampung Sungai Jerneh serta yang terlibat.. gua turut tumpang bangga kerana masih ada lagi manusia yang berjiwa manusia.. sanggup mempertahankan hutan sekangkang kera yang masih tersisa dari tangan-tangan manusia yang berjiwa beruk dan cipan..

Jumaat, 4 Disember 2015

KEAZABAN BERTAMBAH LAGI... TQ PAK MENTERI..


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Rata-rata pengguna terkejut dengan kenaikan tambang pengangkutan awam monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mana kenaikannya hampir mencecah 100 peratus berkuat kuasa hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stesen KL Sentral mendapati, majoriti pengguna meluahkan rasa kecewa dan berharap kerajaan mengkaji semula kenaikan tambang tersebut.


Kakitangan swasta, Azizan Mat Ariff, 55, berkata, pengangkutan awam yang pada awalnya disediakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat, kini dilihat menjadi beban.


“Sekiranya dahulu orang ramai digesa menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kos hidup, namun apa yang berlaku sekarang tambang pengangkutan awam pula dinaikkan... - UtusanM'sia


KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol  setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038. . – SinarHarian


Nampaknye sekali lagi untuk sekian kali yang entah keberapa kali kita dipaksa menanggung azab bagi sepanjang hayat.. bilamana menteri yang menjadi wakil syarikat korporat dengan bangganya telah meluluskan kenaikan tambang keretapi.. ERL dan LRT ketahap setengah mati tanpa sebarang syarat.. kena plak tol naik tahun depan lagi la kesengsaraan kita bertambah berat.. yang pak menteri dan tokey korporat syok bergembira kita jugak yang terkulat-kulat..  nak bising takut nanti dichop pengkhianat kerana cuba menjatuhkan pemimpin hebat.. dan tak pepasal segala bantuan akan disekat dan disukat..

Begini la malangnyer nasib kita bila dapat pemimpin yang tak berjiwa rakyat.. hanya setakat berkokok dan bergaya di TV tapi otak kosong penuh karat.. seboknyer bukan main ke hulu ke hilir ke timur dan barat.. sajer nak menunjuk kat rakyat yang tanggungjawab jadi menteri ni amat la berat.. sampai takda masa nak berehat.. dan kalau dipikirkan memang tak larat.... tapi disebabkan rakyat.. kami perahkan jugak seluruh kudrat.. yang penting rakyat hidup bahagia tidak melarat..

Dan kerana sayangkan pemimpin.. walaupun dengan muka kelat kami sebagai rakyat tetap akaur dan percaya bulat-bulat.. kerana kami harap korang dapat memimpin kami di dunia dan di akhirat.. tapi rupa-rupanya itu semua sandiwara sang pemimpin keparat.. berlagak malaikat tapi rupanyer musibat dan ada maksud yang tersirat.. time pilihanraya dengan muka poyo mintak simpati agar sambungkan lagi sepengggal dua talian hayat..

"Tolong la bagi kami lagi peluang memimpin negara tercinta yang penuh daulat... bukan apo sebab banyak lagi harta rakyat yang belum sempat kami rembat..."..

Selasa, 3 November 2015

APA LAGI.. MARILAH KITA BERDEBAT..


KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad(1MDB), Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya utara, Tony Pua perlu segera memberikan tarikh bagi pendebatan yang ingin diadakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia perlu diadakan segera bagi memberikan penerangan khusus mengenai 1MDB kepada rakyat.

"Selain tarikh, kita juga minta mereka tentukan format debat dengan segera. Namun, format itu juga turut perlu dipersetujui RTM. Lebih cepat lebih bagus,"katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini. - SinarHarian


Wahai sahabat.. jangan kau takut dan ragu marilah kita berdebat.. agar dapat merungkai segala masalah yang tersumbat.. serta dibongkar segala rahsia yang tersendat.. walaupun segalanya seakan dah nak melingkup tapi masih lagi belum terlambat untuk diubat.. lagi pun rakyat nak tau gak berapa ramai agaknyer yang terlibat.. serta berapa billion harta 1MDB telah dirembat oleh si malaon yang bergelar musibat..

Mungkin dulu kita bleh la cakap debat tu bukan budaya kita.. sebab masa tu rakyat banyak yang buta.. dan boleh ditakut-takutkan dengan segala propaganda dalam  akhbar dan berita.. tentang adanyer segala tok nenek hukuman dan akta yang boleh dikenakan dalam sekelip mata pada mereka yang suka menjaja cerita.. walau kebenarannya jelas di depan mata namun tetap dikatakan auta serta memutarbelitkan fakta..

