Sabtu, 4 Jun 2022

KITA RONDA KE PANTAI JERAM PLAK..


Kalau dah kaki merayau tu memang tak boleh nak cakap apa.. walaupun tak berduit nak jugak merayap kesana kesini.. kalau orang negori sembilan cakap 'kaki melangok'.. panas je punggung tu duduk kat rumah.. panjang je akal tu berpikir nak merayau kemana... janji lepas duit minyak dengan duit minum-minum kopi.. jalann!!.. 


Begitulah jugak dengan gua ni.. dan tanpa berselindung dan banyak songeh apakata kali ni kita melangok ke Pantai Jeram Kuala Selangor plak.. tak la jauh sangat pun.. klau macam gua dari KL ikut Selayang arah ke Rawang dan masuk highway LATAR.. dalam sejam sampai laa..


Mungkin ada diantara korang yg tertanya-tanya apa yang best sangat tempat ni.. entah la gua pun tak tau.. tapi dari apa yang gua siasat dan selidik kat google... Pantai Jetam ni popular dengan makanan laut.. haaa tu yg nak pegi redah tu.. dah terbayang-bayang sotong goreng tepung dah ni..


Dan untuk lebih kepastian serta mengelakkan salah tafsir dan kemurungan tahap tiga yang kronik apakata korang layan video gua ni... dan kalau korang subscribe lagi cantekkkk..



Sabtu, 2 April 2022

SESEKALI TU PEGI LA BERCUT..


Bercuti ni memang seronok... sapa yg kata tak seronok tu tak tau la nak kata apa... kena plak bercuti dengan member kamcing yang dah lama atau jarang berjumpa.. lagi la bertambah kuasa kuda seronoknya.. 

Yang kata tak seronok tu bukan sebab apa.. bercuti tapi duduk melopong kat rumah layan drama atau kena tolong bini pegi pasar atau basuh baju.. memang la tension.. bukan korang je gua kalau kena camtu pun gua sanggup buat2 demam.. hahaa..

Bamboo Camp Hulu Langat.. untuk golongan marhaen..

Lagi satu sapa kata orang susah gaji kecik tak bleh pegi bercuti.. susah-susah geng B40 tu ada gak yg pegi bercuti ke PD.. Melaka.. Penang atau Langkawi.. malah ada yg terlepas sampai ke Jepun atau Korea tu...

Berendam time panas2 ni memang syokk.. lupa diri kejap..

Sebenarnya semua tu terletak kat diri kita.. kalau dah tau gaji tu kecik.. hidup susah macam gua ni.. pegi la tempat yg dekat2.. yg bajet murah atau free.. yg boleh balik hari.. nak jimat bawak le bekal.. jangan la dok berangan nak bercuti sampai ke Paris.. London.. Rusia atau German.. memang la tak mampau..

Sambil borak sambil makan.. sedar2 dah tiga pinggan.. hahaa..

Ikut je cara percutian macam geng kitorang ni.. geng hurra hurrrey.. ada modal kita pegi jauh.. klau takda pegi la tempat yg dekat2.. carik la semak belukar.. jeram atau sungai kat mana2.. janji bercuti.. dah tu kongsi la modal ramai2 buat sewa tapak dan beli makanan.. settle..

Inilah dia geng hurra hurrey.. yang ceria serta sentiasa bersedia untuk diarahkan pergi bercuti..

Kali ni geng hurra hurrey bercuti dekat2 je... kat Bamboo Camp Hulu Langat.. Tempat pun ok.. bersih.. parking pun luas.. yg penting tempat ni kawasan private.. jadi keselamatan tu terjamin la.. jadi untuk info yg lebih jitu apa kata korang layan je video ni..




Apakata sebelum korang mandi-manda tu cuba korang tabahkan hati subscribe dulu channel gua ni supaya percutian korang menjadi lebih jitu dan ceria.. hahaa



Jumaat, 11 Disember 2020

TIBA-TIBA BAU ITU MENGGANGGU KAMI DI JERAM ULU BENDUL...


Ikutkan gua selalu je lalu depan kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul ni untuk ke Seremban atau ke KL tetapi tak terlintas pun nak singgah.. Namun entah kenapa hari tu tetiba plak jiwa gua meronta-ronta nak singgah dan menjengok tempat ni...

