Isnin, 10 Ogos 2009

Kes Culik Palsu Makin Aktif..


KUALA LUMPUR - Biarpun media telah banyak melaporkan kejadian culik palsu yang didalangi pihak tertentu tetapi masih banyak laporan polis diterima daripada orang ramai yang terpedaya dengan tipu helah itu. - Kosmo


Satu kejadian culik-menculik telah berlaku di kampung Buluh Kasap malam tadi.. menurut sorang saksi memberitahu.. seorang nenek tua yang tinggal dihujung kampung telah diculik ketika sedang bermain dam ular bersama beberapo orang makcik dari felda Palong Satu di tepi dapur rumah beliau.. mangsa lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Kiah J.Lo.. ini adalah kerana beliau sering dilihat bermain badminton dengan J.Lo didepan balai raya kampung tersebut.. 


Menurut John Dempong.. ketuo belia yang juga merangkap ketuo pengakap kampung Buluh Kasap memberitahu spy Penanggah bahawa dari siasatan beliau mendapati kejadian penculikan Kiah J.Lo adalah seperti telah dirancang.. ini adalah kerana terdapat beberapo kesan tayar basikal di belakang rumah beliau... malah pintu depan rumah beliau turut sama di culik.. menurut beliau lagi kejadian culik-menculik tersebut adalah kali yang ke 78 berlaku dikampung tersebut dalam bulan ini.. 


Menurut cerita temberang John Dempong lagi.. beliau pun hampir-hampir menjadi mangsa culik malam minggu lepas ketika sedang merempit di highway Segamat Kuantan.. namum beliau sempat memecut lajukan motor kapcai beliau sehingga mencapai tahap kelajuan cahaya dengan menggunakan gear satu.. sehingga sampai ke felda Keratong... ini membuatkan penculik yang menggunakan beca roda tiga tersebut ketinggalan begitu jauh dah tidak dapat menandingi kepantasan motor kapcai beliau..


Inspektor Shahab yang bertugas sebagai diver lori pick-up di balai polis Karachi.. yang telah diarahkan untuk melakukan siasatan bagi membongkar  kes penculikan Kiah J.Lo tersebut memberitahu spy Penanggah bahawa beliau hampir-hampir berjaya menangkap penculik tersebut malam tadi ketika melakukan rondaan bersama John Dempong..


"Pergghh..!! maso tu gua terserempak satu lembago sedang bergerak-gerak kat dalam semak.. sebalik pokok ketapang kat belakang surau.. gua dengan John apo lagi.. terus jer capai sebatang kayu.. tunggu maso jer kitorang nak hentak lembago misteri tu.. maso tu hati gua dah panas.. kiro naik la 58 darjah celcius..." ujar beliau begitu geram.. sambil menumbuk pokok sena disebelah spy Penanggah..


"Selepas tu apo yang terjadi.." tanya spy Penanggah tak sabar-sabar..


"Apo lagi kitorang pun merangkak-rangkak ler kat lembago tu... nak siasat lebih dekat lagi apo kebondonyer tu.. supaya senang nak tangkap penculik tu.." cerito Inspektor Shahab dengan penuh semangat..


"Bilo dah dekat kat semak tu.. apo lagi kitorang pun serbu ler penculik durjana tu.." ujar beliau lagi sambil melompat kepucuk pokok sena tersebut..


"Dapat ke tangkap penculik tu Inspektor.." tanya spy Penanggah lagi sambil turut samo melompat kepucuk pokok sena di tepi kanan beliau..


"Dapattt..!! tapi dapat susah ado laa.. rupo-rupernyer yang kitorang intip tu bukan penculik.. tapi babi hutan tengah menyondol ubi kayu.. apo lagi bilo dio tengok kitorang melompat.. dio pun samo melompat terperanjat.. kitorang pun samo terperanjat gak.. babi tu apo lagi terus la hambat kitorang berduo sampai kat pekan Senawang.. sial betul.." jerit beliau dari pucuk pokok sena..


"Apo tindakan Inspektor selepas ni.." tanya spy Penanggah ingin kepastian..


"Biar lantak ler diorang tu.. Kiah J.Lo ko.. nenek Kiah J.Lo ko.. nak kena culik ko... nak kono ragut ko.. lantak diorang ler.. gua rasa.. gua pun macam nak bersaro awal jer jadi Inspektor ni.. tak sanggup lagi gua nak handel kes ni.. Kiah J.Lo punyo hal tak pasal-pasal gua kono hambat ngan babi hutan.." jerit Inspektor Shahab tak puas hati sambil terbang keudara seperti superman meninggalkan spy Penanggah di pucuk pokok sena kehairanan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan