Rabu, 26 Ogos 2009

PENDET PUNYER PENANGAN...


JAKARTA - Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penerbitan klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan tarian Pendet, yang berasal dari Bali - Kosmo


Sekumpulan pakcik dangdut di Indonesia diberitakan tidak berpuas hati bila melihat sekumpulan kuda kepang melakukan aksi tarian pendet dalam satu klip video baru-baru ini.. kumpulan pakcik dangdut yang diketuai oleh Bumbung Nanonano dikatakan telah berguling-guling didepan bangunan Mangga Dua hingga ke Blok M yang mana turut dihadiri olah sekumpulan kambing boer... 


Menurut Bumbung Nanonano.. tindakan mereka tersebut adalah satu tanda protes terhadap kumpulan kuda kepang tersebut.. yang di anggap telah menghina persatuan penari pendet sedunia.. Bumbung Nanonano juga turut melahirkan kekecewaan beliau kena tidak dipanggil berlakon dalam klip video 30 saat tersebut yang turut dibintang oleh Jenifer Lopez yang memegang watak sebagai Kiah Murai.. 


Tarian Pendet.. satu nama yang agak pelik lagi asing bagi kita smua kat sini.. tetapi bagi penduduk di kampung Garapunden Wesmangan di kabupaten Wonderpet Bali Selatan.. tarian pendet adalah satu tarian tradisi turun temurun yang sentisa dihati mereka.. pendek kato bangun tidor jer diorang terus buat tarian pendet... nak naik bas atau makan nasik pun diorang layan dulu tarian ni.. begitu ler akrabnyer diorang dengan tarian pendet ni ibarat aur dengan tebing.. cubit peha kanan peha kiri terasa gatalnyer..


Menurut Nuek Boteng pakar tarian hip hop dari Kenya menyatakan bahawa asal-usul tari pendet ini bermula dari bawah kemah kahwin semaso majlis perkahwinan Abe Maro ketuo pemuda blok M di wakap Mek Jebab 200 tahun dahulu.. menurut beliau satu aksi yang tidak tersengaja semasa Abe Maro tersandung kaki tersepak kaki kerusi semaso melangkah ke pelamin.. ini membuatkan Abe Maro terhoyong-hayang sambil melompat ke kiri dan ke kanan menahan sakit..


Melihat kejadian tersebut.. beberapo pemuda termasuk ketuo kampung Mek Jenab.. iaitu Yub Cikan pun turut sama terhoyong hayang sambil menggoyangkan pinggul ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu paluan kompang dan gamelan.. melihat ketua mereka Yub Cikan naik syieh dan begitu asyik menarikan satu tarian yang agak misteri.. maka orang kampung pun turut sama melakukan aksi tersebut.. tanpa mengetahui yang Abe Maro melompat ke kiri dan ke kanan kerana sedang menahan sakit tersepak kaki kerusi..


Setelah majlis persandingan Abe Maro selesai maka orang kampung pun membuat satu mesyuarat tergempar bagi mencari satu nama yang sesuai bagi menamakan tarian tersebut yang dianggap begitu unik.. setelah berbingcang selamo sembilan jam tanpa henti mako orang kampung pun mencapai kata sepakat untuk menamakan tarian tersebut Pendet.. sempena ketuo kampung yang mereka sayangi iaitu Yub Cikan yang mempunyai fizikal yang agak pendek.. mereka turut mengemas kinikan tarian tersebut dengan meletakkan batu blok diatas kepala sewaktu menari.. bagi mendapat satu impak yang besar keatas buah pinggang sewaktu menarikan tarian pendet ini..

3 ulasan:

  1. Gua ingatkan tarian Pundek..
    astaga..bulan puasa ni ckp merapu plak..
    batal puasa gua..
    muahahahhahaha..

    BalasPadam
  2. Heehehee....tarian terbaru tu... klau yub cikan tau tu.. nahas mu... tp klau dah btal posa tu bleh ler buat tarian pendet sambil korek idung... hahaahaha

    BalasPadam
  3. aper la pendet pun nak berebut... kalo dah semua depa yg punya lain kali simpan la dalam peti besi... mcm best je... cit! busuk punya kaki

    BalasPadam