Semasa member ajak bercuti secara mengejut ke Pulau Perhentian baru-baru ni.. berbagai persoalan berputar ligat dikepala otak gua.. Best sangat ke pulaunya.. Cantik ker tempatnya.. Apa yang nak dibuat kat situ.. Takkan nak melepak kat pantai sehari suntuk tengok matahari terbenam.. Perghh!! Dah macam mat jiwang le plak.. Hahaa
Kalau bab makan jangan cerita ler.. Dah tentu la mahal macam kat Alaska.. Adoii mesti bosan gila pulau ni... Begitu la persoalan yang berlegar dalam kepala otak gua.. Tapi dah member beria-ia mengajak.... Dan gua pun tak pernah jejakkan kaki kat pulau tu.. Jadi gua pun ikutkan jer le..
Untuk kesini korang kena naik bot dari jeti Kuala Besut dalam jarak masa 30 minit.. Tapi mana yang rasa taknak naik bot takut mabuk laut ke korang boleh la berenang untuk ke sini.. Jarak masa tu tak tau la berapa lama sebab ia bergantung pada kepantasan kuasa kuda korang berenang jugak..
Woww!! Tak sangka cantik jugak Pulau Perhentian ni rupanya.. Itu la tanggapan gua sebaik saja menjejakkan kaki di Long Beach Pulau Perhentian Kecil ni..
Untuk pengetahuan korang sebelum ke sini gua dah google dulu tempat-tempat menarik yang ada kat pulau ni.. Salah satunya kincir angin atau windmill.. Ada dua cara untuk ke situ.. Pertama dengan naik bot dan yang kedua jalan kaki iaitu hiking.. Dan dengan kegagahan semulajadi yang ada tentu la gua pilih hiking..
Bagi gua.. kincir angin ini antara salah satu port wajib kalau korang ke Pulau Perhentian.. Bagi yang tak biasa memang letih sampai nak tercabut buku lali tapi bila dah sampai kat atas tu semuanya jadi segar.. Segala tok nenek penat letih terus hilang..
Ok la cakap banyak pun guna.. Takut nanti ada plak yang migrain bila baca tulisan gua yang panjang berjela kat blog merapu ni.. Bagi mengelakkan korang tension sampai menggigil satu badan apa kata Jom Kita Ke Pulau Perhentian.. Gua Belanjo.. Serius ni.. Gua belanjo gambar dan video ni je.. Hahaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan