Jumaat, 9 Mei 2014

SOKONG JANGAN TAK SOKONG..


Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perbicaraan bekas Dr Kassim Ahmad pagi ini di Putrajaya bukannya menyokong kenyataan presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia itu sebaliknya atas semangat setia kawan, kata kelab penyokong bekas perdana menteri itu.

Timbalan Presiden Kelab Che Det, Syed Hassan Syed Ali berkata, Dr Mahathir bukannya bersetuju dengan pandangan Kassim sepenuhnya tetapi terkilan dengan cara penangkapan aktivis sosial berkenaan.


“Apa masalahnya Dr Mahathir hadir ke mahkamah beri sokongan kepada Kassim? Berpuluh-puluh pemimpin kanan Melayu ke mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kes liwat, satu kes yang cukup jijik.


“Ada juga pemimpin Islam hadir ke mahkamah beri sokongan kepada pihak gereja hendak guna kalimah Allah. Bahkan ada yang sokong pula penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain,” katanya menerusi kiriman teks kepada The Malaysian Insider.


Dr Mahathir hari ini dilihat hadir di Mahkamah Tinggi Putrajaya bersama anak perempuannya, Marina untuk memberikan sokongan terhadap Kassim.... blaa.. blaa.. blaa.. - The Malaysian Insider


Betul tu Pak Timbalan Presiden Kelab... sebenarnyer takda salahnyer pun kita ni nak sokong saper.. nak sokong Pak Kassim ker.. nak sokong Tok Det ker.. nak sokong Pak Nuar ker..  nak sokong Abang Ajib ker..  nak sokong Kak Mah ker.. nak sokong Gong Eng ker... nak sokong Bersih ker.. malah nak sokong Mat Indera atau Chin Peng sekali pun.. itu semua tak jadi hal.. bagi gua boleh jer.. hak individu ler katakan..

Begitu jugak kalau korang nak sokong rejim Assad pun boleh.. nak sokong Mursi pun boleh.. nak sokong Al-Sisi pun boleh.... nak sokong Pak Polisi pun boleh.. dan tetiba korang menyampah dengan geng Hamas dan nak support Yahudi Israel pun boleh.. korang bosan dengan Al-Qaeda dan teringin nak sokong Amerika... gua sikit pun tak kisah.. lantak korang ler..

Katakanlah korang tengah bosan... tetiba teragak nak bagi sokongan moral kat mat-mat rempit yang tengah berlumba kat depan rumah.. itu pun tak jadi masalah.... begitu jugak tengok jiran sebelah rumah tengah syok berjudi laga ayam.. dan korang pun berpakat reramai datang berkumpul nak bagi sokongan atas nama semangat kejiranan.. haa itu pun gua takda hal.. silakan.. bab sukan atau hiburan pun sama gak kaedahnyer.. sokong ler mana yang korang suka..

Tapi satu jer.. kalau nak sokong menyokong tu jangan plak terlebih sudu dari kuah.. terlebih lajak dari laju.. kerana nak sangat menyokong sampai dah tak tau mana yang betul mana yang salah... lama-lama nanti yang disokong jadi gilo dan yang menyokong pun sama tompang gilo.. tak ker haru..

Dan berdasarkan kata-kata Pak Timbalan Presiden Kelab tu.. tetiba plak gua teringat satu kata-kata hikmat dari sesorang.. sorri la namanyer gua dah lupo.. katanyer.. TUNJUKKAN SIAPA KAWAN ANDA.. DAN SAYA TAU SIAPA ANDA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan