Jumaat, 2 Mei 2014

GST MEMBUAT KITO KAYO...


KUBANG PASU 1 Mei - Datuk Seri Najib Razak menegaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah kerajaan untuk memantapkan hasil demi menjamin masa depan negara dan kebajikan rakyat. Perdana Menteri turut menyeru rakyat supaya berfikir secara rasional dan bukan mengikut perasaan berhubung pelaksanaan GST walaupun ada pihak membuat bantahan mengenainya di ibu negara hari ini.

Katanya, GST adalah keperluan supaya negara tidak berdepan himpitan ekonomi pada masa depan yang akhirnya mengundang kesusahan dan penderitaan kepada rakyat.


"Proses ini mesti kita teruskan kerana kalau kita tidak buat perubahan, maka kita akan berdepan himpitan kepada ekonomi yang akhirnya boleh membawa kesusahan dan penderitaan kepada rakyat. Sebab itu GST akan dapatkan hasil yang MANTAP untuk kerajaan...blaa.. blaa.. blaa... - UtusanM'sia


Memang ler  GST tu dapat membawa hasil keuntungan yang super mantap.. itu memang tak bleh dinafikan sebab dah tertulis dalam kitab.. satu keuntungan yang dinanti oleh oleh pak-pak menteri.. anak beranak serta suku sakat yang bekait rapat... alaa.. nanti diorang jugak yang dok sedap menyantap.. melahap apo yang sempat dan tak kira tempat.. sedangkan tanggungjawap sebagai pemimpin tu amat berat.. semuanya nanti akan di persoalkan di akhirat..

Yang kesian rakyat hanya dapat menatap dan terus meratap dengan mulut terkulat-kulat.. macam cicak tertelan ubat.. apo taknyer nak makan pun kena bersukat.. dan kalau ada pun hanya dua tiga kerat yang masih tetap bersyukur kerana di anugerahkan pemimpin yang hebat lagi tepat.. nak cakap pun tak boleh sebab diorang tak tau yang dipuja tu sebenarnyer kaki lipat..

Bilo gua baca berita kat bawah ni tetiba jer darah gua menjadi mampat. kalau dekat mau jer memasing tu gua lipat dan kunyah macam ketupat.. apo taknyer panjang jer akal memasing nak menyembat menyakau duit rakyat.. agaknyer kalau dah dibuat GST nanti lagi ler kepalo otak memasing berputar ligat.. siang malam memikirkan bagaimana agaknyer duit GST yang banyak tu nak di rembat dan dibahagi dua per empat..

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.. - M'siaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan