Rabu, 25 Jun 2014
KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LU..
BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.
Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.
Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari... – Kosmo
Yaaa.. teruskan Pak Menteri.. jangan malu-malu... buat la hutan belantara tu macam harta mak bapak lu sendiri... lu jangan risau gua serta seluruh rakyat jelata akan tetap memberi sokongan moral tahap padu yang tak berbelah bagi terhadap kerakusan lu tu.. dan kami semua mendoakan agar usaha murni lu untuk melingkupkan hutan belantara tu dapat dilakukan dengan cemerlang dan terbilang..
Dan kalau lu rasa masih jugak tak cukup dengan hutan yang ada tu... lu jangan ler malu dan segan.. lu datang jer ker negeri gua.. gua peratikan negeri gua pun masih ada gak kawasan hutan yang belum dikelokaikan lagi.. gua rasa kalau ler lu dapat bergabung tenaga dengan Pak Menteri negeri gua.. gua pasti hutan belantara sekangkang kera yang ada kat negeri gua tu dapat dilingkupkan dengan lebih pantas dan jitu..
* Sedang gua syok-syok menulis entri ni.. tetiba kluar plak iklan Biodiversiti kat TV.. katanyer kerajaan Malaysia begitu komited dalam memelihara kepelbagaian bio… dan semua makhluk bergantung kepada kepelbagaian bio… dengan itu marilah kita sama-sama memelihara kepelbagaian bio.. blaa.. blaa.. blaa.. dan dalam hati gua berkata.. PEGI JAHANAM DENGAN LU PUNYA KEPELBAGAIAN BIO.. KEPELBAGAIAN BIO TENGKORAK LUU..
Isnin, 16 Jun 2014
RIO DI BRAZIL'14.. DEMAM PUN BERMULA..
Nampaknyer Piala Dunia 2014 di Rio Brazil dah pun bermula... gua tengok ramai diantara kita yang termamai-mamai macam cicak tertelan kapor kat tempat kerja akibat menahan ngantuk.. ini semua angkara dirasuk oleh hantu bola yang sedang mengganas sekarang ni... alaaa bukan korang jer.. gua pun sama gak menyibuk... lagi pun bukannyer selalu.. empat tahun sekali.. dan gua macam biasa ler.. tetap dengan team pilihan gua.. German.. Argentina dan Brazil.. Sepanyol dan England tu hanya nak cukup syarat jer.. team yang lain tu lantak pi laa diorang..
Memang tak boleh nak dinafikan.. penangan bolasepak Piala Dunia ni tidak mengenal sempadan.. walaupun dengan muka tak malu terpaksa memilih negara orang untuk disokong.. itu semua tidak mematahkan semangat kita semua untuk tumpang sekaki berpesta dan bercerita pasal bola... memasing dari pagi sampai ke malam takda cerita lain.. bola.. bola.. bola... tenggelam ler sekejap cerita GST..
Tapi yang pasti dalam bab bola ni mamak jugak yang kayo.. gua tengok penuh sesajer.. apa taknyer bola punya pasal.. ada tu subuh-subuh pagi lagi dah pegi ke kedai mamak semata-mata nak melayan bola.. adooii memang gilo.. sedangkan gua yang taksub bola tahan enam ni pun tak sanggup nak buat kerja gilo camtu.. dari gua menapak ke kedai mamak melayan bola.. baik gua pegi menoreh.. ado gak pekdah..
Selasa, 3 Jun 2014
KEJAP HALAL KEJAP HARAM.. KESIAN BABI..
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh. Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim. Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak... - TheM'sianInsider
Apa ni Pak Menteri.. kejap kata halal.. kejap kata haram... tak pepasal gua yang dengar pun jadi kompius dan naik geram.. lu tau tak.. angkara babi ni membuatkan rakyat Malaysia jadi tak tenteram.. sampai ado yang meracau mengigau hingga ke tengah malam.. maunyer tidak.. dah berkilo-kilo coklat cadbury tu diorang taram.. lagi pun lu bukan tak tau.. orang kita kalau bab babi ni jangan dibuat main.. bukan pak lebai jer.. malah kaki mabuk.. kaki judi dan kaki rasuah boleh naik hangin.. katanyer makan babi ni boleh membuatkan kita bertukar jadi hantu penunggu pokok beringin..
Yang kesiannyer tu ada yang sampai nak samak mulut.. perut dan usus.. kerana diorang rasa ngeri.. takut benda yang haram tu membuatkan badan diorang yang montel jadi kurus.. malah yang lebih parah ada jugak umat berakal senteng yang sanggup nak tukar darah.. tak tau ler gua.. malaon mana yang bijak pandai yang dah bagi diorang tazkirah.. hingga membuatkan hidup dan pikiran diorang jadi tak tentu arah..
Tapi setelah beberapa hari hidup rakyat negara ni menderita dan rasa tertekan.. dok menahan sengsara kerana terlalu rindu nak makan coklet yang diidamkan.. akhirnyer terlerai le jugak segala kekusutan yang datang mencongkam.. bilamana pak menteri dah pegi siasat dan dapati coklat yang haram tu dan jadi halal dan boleh dimakan.. maka dengan itu jangan ler korang merasa malu dan segan.. makan le korang coklat tu sepuas hati walau pun berapo tan... cuma babi je terasa malu sebab dipermainkan dan lari masuk hutan..
Khamis, 15 Mei 2014
DRAMA ORANG MERAJUK.. TAK BEST LANGSUNG!!
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.
Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.
"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.
"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.... - TheM'sianInsider
Hahahaahaaaa... ini ler baru dikatakan lawak cipan tahap super.. bila politik dijadikan barang dagangan dan mainan... menjadi tempat untuk berjual beli... berhibur dan berlawak.. dan kita bleh tengok sendiri bagaimana gelagat orang-orang politik separuh masak yang dikagumi ramai ni beraksi dan berdrama.. dengan selamba jer membuat parti politik diorang sendiri macam kelab dangdut.. bleh kluar masuk sesuka hati.. apa!! diorang ingat berpolitik ni macam makan karipap ker..
Tapi tak kisah ler.. nak buat camno.. dah itu jer pemimpin yang kita ada.. tapi sekurang-kurangnyer gelagat manusia-manusia sengal yang sedang mengerumuni dunia politik negara kita sekarang ni.. sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati kita semua.. paling tidak pun dapat mengurangkan kegelisahan di jiwa rakyat jelata yang tak sabar-sabar menunggu kedatangan GST tahun depan..
Dan jugak sekurang-kurangnyer drama lawak ni dapat kita jadikan pengajaran.. atau sebahagian dari alam terkambang yang dapat kita jadikan guru.. dan sudah pasti kisah lawak sepanjang zaman ni akan menjadi sejarah dan kisahnyer dapat jadikan sebagai cerita klasik sebelum tidur buat anak cucu kita di kemudian hari.. terimo kasih YB diatas drama Melayu yang tak berapo nak best ni.. Selamat Hari Guru..
Jumaat, 9 Mei 2014
SOKONG JANGAN TAK SOKONG..
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perbicaraan bekas Dr Kassim Ahmad pagi ini di Putrajaya bukannya menyokong kenyataan presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia itu sebaliknya atas semangat setia kawan, kata kelab penyokong bekas perdana menteri itu.
Timbalan Presiden Kelab Che Det, Syed Hassan Syed Ali berkata, Dr Mahathir bukannya bersetuju dengan pandangan Kassim sepenuhnya tetapi terkilan dengan cara penangkapan aktivis sosial berkenaan.
“Apa masalahnya Dr Mahathir hadir ke mahkamah beri sokongan kepada Kassim? Berpuluh-puluh pemimpin kanan Melayu ke mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kes liwat, satu kes yang cukup jijik.
“Ada juga pemimpin Islam hadir ke mahkamah beri sokongan kepada pihak gereja hendak guna kalimah Allah. Bahkan ada yang sokong pula penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain,” katanya menerusi kiriman teks kepada The Malaysian Insider.