Dan akta-akta inilah yang membuatkan pemimpin kita terlalai dan leka.. kerana ingatkan rakyat boleh dibodohkan sepanjang masa dengan kenyatan dari para pak menteri yang pandai berjenaka.. memang la rakyat gelak terguling bila pak menteri buat lawak di luar jangka.. tapi dalam hati pergi jahanam kau celaka.. apa kau ingat semua rakyat melompat suka.. dan sebab korang la rakyat dan negara ni makin sengsara dan terluka... kerana dapat menteri yang otaknya kosong belaka.. memerintah pun bagaikan boneka.. sedangkan kita dah lama merdeka..

Selasa, 13 Oktober 2015

1MDB.. BILA MAU LINGKUP DAAA...


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.

Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.


"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.


"Itu adalah jihad yang besar," katanya di laman Facebooknya malam tadi.

Tindakan BNM membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk pembangkang dan rakyat... - TheM'sianInsider


Aiiiii.. tak habis-habis lagi ker kisah 1MDB.. sampai gua pun tompang pening sebab siang malam cerita ni berlegar kat suratkhabar.. radio.. facebook mahupun TV.. dan bukan gua jer yang hangin tapi ramai lagi yang tak puas hati dengan si bossnyer tu yang jugak sorang tambi.. dah la berniaga tak untung dah tu berlagak poyo kononnyer hebat dan tau serba-serbi..

Memang ramai yang berasa bimbang dan mengkritik benda ni.. bukan saja dari pembangkang malah juga rakan dalam parti diorang sendiri.. bukan apa diorang semua takut berlaku sesuatu perkara yang tidak dingini.. nanti rakyat jugak yang terpaksa memanggung beban angkara kesilapan pak menteri.. bila lingkup mula la bagi berbagai alasan untuk melepaskan diri.. tapi kalau muka pengampu diorang akan tetap memuji dan kata 1MDB ni amat hebat hasil buah fikiran pak menteri kerana ia membawa keuntungan yang tak terperi..

Sama la jugak kisah GST.. dimana rakyat jugak yang menanggung beban setengah mati.. sebelum tu bukan main lagi kata GST akan buat kita semua senang hati.. bahagianyer sampai ke dalam mimpi.. akhirnyer apa berlaku.. harga barang yang dikatakan turun tak jugak menjadi realiti.. hidup-hidup kena tipu.. tu yang buat rakyat jadi sakit hati.. nak buek camno.. dah nasib kita dapat menteri yang kononnyer berintegriti tapi janji tidak jugak ditepati.. malah kita semua digula-gula dan diuli-uli dibuatnyer macam capati..

Tak caya cuba la kita tengok sekarang ni... walaupun diperli dan berbagai hujah dan berkotak-kotak bukti diberi.. kerana dah terang-terang si malaon buat kerja macam pencuri.. namun si malaon and the gang tetap tak mengerti dan masih jugak teguh berdiri.. malah dikatanyer ini semua fitnah pembangkang untuk merampas kuasa dari pak menteri serta cuba menghuru-harakan negeri.. adoii!! nasib baik la pak polisi tu member diorang sendiri.. kalau tak dah lama ada yang kena gari..

Khamis, 8 Oktober 2015

JEREBU OH! JEREBU..


Tak tau la berapa lama lagi nak berakhirnya masalah jerebu.. rasa macam dah tak larat hari-hari dok menghirup asap bercampur debu.. sampai kepala otak pun naik tepu dan sebu...  dan gua yang dah biasa bawak kereta berdesup laju macam dikejar hantu sekarang dah kena drive slow sebab takut terbabas atau terlanggar lembu.. apa taknyer semua pandangan baik depan.. kiri dan kanan dah jadi kelabu.. dah rasa macam memandu dalam kelambu..

Tak tau la gua malaon mana yang buat keja gila dok membakar hutan dan belukar sesuka hati.. walaupun jauh diseberang tapi debunyer tetap sampai ke sini seperti tiada tanda untuk berhenti.. dan jugak hingga sekarang tiada sebarang tindakan dari pak menteri diorang yang hanya sekadar memantau dan memerhati.. sambil pekena kopi dan roti..

