Isnin, 27 Julai 2009

BANYAK JAHAT ITU KONGSI GELAP..


KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang. Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.  - Utusan 


Al Cipone.. ketua samseng Cipan Berantai paling digeruni oleh kanak-kanak sekolah rendah di jalan Kia Peng.. seorang penjenayah terkenal yang lahir dari wilayah selatan New York.. menguasai hampir seluruh perniagaan haram di bandar besar ini.. dari rumah urut hinggolah ke perniagaan samsu haram.. semuo perjudian dari lumba kambing gurun hinggalah ke laga ayam katik.. apa saja perniagaan haram nama beliau pastikan tersenarai..


Beliau yang bermula sebagai pencuri kecil-kecilan dengan merembat rambutan di rumah penghulu Suman hinggalah jenayah besar seperti menculik kambing boer John Rambu di Ulu Kancung.. kalau stakat mencurik kasut kat masjid tu kiro permainan maso lapang jer tu.. begitulah hebatnyer si Al Cipone bersamo kumpulan beliau Cipan Berantai ni.. 


Menurut beliau yang sempat spy Penanggah temui semaso sedang menjual cendol pulut kuning kat bawah pokok ketapang di simpang tigo kat kampung Bongek.. menyatakan bahawo beliau kini telah bersaro wajib.. kiro dah pencen la.. takdo lagi la nak merompak-rompak ni.. kumpulan Cipan Berantai pun dah hilang entah kemano.. mungkin dah jadi kumpulan Mangkui kut.. "Dengan duit pencen dan simpanan KWSP ni.. dapat la pakcik buat modal meniago cendol pulut ni haa.." ujar beliau sambil mengacau cendul didalam baldi dengan kaki..


Ditanyo apo yang membuatkan beliau tetibo plak bertaubat nak jadi baik ni.. "Perghh.. panjang ceritonyer spy Penanggah oii.. satu hari tu pakcik ngan kumpulan Cipan Berantai plan la nak menculik kambing boer si Mael Afro kat kampung Ulu Kancung.. malam tu kami pun gerak ler.. menunggu lori yang membawak kambing Mael tu kat simpang jalan.. lebih kurang 3 jam menunggu akhirnyer lori tu pun sampai.. apo lagi kami pun tak bagi peluang.. terus menyerang hendap.. driver tu pakcik gigit tengkuk dio sampai pengsan lalu dengan kambing termasuk lori-lori tu skali kami rembat.." cerita beliau sambil menari-nari riang..


"Sampai kat markas kami pun terus parking ler lori tu.. masing-masing bukan main suko lagi dapat menculik kambing boer si Mael Afro.. sampai ado yang melompek sampai pucuk kayu.. yang berguling-guling suko macam orang kono sawan pun ramai gak.. termasuklah pakcik ni haa.. masing-masing tak sabar-sabar nak mengiro untung.. lagi satu tempat tu plak golap.. terpakso la kami mengangkat kambing tu ke tempat yang terang sikit.."


"Raso macam nak pengsan pun ado gak.. bilo tengok kat belakang lori tu.. banyak tu memang laa banyak.. pakcik kiro-kiro ado 60 ekor lobih.."


"Fuhh.. kayo la pakcik camtu.." spy penanggah cubo nak mengusik..


"Kayo tengkorak ekau.. kalau kambing tu boleh la.. tapi ni haa.. BABI.. nak buek apo.. rupo-ruponyer kitorang dah salah lori... celako punyo babi.. hampeh btull.. tak pasal-pasal pakcik kono samak dengan air lumpur.. itu la sobabnyer pakcik terus pencen jadi samseng ni.. sobab malu.." jelas beliau dengan geram.. lalu melompat kedalam tong cendol di atas meja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan