Khamis, 28 Oktober 2010

HOBEN JANG.. JANGAN TAK HOBEN.!!


TAHNIAH!!.. tahniah!!.. tahniah!!.. bravo!!.. kebaaboorrr!!... buat team N9 yang berjaya mengekalkan kejayaan dua tahun berturut-turut masuk ke final Piala M'sia.. dan sebagai juara bertahan gua pun dah agak dah.. yang pasukan N9 akan berjaya gak masuk ke final tahun ni.. walaupun team Lebah Johor FC cuba nak bermanja-manja menyengat team Rusa pada perlawanan separuh akhir minggu lepas.. namun itu semuo tidak memberi kesan kat pasukan Hoben Jang Hoben untuk bangkit dan berentap dengan team anak Kijang pada final Piala M'sia minggu ni..

Buat team Rusa korang jangan takut lagi gentar dengan team Kijang tu.. diorang tu tak ado apo pun.. kecoh yo lobih.. dan jugak melalui satu sumber perisikan yang boleh la dipercayai.. tu pun kalau korang nak percaya.. bahawa team Kijang akan menggunakan taktik 'Calladen' sejenis tektik terbaru yang dicipta oleh abang Bachok merangkap ketua pasukan sorak pasukan Kijang untuk memerangkap segala asakan dan pergerakan pemain serta bas penyokong team N9 pada perlawanan akhir itu nanti..

Menurut pakar.. untuk menghayati tektik 'calladen' ini.. setiap pemain team Kijang akan diberikan sebuah handphone serta prepaid percuma bagi memudahkan para pemain berhubung antara satu sama lain serta berSMS dengan para penonton dan ahli keluarga masing-masing pada malam tersebut.. malah mereka berharap tektik ini akan dapat mengeliru dan membantutkan pergerakan team Rusa untuk bertindak balas kerana diganggu dengan panggilan misteri serta bunyi nada dering yang beraneka bunyi..

Disini spy Penanggah menasihatkan agar team Rusa tidak berasa panik diatas strategi yang atur oleh pasukan Kijang tersebut.. ini adalah kerana tektik 'calladen' tersebut hanya sesuai untuk padang yang berbukit bukau dan berpaya.. serta tidak sesuai untuk padang yang rata dan berumput seperti Stadium Bukit Jalil.. malah jurulatih pasukan Kijang iaitu abang Sathia dilaporkan akan menggunakan sistem 8-8-2.. iaitu hanya menggunakan dua orang penyerang termasuk seorang penyerang simpanan dan lapan pemain pertahanan tidak termasuk pasukan pertahanan awam bagi mengasak penjaga garisan team Rusa..

Disini gua nasihatkan agar jurulatih pasukan N9 lebih berhati-hati di atas strategi pasukan Kijang tersebut.. dan berharap beliau akan dapat menggunakan sistem 7-7-9 bagi mengelirukan pergerakan team KIjang pada malam tersebut.. lagi pun gua tengok sistem ni lebih sistematik.. dimana pemain pertahanan akan cuba mengajak pemain lawan untuk berbual mesra sebelum pemain penyerang membuat satu serangan hendap secara mengejut dari arah kanan tiang gol lawan ketika pihak lawan berada dalam keadaan leka dan terlena kerana asyik berSMS..

Dan camno pun pada team Rusa.. diharapkan korang akan berlawan bersungguh-sungguh dan gua cuma doakan korang akan berjaya dengan bergaya
pada malam final itu nanti.. pada penyokong pun sama gak.. jangan la sebok nak berembat.. banting sana.. banting sini.. jangan buek malu samo orang kampung... dan kalau korang kalah gak pada malam tu nanti.. samo-samo la jalan kaki balik Seremban.. hahahaa!!

3 ulasan:

  1. Sejak bila abe bachok jd ketua team sorak pun aku taktau..awww..mcm nyah..xrela ai..hahahahha..

    Tangkap kijang dorg wat sup la..penambah tenaga..

    BalasPadam
  2. itu la lu tak tau.. dia dngan gua memng aktif dengan NGO-NGO ni.. team sorak tu kira part time jer.. skrang ni kitorang join NGO persatuan kenyit mata semenanjung... klau lu nak join bleh ler.. apa lg start ler kenyit mata..

    BalasPadam
  3. salam takzi-ahhhhhhhhrgh.
    ekau punya formasi 7-9-9 malam tu brapo menjadi coz formasi tu terdedah kepada bahayo dimano player n9 tidak dilindungi gangguan letupan mercun bola yg dibaling oleh saporter(mpkps) pihak lawan.

    wan jemak patut menggunakan formula 991 dimana
    sekiranya saporter pihak lawan yg sengal membaling mercun, pemain-pemain n9 termasuk yg diluar padang dan diatas grandstand dapat menenangkan keadaan dengan turut membaling bom ikan kearah mereka...

    hampeh! nak tengok bola pun bawak mercun!

    BalasPadam