Dr Mahathir hari ini dilihat hadir di Mahkamah Tinggi Putrajaya bersama anak perempuannya, Marina untuk memberikan sokongan terhadap Kassim.... blaa.. blaa.. blaa.. - The Malaysian Insider
Betul tu Pak Timbalan Presiden Kelab... sebenarnyer takda salahnyer pun kita ni nak sokong saper.. nak sokong Pak Kassim ker.. nak sokong Tok Det ker.. nak sokong Pak Nuar ker.. nak sokong Abang Ajib ker.. nak sokong Kak Mah ker.. nak sokong Gong Eng ker... nak sokong Bersih ker.. malah nak sokong Mat Indera atau Chin Peng sekali pun.. itu semua tak jadi hal.. bagi gua boleh jer.. hak individu ler katakan..
Begitu jugak kalau korang nak sokong rejim Assad pun boleh.. nak sokong Mursi pun boleh.. nak sokong Al-Sisi pun boleh.... nak sokong Pak Polisi pun boleh.. dan tetiba korang menyampah dengan geng Hamas dan nak support Yahudi Israel pun boleh.. korang bosan dengan Al-Qaeda dan teringin nak sokong Amerika... gua sikit pun tak kisah.. lantak korang ler..
Katakanlah korang tengah bosan... tetiba teragak nak bagi sokongan moral kat mat-mat rempit yang tengah berlumba kat depan rumah.. itu pun tak jadi masalah.... begitu jugak tengok jiran sebelah rumah tengah syok berjudi laga ayam.. dan korang pun berpakat reramai datang berkumpul nak bagi sokongan atas nama semangat kejiranan.. haa itu pun gua takda hal.. silakan.. bab sukan atau hiburan pun sama gak kaedahnyer.. sokong ler mana yang korang suka..
Tapi satu jer.. kalau nak sokong menyokong tu jangan plak terlebih sudu dari kuah.. terlebih lajak dari laju.. kerana nak sangat menyokong sampai dah tak tau mana yang betul mana yang salah... lama-lama nanti yang disokong jadi gilo dan yang menyokong pun sama tompang gilo.. tak ker haru..
Dan berdasarkan kata-kata Pak Timbalan Presiden Kelab tu.. tetiba plak gua teringat satu kata-kata hikmat dari sesorang.. sorri la namanyer gua dah lupo.. katanyer.. TUNJUKKAN SIAPA KAWAN ANDA.. DAN SAYA TAU SIAPA ANDA..
Jumaat, 2 Mei 2014
GST MEMBUAT KITO KAYO...
KUBANG PASU 1 Mei - Datuk Seri Najib Razak menegaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah kerajaan untuk memantapkan hasil demi menjamin masa depan negara dan kebajikan rakyat. Perdana Menteri turut menyeru rakyat supaya berfikir secara rasional dan bukan mengikut perasaan berhubung pelaksanaan GST walaupun ada pihak membuat bantahan mengenainya di ibu negara hari ini.
Katanya, GST adalah keperluan supaya negara tidak berdepan himpitan ekonomi pada masa depan yang akhirnya mengundang kesusahan dan penderitaan kepada rakyat.
"Proses ini mesti kita teruskan kerana kalau kita tidak buat perubahan, maka kita akan berdepan himpitan kepada ekonomi yang akhirnya boleh membawa kesusahan dan penderitaan kepada rakyat. Sebab itu GST akan dapatkan hasil yang MANTAP untuk kerajaan...blaa.. blaa.. blaa... - UtusanM'sia
Memang ler GST tu dapat membawa hasil keuntungan yang super mantap.. itu memang tak bleh dinafikan sebab dah tertulis dalam kitab.. satu keuntungan yang dinanti oleh oleh pak-pak menteri.. anak beranak serta suku sakat yang bekait rapat... alaa.. nanti diorang jugak yang dok sedap menyantap.. melahap apo yang sempat dan tak kira tempat.. sedangkan tanggungjawap sebagai pemimpin tu amat berat.. semuanya nanti akan di persoalkan di akhirat..
Yang kesian rakyat hanya dapat menatap dan terus meratap dengan mulut terkulat-kulat.. macam cicak tertelan ubat.. apo taknyer nak makan pun kena bersukat.. dan kalau ada pun hanya dua tiga kerat yang masih tetap bersyukur kerana di anugerahkan pemimpin yang hebat lagi tepat.. nak cakap pun tak boleh sebab diorang tak tau yang dipuja tu sebenarnyer kaki lipat..
