Jumaat, 28 Ogos 2009

Lu Memang Teruk La.. Mat Connect..


KOTA BHARU - Baru sehari selepas dapat menyamun sebuah kereta Proton Waja, Mat Connect ditahan polis ketika tidur lena bertemankan kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Kok Lanas di sini kelmarin. - Kosmo.. (* disebabkab beberapo masalah teknikal seperti tayar basikal penghantar suratkhabar kami yang pancit akibat letupan bom tepi jalan angkara Mat Konnect.. maka kami terpaksa mengulas berita yang agak terlewat kami terima tapi ganas yang berlaku lewat semalam....harap maaf.. MERDEKAAAA......!!!)


BEBERAPO hari sebelum berjaya di tangkap oleh pak polisi.. Mat Koneck yang bermisai tebal berwajah lawak.. telah dilaporkan cuma menyamun sekumpulan tapir di Hutan Melintang dengan menyamar sebagai seorang tukang paip.. namun niat busuk beliau telah dapat dihidu oleh Mat Nyet.. iaitu ketuo kumpulan tapir tersebut.. lalu mereka pun berpakat untuk melakukan satu serang hendap.. dengan menyerang Mat Konnect dari atas jambatan gantung Permatang Pasir.. 


Melihat dirinyer diserang bertalu-talu tanpa pilih kasih.. Mat Koneck pun membuka langkat seribu melarikan diri ke Bachok Kelantan utuk bertemu abang Bachok kampung Kedai Buluh dengan menaiki sebuah lori tanker yang disewa khas dari persatuan nelayan kampung Kok Lanas dengan harga yang masih lagi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan...


Semaso dalam perjalanan ke Kelantan untuk bertemu abang Bachok sahabat lamo beliau.. Mat Koneck di beritakan telah sempat merembat beberapo buah bendera di kampung Batang Rokan yang telah siap di gantung oleh persatuan belio 4B kampung tersebut.. di beberapo tiang letrik dan pokok kelapo dalam usaha untuk menyambut bulan kemerdekaan... 


Ini membuatkan beberapo orang budak belio kampung yang agak skema diketuai oleh Balok begitu marah diatas kejadian tersebut lalu melakukan satu usaha mencari.. mengintai dan memburu Mat Koneck bagi membalas dendam dan menuntut gantirugi diatas kehilangan bendera tersebut yang dianggarkan hampir dua ratus ribu ringgit tunai...


Hasil dari intaian dan hendapan selamo beberapo jam di kampung Kedai Buluh oleh kumpulan belio 4B kampung Rokan yang turut dibantu oleh pak polisi akhirnyer Mat Koneck dapat ditangkap ketika sedang asyik bermain dam ular dengan abang Bachok di bawah rumah Mat Kimbo sorang penyeludup beras yang agak terkenal di kampung Sireh.. yang kebetulan sedang cuti sakit akibat cedera terkena mercun buatan beliau sendiri..


Sebelum Mat Koneck dibawa ke balai polis.. pak polisi.. Mat Koneck.. abang Bachok dan Mat Kimbo serta turut disertai oleh Balok dan semuo budak belio 4B yang terlibat dalam operasi tersebut terus menjeritkan MERDEEKAA.. MEERDEKAA.. MERRRDEKAAA..!! sempena menyambut bulan kemerdekaan..


"Tunggu..tungguu.. gua pun nak join gak.." tiba-tiba satu suara mencelah..

"Laaaa.. ekau rupernyer Mat Nyet.. ingat saper tadi yang potong stim kitorang" jerit semuo orang secara tidak serentak akibat terperanjat.. 

"Kalau camtu tak apo laa.. jom la lagi skali.." jelas pak polisi sambil mengoyang-goyangkan badan beliau ke kiri dan ke kanan... 

" Okey.. 1...2....3.... MERRRDEEEEKAAAAAAA..!!"

2 ulasan:

  1. Gua rs trtipu...!!!
    rpanya abg bachok kawe dgn mat koneck..

    tapi gua musykil la..koneck?
    huuuuuuuuuuuuuuuu!!!

    BalasPadam
  2. haaahaaa.. mat koneck tu nama samaran mat konnect.. untuk mengkompiuskan pak polisi.. kalau ikut nama asal.. mat korek hahahaa..

    BalasPadam