Khamis, 13 Ogos 2009

H1N1.. KES TERPENCIL DAN MASIH TERKAWAL...


WALAUPUN didesak bekali-kali oleh penduduk kampung dengan berbagai ugutan dan surat layang.. bagi mendesak pihak kerajaan melakukan perintah darurat kesihatan bagi mengelak bertambah merebaknyer penyakit virus H1N1.. namun John Tiong Lai menteri kesihatan kampung Kowloon masih tetap enggan melaksanakan perintah darurat tersebut... malah beliau turut mengugut untuk mengenakan tindakan ISA kepada penduduk kampung Kowloon jika terus mendesak beliau bagi mengenakan tindakan darurat tersebut..


Menurut Tiong Lai.. tindakan beliau ini adalah bertepatan dengan keputusan sebulat suara ahli-ahli parlimen kampung Kowloon beberapo bulan lepas.. semaso menandatangani satu deklerasi yang dinamakan Deklerasi Haru Biru iaitu dengan mengarahkan setiap pintu masuk ke kampung Kowloon di buka kepada smua pelancung tanpa sebarang sekatan dan pembawa virus tersebut hendaklah diberi berbagai hadiah dan penghargaan..


Menurut beliau lagi.. antara sebab lain yang menyebabkan pihak kementerian begitu liat untuk tidak mengistiharkan perintah berkurung di kampung tersebut adalah kerana jumlah pesakit serta kematian yang masih lagi begitu kecil.. mengikut perkiraan juru audit lori kargo dari syarikat Lingkup Enterprise menganggarkan hanya sekitar 60 ribu pesakit dengan 40 ribu kematian yang telah berlaku.. satu jumlah yang masih dianggap begitu kecil berbanding 28 juta penduduk kampung.. pihak kementerian juga mengharapkan jumlah kematian akan terus meningkat kepada 150 ribu dalam masa terdekat sebelum kementerian beliau dapat mengambil satu tindakan drastik dengan memanggil semua bomoh-bomoh kampung dan tukang urut untuk merawat para pesakit H1N1 tanpa bersikap rasis..


Ausan Kwik Mambo.. menteri kesihatan Burma semaso bertemu dengan spy Penanggah di pesta tarian kuda kepang turut mengakui akan perkara tersebut.. malah beliau berjanji akan membantu John Tiong Lai.. bagi memasti jumlah pesakit dan angka kematian terhadap jangkitan virus tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa.. dan satu mesyuarat tergempar diberitakan telah berlangsung dengan gembiranyer.. yang mana turut dihadiri oleh beberapo menteri.. artis dan pelawak terkenal.. malah beberapo ketul karipap pusing beritakan turut habis dalam beberapo minit sahaja sewaktu mesyuarat berlangsung.. dan spy Penanggah turut sama merembat beberapo ketul karipap pusing dari meja John Tiong Lai tanpa pengetahuan beliau... dan beliau di lihat terpusing-pusing sambil mencari-cari dimana hilangnyer karipap tersebut..



 * Semasa cerita merapu ni tulis angka kematian terhadap mangsa virus H1N1 di negara kita telah meningkat kepada 51 orang dengan 29 lagi telah dimasukkan ke wad icu.. smoga Allah menyelamat negara kita ini dari segala malapetaka yang sedang menyerang..

5 ulasan:

  1. seminggu aku demam..gara2 babi ni la...huhuhuhu..

    BalasPadam
  2. yer ker... nasib baik tak kena pulau dek orang kampung... hahaa

    BalasPadam
  3. aku kuarantin dalam umah 1 fmili..org kampung dtg cari plak..cari nahas btul dorang..muahahahahaha..

    BalasPadam
  4. Antara sesema babi dengan sendawa babi... mane lagi bahaya...

    BalasPadam
  5. duo2 tak bahayo.. yang paling bahyo kentut babi.. silap2 boleh gempa satu kmpung..

    BalasPadam