Bilo gua baca berita kat bawah ni tetiba jer darah gua menjadi mampat. kalau dekat mau jer memasing tu gua lipat dan kunyah macam ketupat.. apo taknyer panjang jer akal memasing nak menyembat menyakau duit rakyat.. agaknyer kalau dah dibuat GST nanti lagi ler kepalo otak memasing berputar ligat.. siang malam memikirkan bagaimana agaknyer duit GST yang banyak tu nak di rembat dan dibahagi dua per empat..
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.
Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.
“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.
PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.. - M'siaKini
Isnin, 21 April 2014
PANJANG SANGAT.. TAK LARAT NAK BACO..
“Apo bondo ni Penanggah… gua tengok blog lu dah makin mengarut… dan la tak lawak entri plak bukan main panjang berjela.. mengalahkan novel… sampaikan naik letih urat leher gua nak membaco.. bukan tu jer.. urat belikat gua ni pun dah dua tiga kali krem lu tau tak.. agaknyer kalau lagi lama gua baco blog lu yang entah apo-apo ni.. rasanyer mau kena ghout..”
“Lu tau tak.. membaca entri lu yang panjang berjela tu telah membuatkan gua dijangkiiti simtom-simtom lemah daya ingatan tahap kronik.. sampaikan ada masanyer nama sendiri pun gua bleh tak ingat.. tak ker bahayo namonyer tu.. patut ler tak ramai yang nak baco blog lu ni.. kalau ikutkan hati mau jer gua saman lu sejuta duo..” begitu ler luahan rasa tak puashati Pak cik John Dempong.. sorang pembaca tegar dari Uganda melalui sepucuk telegram yang gua terima petang semalam..
Okey.. okeyy!!! nampaknyer lepas ni terpaksa le gua tulis entri yang pendek-pendek jer.. mungkin setakat dua tiga patah perkataan.. risau plak gua bila masuk bab saman-menyaman ni.. nanti tak pepasal plak gua kena saman dua tiga juta tak ker naya.. dengan apa gua nak bayarkan.. kalau stakat bayar pakai daun ketapang bleh la gua usahakan…
Jumaat, 11 April 2014
PELANCONGAN N9.. ADUHH!!! SEDIHNYER..
SEREMBAN, 8 April - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau gembira kerana Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 2013 mengenai Negeri Sembilan pada keseluruhannya adalah memuaskan dengan hanya terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. ... blaa..blaaa..blaaa..
"Macam kelemahan Rembau Crystal Sdn Bhd (RCSB), anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan adalah disebabkan tidak mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah (setiap tiga bulan sekali) dan ia bukan kelemahan dari segi perniagaan (operasi)," katanya.... blaa..blaaa..blaaa..
Mengenai empat projek pembangunan dan penyenggaraan kawasan pelancongan yang telah siap tetapi terbiar seperti dinyatakan dalam laporan itu, beliau berkata projek berkenaan bukannya di bawah LPNS.
Empat projek berkenaan iaitu bilik pameran ular dan sangkar ular di Hutan Lipur Ulu Bendul adalah di bawah Jabatan Perhutanan manakala kemudahan di Jeram Gading Resort di bawah Majlis Daerah Jelebu dan Pusat Informasi Pengkalan Nelayan Sungai Timun di bawah Jabatan Perikanan.. - Bernama
Kalau diperhatikan akan hasil usaha Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) yang wujud sekarang ni memang begitu menyedihkan.. atau bahasa mudahnyer masih ditahap cikai.. tak tau ler apa masalahnyer.. gua rasa diorang sendiri pun tak tau akan fungsinya LPNS itu diwujudkan ataupun mungkin diorang sendiri yang malas nak buat kerja ataupun terlalu sebok melancong kesana-sini.. ataupun mungkin di N9 ni tiada exco pelancongan..
Tak percaya cuba tanya orang N9 sendiri.. berapo ramai yang tau akan kewujudan Rembau Crystal yang terletak dekat stesen keretapi Rembau tu.. gua tau pun sebab gua lalu kat situ.. tapi tak pernah pun terniat nak singgah.. gua ingatkan dah tutup kedai sebab gua tengok cam lengang jer.. tapi mula-mula beroperasi dulu ada jugak gua nampak bas pelancong singgah kat situ..
