Isnin, 17 Ogos 2009

NORDIN.. DIMANA KAU??!!!..


DENSUS 88..  iaitu pasukan elite polis Indonesia dilihat begitu kecewa dan kebingungan kerana telah tersilap membunuh seekor kambing boer yang disangkakan Nordin Tip Top gengster kampung Dusun yang begitu terkenal dengan sikap ganas dan panas baran tersebut.. sehingga ada diantara mereka yang di lihat meraung-raung sambil bergoyang-goyang dangdut.. akibat terlalu kecewa kerana gagal menangkap Nordin yang telah gaib dalam sekelip mato semaso pasukan tersebut menyerbu pondok tempat persembunyian beliau ditepi sawah di kampung Solok.. semaso operasi menangkap dan menyelamat awal pagi tadi yang turut dirasmikan oleh pangeran Ady Wijoyo Wak Kimbo seorang pejual tempe yang begitu disegani di kabupaten gunung berapi Tangkuban.


Nordin yang sebelum itu dilihat berkeliaran di pasar tani di pekan Tapah dikatakan telah berjayo meloloskan diri dari kepongan pasukan polisi Densus 88 dengan menggunakan seekor kudo kepang yang telah beliau rembat dari rumah wak Karto.. ini membuatkan wak Karto begitu berang diatas kehilangan kudo kepang berwarna merah metalik yang beliau cintai itu.. lalu memerintahkan jin peliharaan beliau iaitu Jinggo dan Minggo untuk menyiasat dimanakah Nordin dan kudo kepang yang beliau sayangi itu berada dikala ini..


Tanpo membuang maso Jinggo dan Minggo pun bergabung dengan pasukan Densus 88 yang diketuai oleh kapten bersara Sarjan Kucai.. untuk mencari dan menyelamat kuda kepang merah metalik wak Karto yang telah dirembat oleh Nordin Tip Top tersebut.. namun semaso operasi mengintai tempat persembunyian Nordin.. mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan geng Tarbus yang turut ingin merembat kudo kepang wak Karto dari tangan Nordin.. lalu berlakulah satu pertempuran empat penjuru yang sungguh sengit lagi ngeri antara pasukan Densus 88.. Nordin Tip Top.. penyamun Tarbus dan kudo kepang wak Karto..


Ketika gengTarbus hendak menghentak kudo kepang wak Karto dengan kayu beluti 4x4.. mereka telah di karate dari belakang oleh Jinggo dan Minggo.. ini membuatkan mereka tidak puas hati kerana Minggo dan Jinggo telah menggunokan tektik kotor.. lalu memanggil penduduk kampung Buah Pala untuk membantu mereka.. lalu pertempuran menjadi bertambah rancak apobila penduduk kampung buah Pala yang datang untuk membantu geng Tarbus turut diserang olah kudo kepang wak Karto dari berbagai penjuru ini membuatkan penduduk kampung cabut lari meninggalkan geng Tarbus terkapai-kapai di lanyak oleh Densus 88 dan Nordin Tip Top..


Nordin Tip Top turut membantu menyelamatkan Sarjan Kucai ketika beliau dan pasukan Densus 88 diserang oleh kudo kepang wak Karto dengan menggunakan bom atom.. namun kuda kepang wak Karto turut pula membantu Nordin ketika telinga beliau digigit oleh Jinggo dan MInggo.. yang tiba-tiba muncul dari dalam semak.. dari arah kanan pinggang geng Tarbus.. begitulah hebatnye pertarungan tersebut yang penuh dengan semangat  setiakawan .. saling bantu-membantu dan tolong-menolong.. yang turut disusuli dengan jeritan dan tawa riang.. para peserta pergaduhan...


Setelah bertempur selama beberapo hari.. akhirnyer para juri menganggap keputusan adalah seri... dan Nordin dikehendaki memulangkan semulo kuda kepang merah metalik yang beliau rembat ke pangkuan wak Karto.. dalam perjalanan pulang ke rumah Sarjan Kucai dan pasukan beliau Densus 88 tiba-tiba teringatkan Nordin Tip Top lalu mereka pun bergegas semulo ketempat kejadian untuk mencari si Nordin gengster yang paling dikehendaki tersebut.. 


Namun sampai sahaja di tempat tersebut.. alangkah kecewanyer mereka kerana Nordin telah tiada.. dan lagi sekali mereka merasa begitu kecewa teramat sangat hingga ado yang pengsan dua tigo jam.. bukan kecewa kerana gagal menangkap Nordin Tip Top.. tetapi kecewa kerana  tidak dapat meminta alamat dan nombor talipon si Nordin dan juga tidak sempat bertanyo di siapokah yang membayar gaji dan penyumbang dana bagi membiayai operasi ganas beliau tersebut...

5 ulasan:

  1. nordin bersuka ria di kepulauan hawaii

    BalasPadam
  2. yer ker..kurang asamnyer nordin.. pegi hawaii tak ajak gua.. patut ler lamo tak nmpak..

    BalasPadam
  3. tu ar..gua pn hangin nih..tak ajak gua..!!!1
    Grrrr..!!!

    BalasPadam
  4. Ape la intai2 nordin... tak baik mengendap anak laki org... intai siti nordinah lagi syiok... kan kan kan

    BalasPadam
  5. nak mengintai pun tunggu ler lepas raya.. bleh ler gua ajak pak polisi join skali...

    BalasPadam