Khamis, 16 Julai 2009

PAK BURSA MELOMPAT TINGGI..


KUALA LUMPUR - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup teramat tinggi hari ini dengan perolehan kukuh dicatatkan pada saham-saham berkaitan perbankan dan perladangan selepas Wall Street mempamerkan satu lagi peningkatan semalaman, kata para peniaga.- Utusan

Sekali lagi pasaran Bursa Malaysia telah melompat tinggi hingga ke pucuk kayu meranti dengan meningkat 717.44 mata menjadi 20,378.26 dalam dagangan awal yang begitu lengang dan ditutup bercampur-campur dan diselang-seli dengan gurau senda .. namum berjaya bangkit dimasa kecederaan sebelum wisel penutup ditiup lewat petang kelmarin..

Ini menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi buat pertama kali selepas merdeka dengan 846 jaringan berbalas dengan 283.. sementara 76 kaunter tidak berubah.. 337 berkecuali dan hampir 42 digantung tugas..

Cuaca panas yang begitu terik di India Selatan turut membantu indek getah keping mengukuh 364.66 mata menokok kepada 12,345.67 bagi satu rekod dunia untuk tahun ini.. manakala indek kayu api nampaknyer begitu lemah semasa ditutup.. merosot 66.66 mata kepada 20,876.54 walaupun bermula agak garang semasa dibuka pada awal subuh..

Mendahului saham aktif Udin Kuntau Holding naik 45 sen namun dapat dipotong 24.72 mata oleh saham Leman Apam Balik diselekoh Bukit Tujuh arah ke Kuala Lipis.. saham John Dempong yang awalnyer mengekori rapat selepas waktu rehat nampaknyer semakin melemah jatuh 23 sen sebelum terbabas masuk kedalam belukar di Merapoh..

Kalau berdasarkan sektor.. nampaknyer produk pengguna mengungguli hampir 6.5 juta saham dipapan utama manakala perlombongan.. perkilangan dan perempitan hanya mampu melihat sayu akan kehebatan musuh mereka dari papan kedua dan ketiga setelah merosot hampir 497.35 mata dan hanya menguasai RM25.40 sen saham.. 

Khabar angin yang bertiup kencang tentang perkahwinan cik Mira dengan abang Bachok saudagar kambing boer pada tahun depan dilihat turut membantu kejatuhan saham-saham di Wall Street namun ramai penganalisis meramalkan bursa Malaysia tidak akan turut terjejas diatas desas-desus tersebut....

2 ulasan:

  1. tak sngka perniagaan apam balik dh msuk bursa saham skang ni..hahahahahahha..

    BalasPadam
  2. kat opis bole jual apam balik tak!

    BalasPadam