Lepas tu cuba tanya plak orang luar.. tanya diorang tempat pelancongan bertaraf dunia atau bertaraf negeri yang ada kat N9 ni.. gua yakin 110 peratus yang terlintas kat kepalo diorang ialah PD.. PD dan PD.. dan kalau ditanya kat orang N9 sendiri pun pasti diorang akan memberi jawapan yang sama.. lepas tu mungkin ada yang menyatakan Nilai 3.. Ulu Bendul atau Istana Seri Menanti.. cuba kita pikirkan.. takkan ler macam tu besar punya negeri hanya itu jer tempat menarik yang berbaloi untuk di lawati..
Sebenarnyer kalau nak di ikutkan banyak tempat menarik di N9 ni cuma tak di ketengahkan jer.. seperti Kampung Esok di Kenaboi.. gua pernah sampai kat situ.. memang agak jauh kedalam tapi tempat tu memang menarik.. ada banyak jeram kat situ.. tapi masalahnyer kalau semua nak harapkan Jabatan Hutan dan Majis Daerah jer yang nak memajukan tempat pelancongan di N9 ni.. hinggakan bab promosi pun diorang gak yang nak kena pikir.. baik lantik jer diorang jadi LPNS..
Itu sebabnyer kalau nak dibandingkan antara industri pelancongan N9 dengan negeri Melaka memang kita jauh ketinggalan.. malah terlalu jauh.. di Melaka hutan sekangkang kera pun boleh dijadikan produk pelancongan sedangkan di N9.. pantang ada hutan semua habis nak di pelingkup.. mungkin ada yang tak perasan.. bahawa ada sebuah daerah di N9 yang boleh dikatakan dah kehabisan kawasan hutan.. setakat semak samun tu ada ler..
Cuba korang melancong kejap ke Kampung Bari di Inas Johol.. jalan tu bleh kluar ke kampung Batu Rembau.. di situ korang bleh tengok sendiri bagaimana kerakusan manusia merembat serta menarah hutan kat situ.. sedangkan kat situ ada dua kawasan jeram yang sesuai untuk dimajukan sebagai tempat pelancongan.. tak silap gua Jeram Papan dan Jeram Enggang.. ini kerana gua sendiri pernah sampai dan mandi kat jeram tu dulu..
Sedang negeri lain berebut-rebut nak memajukan hutan belantara diorang menjadi produk pelancongan eco-tourism.. di Johor ada Endau Rompin.. di Pahang ada Taman Negara.. Terengganu ada Tasik Kenyir.. Selangor ada Taman Pertanian.. Perak dengan Hutan Belumnyer.. Kedah dengan Gunung Jerai begitu jugak Sabah dan Sarawak semua ada Taman Negeri memasing.. tapi N9??? hadooo!!
Itu ler masalahnyer pemimpin yang ada kat N9 ni.. tak reti nak rebut peluang.. sedangkan industri eco-tourism itu sendiri mampu menjana pendapatan berbillion ringgit.. tapi apa yang diorang tau hanya tarah hutan tanam sawit.. tarah hutan tanam semak.. lain takda.. agaknyer kalau ditanya kat LPNS tentang perancangan diorang untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 ni serta promosi yang diorang lakukan.. gua pasti diorang sendiri akan tercungap-cungap nak menjawab.. kalau tak percaya cuba korang buka dan tengok sendiri laman web rasmi diorang www.nstourism.com.my. di situ korang akan dapat jawapannyer.. haaa!! diulang lagi sekali.. www.nstourism.com.my
Ini ler Jeram Papan yang gua katakan tu.. jeramnyer cantik tapi ramai yang tak tau.. gua rasa LPNS pun tak pernah sampai sini.. tapi MB tau kut sebab balak kat sebelah tu dah habis kena tibai..
Gua rasa orang Johol pun ada yang tak tau jeram ni.. tempatnyer tak le jauh dari jalan besar tapi nak sampai sini bukan senang.. kena naik jeep 4x4..
Tak tau ler wujud ker tak jeram ni lagi.. sebab sebelah tu dah jadi kawasan pembalakan..
Kalau korang nak pegi.. haa!! jalan masuknyer ngam-ngam tempat lori balak keluar masuk sekarang ni..
Langgan:
Catatan (Atom)