Lepas je parking kereta... gua pun mula la meronda-ronda sekitar kawasan jeram ni.. Nasib baik masa gua singgah tu bukan time cuti atau hari minggu jadi orang pun tak la berapa ramai.. Ok ler tenang la sikit...

Dan apa yang gua peratikan tempat ni dah banyak berubah.. Dah semakin cantik dan bersih.. Chalet pun dah ada.. Dan dia punya kolam pun dah luas dan selesa.. Kira puas la kalau korang satu family nak berenang sehari suntuk kat situ.. 


Gua perasan sebab gua pernah datang kamping kat sini dengan member sekolah gua masa bebudak dulu.. Tapi dah lama la.. Dah bertahun.. Taman ular kat hujung tu pun tak wujud lagi dan rakan sekelas gua si Sufian dan Nasir tu pun dah ghaib entah kemana.. Habis sekolah terus terputus hubungan.. 

Dan gua masih ingat lagi bagaimana kitorang bertiga main redah turun naik bas datang sini untuk berkamping.. Ikutkan jauh jugak nak ke sini.. Kira kena salin tiga bas tapi dah bebudak apa ada hal.. Tau nak merayau jer.. 

Memang dah banyak berubah.. Dulu masa kitorang datang kamping kat sini bangunan ni pun tak wujud lagi..


Dan jugak gua masih ingat lagi dimana pada hari terakhir tu kitorang telah diganggu oleh satu bauan yang kurang menyenangkan.. Entah macam dalam kitorang syok-syok melepak sambil menikmati keindahan alam tiba-tiba hidung kitorang telah diterpa oleh bau kapur barus yang agak menyengit.. 

Tapi apa yang gua ingat pada petang sebelum kejadian tu.. Lebih kurang dalam pukul 6.00 lebih kitorang ada la bakar tunggul kayu kat tepi sungai tu.. Tak jauh pun dari kemah kitorang.. Dan dalam syok membakar dan bermain api tu tetiba muncul sekor biawak yang agak besar ditepi tunggul yang kitorang bakar tu.. 

Tak tau la sama ada tunggul yang kitorang bakar tu sarang si biawak tu atau pun biawak tu saja nak melintas kat situ.. Apa lagi nampak je biawak tu kitorang pun baling la dengan kayu.. Kelam kabut biawak tu kena hambat.. 

Sebenarnya bukan apa.. saja nak suruh biawak tu blah.. Nanti klau biawak masuk dalam kemah tak ke naya.. Tak pepasal plak kitorang bertiga tidor ngan biawak.. Dan tak lama selepas tu barulah bau kapur barus tu muncul menyeliputi ruang kawasan perkemahan dan menerjah ke hidung kitorang..

Mula-mula tu kitorang buat tak tau je.. Kira masih boleh bertahan lagi la.. Tapi bila makin senja bau tu semakin menyengit dan makin lama makin kuat.. Apalagi keberanian jiwa remaja kitorang pun mula mengendur.. Masa tu plak hanya kitorang bertiga je yang masih tinggal kat situ.. Brader-brader yang kamping sebelah kitorang awal-awal lagi dah berkemas balik.. 

Bila bau tu dah makin mengganas otak pun mula la berfikir yang bukan-bukan.. Masa tu gua tengok Sufian.. Sufian pandang Nasir.. Nasir jeling gua.. Ahhh!! tak bleh jadi ni.. Tanpa sempat nak bermadah dan bebasa basi.. Hanya dengan sedikit isyarat gelengan leher.. Apa lagi dengan pantas... dalam samar-samar senja tu jugak kitorang berkemas dan pindah ke kawasan yang agak keluar.. 

Disebabkan keadaan dah agak gelap dan hanya berpandukan lampu suluh jadi kemah pun kitorang pasang ala kadar jer.. Janji bleh tidor.. Makan malam tu pun kitorang bedal apa yang ada jer.. Rasanya bukan kitorang je.. Kalau Iron Man atau Thanos ada kat situ diorang pun goyang gak tu.. Hahaa

Kekadang tu gua terfikir gak dari mana la datangnya bau  kapur barus tu.. Sebab malam sebelum tu takda plak bau tu muncul.. Adakah bau tu datang dari penunggu tempat tu ataupun dari tunggul kayu yang kitorang bakar.. Atau pun bau tu dihantar oleh si biawak yang kitorang hambat bagi membalas dendam kat kitorang.. Entah laaaa... 


Nampaknya setakat tu je la kisah pengalaman gua kamping kat jeram Ulu Bendul ni.. Nanti tulis panjang-panjang boring plak korang nak baca.. Sebabkan dah lama.. jadi area tempat gua kamping dulu tu pun gua dah tak ingat.. 

Ok la... Apakata sambil lepak-lepak tu korang layan la video gua ni.. Dan sebelum biawak yang gua hambat dulu tu muncul mengetuk pintu rumah korang bersama aroma kapur barus.. baik korang subscribe channel gua ni.. Hahaa

Isnin, 30 November 2020

NAK BUAT DUSUN NI KENA TAHAN 3 PERKARA...

Selain dari meronda dan merayau ke sana ke sini.. gua ni jugak suka berkebun.. Bukan la berkebun sayur tapi gua ni suka tanam pokok buah-buahan.. Lebih-lebih lagi durian.. Dan ada la dusun tapi tak la seluas mana pun.. Kira janji ada jer.. Dan kalau tak ke mana-mana kat dusun ni la gua melepak merilekkan kepala otak.. 

Begitu jugak kalau berjalan kemana-mana.. gua ni suka memerhatikan dusun orang.. Kena plak kalau musim buah.. tengok diorang berkemah dalam dusun tunggu durian gugur.. Memang best.. Geram je tengok dusun diorang bersih.. cantik.. pokok plak subur.. Tapi bila tengok nokebun sendiri.. Makk aiii.. Penuh semak belukar.. Nak kamping pun ngeri.. Hahaa..  

Tapi betul ke best ada dusun buah ni.. Bagi gua best tu memang la best terutama kalaumusim buah.. Dah tak payah nak beli.. Tau je le harga buah terutama durian skarang ni dah makin kejam.. Cuma yg tak bestnya time menebas dan membaja.. Penat siutt.. Dan ada kalanya buah kita tak menjadi.. Bunga punya la lebat tapi yg lekat ada la dua tiga biji.. Mana tak kecewa.. 

Senang cerita laa.. Untuk buat dusun ni yang  paling penting sekali ialah minat dan juga kena Tahan 3 Perkara.. 1. Tahan Penat.. 2. Tahan Panas.. 3. Tahan Sabar sebab buat dusun durian ni memang letih dan banyak dugaannya.. 

Bab modal jangan cerita.. Gua yang buat dusun sekangkang kera ni pun terasa akan kelajuan modal yang mengalir keluar.. Tau jer le sekarang ni harga racun.. baja termasuk la anak pokok.. semacam je mahalnya.. Dah tu belum tentu semuanya hidup... Ada tu yg dah tiga empat kali gua tanam ganti.. tanam ganti.. Mana bleh tahan.. Tapi dah minat gua buat je ler..

Itu tak masuk lagi gangguan penyakit.. serangga perosak hinggalah kepada serangan ganas bertubi-tubi dari sang kera.. tupai dan babi tunggal... Itu semua kita kena hadap.. Hampeh betul punya babi..  Masa itulah Tahan Sabar amat diperlukan..  

Tapi kalau setakat pikul baja dan menebas tu gua tak kisah dah.. Gua anggap itu semua sebagai satu eksesais.. Selain dapat jimatkan kos buruh ia juga sebagai satu senaman untuk gua keluarkan peluh.. Letih memang letih tapi yang penting gua happpy dan buat gua mampu mengusai jurus Tahan Penat... Hahaa

Inilah video dusun gua.. Tak laa luas mana pun tapi boleh la.. Ini kira gua punya gym tempat gua keluarkan peluh.. Ok la korang layan la yer jangan segan-segan channel youtube gua ni..
JANK NS CHANNEL

Khamis, 19 November 2020

DAH SAMPAI PULAU PERHENTIAN TAPI TAK RONDA.. MEMANG RUGI LAA..

Memang satu kerugian la.. Silap-silap boleh membawa kepada kemurungan sepanjang hayat kalau korang dah penat-penat datang ke Pulau Perhentian tapi tak meronda atau pusing-pusing kat pulau ni.. 

Dan disebabkan itulah kitorang mengambil satu ketetapan jangka pendek dengan meronda sekitar pulau ni sebelum berangkat pulang bagi mengelakkan dihantui rasa kecewa seumur hidup..

Ikutkan Pulau Perhentian ni taklah sebesar mana pun.. Tiga empat jam habis la korang merayau kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ni.. Tapi dengan bot la.. Kalau jalan kaki tak tau laa... Mau tiga hari lapan malam kut baru sekesai.. Hahaa

Walaupun pulau ni tak besar tapi banyak tempat menarik serta aktiviti yang boleh kita buat kat sini seperti berborak dengan penyu dan ikan yu dan mana yang kaki selfie tu boleh la berselfie dengan ikan dan coral-coral yang cantik jelita di Teluk Keke.. 

Time ni la buat pertama kalinya gua bertentang mata one by one dengan ikan yu.. 

Teluk Keke ni korang jangan lupa.. Ni salah satu port wajib yang korang patut singgah.. Bagi gua tempat ni memang marbeles untuk korang bergambar.. 

Lata Air Berani pun tak kurang bestnya.. Kat sini ada punca mata air yang dingin.. Air tawar.. Jadi boleh la korang singgah untuk bersih-bersihkan badan.. 

Dan bagi yang dah lapar sangat tu.. korang jangan la segan-segan untuk menghala ke Kampung Nelayan sebab kat sini ada foodcourt.. Dan yang penting harga dia kira ok la.. Harga mampu milik..


Ok la cakap banyak pun tak guna.. Korang layan sendiri la video dari channel youtube gua ni.. JANK NS CHANNEL.. Kalau okey korang tekan le butang subscribe kat tepi tu dan kalau rasa tak best.. tekan like pun cukup la.. Hahaa

Sabtu, 14 November 2020

JOM KE PULAU PERHENTIAN.. GUA BELANJO...

Semasa member ajak bercuti secara mengejut ke Pulau Perhentian baru-baru ni.. berbagai persoalan berputar ligat dikepala otak gua.. Best sangat ke pulaunya.. Cantik ker tempatnya.. Apa yang nak dibuat kat situ.. Takkan nak melepak kat pantai sehari suntuk tengok matahari terbenam.. Perghh!! Dah macam mat jiwang le plak.. Hahaa

Kalau bab makan jangan cerita ler.. Dah tentu la mahal macam kat Alaska.. Adoii mesti bosan gila pulau ni... Begitu la persoalan yang berlegar dalam kepala otak gua.. Tapi dah member beria-ia mengajak.... Dan gua pun tak pernah jejakkan kaki kat pulau tu.. Jadi gua pun ikutkan jer le..

Untuk kesini korang kena naik bot dari jeti Kuala Besut dalam jarak masa 30 minit.. Tapi mana yang rasa taknak naik bot takut mabuk laut ke korang boleh la berenang untuk ke sini.. Jarak masa tu tak tau la berapa lama sebab ia bergantung pada kepantasan kuasa kuda korang berenang jugak.. 

Memang 30 minit je dah sampai.. Tapi dalam 30 minit tu la korang akan melambung-lambung dalam bot angkara pemandu bot memecut botnya dengan laju tanpa batasan...

Woww!! Tak sangka cantik jugak Pulau Perhentian ni rupanya.. Itu la tanggapan gua sebaik saja menjejakkan kaki di Long Beach Pulau Perhentian Kecil ni..

Long Beach Pulau Perhentian Kecil.. Cantik dan bersih.. 

Untuk pengetahuan korang sebelum ke sini gua dah google dulu tempat-tempat menarik yang ada kat pulau ni.. Salah satunya kincir angin atau windmill.. Ada dua cara untuk ke situ.. Pertama dengan naik bot dan yang kedua jalan kaki iaitu hiking.. Dan dengan kegagahan semulajadi yang ada tentu la gua pilih hiking.. 

Bagi gua.. kincir angin ini antara salah satu port wajib kalau korang ke Pulau Perhentian.. Bagi yang tak biasa memang letih sampai nak tercabut buku lali tapi bila dah sampai kat atas tu semuanya jadi segar.. Segala tok nenek penat letih terus hilang.. 

Ini cerita benar.. View kat atas ni memang betul-betul marbeles.. Tapi kalau naik bot korang kena la mendaki tebing untuk sampai kat atas ni sebab tangga yang ada dah jahanam.. 