Dan masalahnyer kita kat sini la yang terpaksa menanggung azab sengsara setiap hari sambil menyedut jerebu berkati-kati.. yang kena selesama dan batuk pun ramai bersilih ganti.. jiwa terasa lemas dah macam duduk kat dalam peti... hingga rasa tak selesa dan geram membuak-buak kat dalam hati.. kalau macam ni la hari-hari.. rasanyer orang yang sehat segar bugar pun bleh mati... dan tak mustahil tahun depan masalah ni akan tetap berulang cuma diharap korang semua sabar menanti..

Selasa, 15 September 2015

MELAYU PEDULIK APA... LU MERAH KER.. KUNING KER..


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Himpunan Maruah Melayu yang akan berlangsung esok sebenarnya tidak memperjuangkan orang Melayu.

Sebaliknya, himpunan itu katanya, hanya bertujuan mempamerkan perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini sebagai bersifat perkauman – satu persepsi yang sebenarnya tidak tepat.


"Dia adakan himpunan ini kerana dia kata himpunan Bersih dahulu rasis. Tetapi, perhimpunan Bersih dulu bukan rasis, semua bangsa ada bersama.


"Jadi, nak jadikan Bersih ini rasis, supaya kononnya mereka nak berjuang untuk orang Melayu. Mereka tak berjuang untuk orang Melayu, tak payahlah ada," katanya hari ini...-TheM'sianInsider


Dalam bab demo-demo ni gua sikit pun tak ambik pusing.. lantak korang ler nak berdemo ker.. nak berguling ker... nak berarak dan terjerit-jerit macam itik serati ker.. itu hak korang.. berdemo la korang kat situ sampai pengsan.. dan lantak la korang nak pakai baju apa.. nak pakai baju merah ker.. baju kuning ker.. baju kelabu asap ker.. nak pakai baju batik gambar cipan ker.. malah kalau taknak pakai baju sekali pun gua takda hal.. lantak la korang..

Dan gua pun takda hal kalau korang nak berdemo berbulan-bulan kat situ sampai reput... dipersilakan.. itu hak asasi korang untuk berdemo.. tapi bila korang nak berdemo dengan menjual nama Melayu.. itu gua tak bleh terima.. mulalah darah gua mendidih dan secara tak langsung buat kolestrol gua naik mendadak hingga ketahap berjaga-jaga..

Korang tau tak.. orang Melayu sekarang ni pun banyak masalah.. dengan masalah politik dan pemimpinnyer yang semakin kusut.. dengan masalah sosialnyer.. dengan masalah ekonomi.. kos sara hidup dan cukai gst yang mencekik lagi.. jadi jangan korang nak tambahkan lagi masalah orang Melayu.. 

Ketika orang Melayu tengah susah sebab harga getah dan sawit tak berapa nak lalu sekarang ni.. mana peginye perdana menteri Melayu.. ketika orang Melayu disembelih dan digasak oleh GST.. sampai bapak gua yang kais pagi makan pagi pun kena sekali.. mana peginyer pejuang Melayu.. sekarang ni tanah rezab Melayu pun dah semakin ciput dan orang Melayu nak mintak tanah buat tapak rumah pun punya la payah.. mana peginye menteri Melayu..

Dan ketika pemimpin Melayu dan tokey 1MDB dok sebok menyakau dan menyukat tanah kerajaan kat Sungai Besi dan Bukit Bintang.. mana lesapnyer suara Melayu... ketika bukit bukau dan hutan balak habis ditarah sampai menyusahkan orang Melayu.. sebab sungai pun jadi kuning.. mana menyoroknyer ketua Melayu.. ketika orang Melayu Felda Bukit Goh dianiaya dan dikelepet oleh tokey lombong bauksit.. sampai jalan tar pun bertukar jadi merah.. mana hilangnyer menteri besar Melayu..

Dengan itu.. jangan nak memandai cerita pasal Melayu dengan menjual nama Melayu.. sebab gua Melayu yang dah naik meluat tengok perangai pemimpin-pemimpin Melayu yang tak sedar diri dengan muka tak malu terjerit-jerit kononnyer pejuang Melayu tapi menindas dan membodohkan orang Melayu..

Suka hati jer rakyat ditindas dengan GST.. yang diorang dok sedap berjoli sakan naik jet ke hulu-ke hilir.. anak Melayu dikerah berdemo sambil menyedut jerebu.. yang pemimpin Melayu dok sebok menyakau tanah dan harta rakyat.. orang Melayu disuruh taat kat pemimpin.. yang diorang dok sedap-sedap lepak kat rumah sambil kira duit 2.6 billion.. phuii!!! buat malu Melayu..