Selasa, 3 Jun 2014

KEJAP HALAL KEJAP HARAM.. KESIAN BABI..


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh. Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim. Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak... - TheM'sianInsider



Apa ni Pak Menteri.. kejap kata halal.. kejap kata haram... tak pepasal gua yang dengar pun jadi kompius dan naik geram.. lu tau tak.. angkara babi ni membuatkan rakyat Malaysia jadi tak tenteram.. sampai ado yang meracau mengigau hingga ke tengah malam.. maunyer tidak.. dah berkilo-kilo coklat cadbury tu diorang taram.. lagi pun lu bukan tak tau.. orang kita kalau bab babi ni jangan dibuat main.. bukan pak lebai jer.. malah kaki mabuk.. kaki judi dan kaki rasuah boleh naik hangin.. katanyer makan babi ni boleh membuatkan kita bertukar jadi hantu penunggu pokok beringin..

Yang kesiannyer tu ada yang sampai nak samak mulut.. perut dan usus.. kerana diorang rasa ngeri.. takut benda yang haram tu membuatkan badan diorang yang montel jadi kurus.. malah yang lebih parah ada jugak umat berakal senteng yang sanggup nak tukar darah.. tak tau ler gua.. malaon mana yang bijak pandai yang dah bagi diorang tazkirah.. hingga membuatkan hidup dan pikiran diorang jadi tak tentu arah..

Tapi setelah beberapa hari hidup rakyat negara ni menderita dan rasa tertekan.. dok menahan sengsara kerana terlalu rindu nak makan coklet yang diidamkan.. akhirnyer terlerai le jugak segala kekusutan yang datang mencongkam.. bilamana pak menteri dah pegi siasat dan dapati coklat yang haram tu dan jadi halal dan boleh dimakan.. maka dengan itu jangan ler korang merasa malu dan segan.. makan le korang coklat tu sepuas hati walau pun berapo tan... cuma babi je terasa malu sebab dipermainkan dan lari masuk hutan..

2 ulasan:

  1. gua dah x teringin nak makan cabrury...
    sebab gua rasa musykil jugak...hahhaha

    BalasPadam
  2. klau was-was tak bleh makan.. tp klau dah ktagih sngat nak makan coklat cadbury tu sampai menggigil urat keting.. haa apa kata korang kunyah jer buah koko tu.. sedap per.. huhuhhuu

    BalasPadam