Ok la cakap banyak pun guna.. Takut nanti ada plak yang migrain bila baca tulisan gua yang panjang berjela kat blog merapu ni.. Bagi mengelakkan korang tension sampai menggigil satu badan apa kata Jom Kita Ke Pulau Perhentian.. Gua Belanjo.. Serius ni.. Gua belanjo gambar dan video ni je.. Hahaa

Semoga video ni sikit sebanyak dapat memberi manfaat pada korang yang teringin nak hiking ke kincir angin.. Sesambil korang layan video ni apakata korang tekan butang subscribe kat tepi tu sementara masih free ni.. Hahaa



Selasa, 10 November 2020

WOII COVID!! NYAH KAU DARI SINI..

Nampaknya dah setahun si covid19 menyerang dan bermaharajalela dimuka bumi kita ni.. Dan nampak macam takda tanda-tanda si covid durjana ni akan terhapus dari planet bumi dalam masa terdekat.. Makin mengganas ada laa.. 

Dan angkara si covid  durjana ni jugak membuatkan pergerakkan kita semua kembali terbatas apabila PKPB yang kita banggakan tu telah dikuatkuasakan semula hampir keseluruh negara termasuk la kampung gua.... 

Tapi sebelum PKPB ni dikuatkuasakan dan belum sempat diorang tutup pintu sempadan negeri dengan pantas gua awal-awal lagi dah cabut balik kampung.. Kalau tak mau gua keras kematu duduk kat KL.. Apa pun tak bleh..

Nasib baik jugak la sebelum PKPB ni gua dah selesai meronda ke Terengganu.. Sempat la beposing sakan kat Jambatan Angkat dan beli keropok kat Pasar Payang.. Klau tidak tak pepasal hangus duit booking hotel gua beratus ribu tu.. Hahaa

Dan apakata sesambil korang termenung kat rumah memikirkan si covid ni cuba korang layan video gua ni.. Mano la tau video gua yang entah apo2 ni sikit sebanyak dapat menambahkan kerunsingan korang hahaaa... 

https://youtu.be/uc32ME1_6N4

Rabu, 7 Oktober 2020

KISAH BALAI.. SATU LAGI LAWAK BENAR

Yanti seorang warga Indonesia yang baru beberapa minggu datang ke Malaysia untuk bekerja.. Biasa le orang baru tentu la masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini lebih-lebih lagi dengan bahasa.. 

Satu hari ketika dalam perjalanan ke pasar si Yanti telah ditahan oleh polis.. Memang kalau ditengok dari raut wajah dan cara berpakaian.. abang polis tu pun dah boleh agak yang Yanti ni mesti orang Indonesia.. 

"Kamu ni pendatang haram ya?", tanya abang polis pada Yanti dengan tegas.. 

"Tidak pak.. Saya pendatang halal", " jawab Yanti yang ketakutan itu dengan selamba... 

"Pendatang halal?!! Boleh saya lihat pasport kamu?", tanya abang polis lagi sambil tersenyum mendengar jawapan lawak si Yanti. 

"Maaf pak.. pasport saya ada pada majikan pak",  jawab Yanti..

"Kalau begitu saya terpaksa bawak kamu ke balai", kata abang polis pada Yanti..

"Ke balai?!! soal Yanti ringkas bercampur keliru.. 

Sampai di balai polis Yanti yang dalam keadaan  ketakutan dan keliru itu pun bertanya kepada abang polis tersebut..

"Pak boleh saya tanya.. Bapak bilang mau bawa saya ke balai". 

"Laa sekarang ni kamu di balai la ni.. balai polis", ujar abang polis tu yang sedikit pelik mendengar pertanyaan si Yanti.. 

"Maaf pak.. Kalau di tempat saya balai itu pasar.. Mati-mati saya ingatkan bapak mau bawak saya ke pasar...

"Adoiiii lawak apa yang kamu buat ni...", 

Tanpa dipaksa-paksa abang polis pun ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata.. 

"Kahkahh.. Kahkaahh.. Kahkahh. 

* Kisah lama hampir benar ni dilalui oleh sorang awek minang ketika baru sampai ke sini beberapa tahun yang lalu.. Sebab kalau di sana di Padang Pariaman orang situ panggil balai tu pasar.. Contohnya balai kamih / pasar khamis..