Rabu, 15 Julai 2009

MALAYSIA MEMANG TUMPUL..


JENTERA serangan skuad kebangsaan nampak masih tumpul. Peluang menjaringkan gol banyak dilepaskan. Itu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang dilalui skuad kebangsaan bertemu Zimbabwe atau lebih tepat menentang barisan pemain kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa United. - Kosmo.


Walaupun permainan bermulo agak lembab mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu di Alaska Utara namun itu semuo tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk menunjukkan skill masing-masing dalam pertandingan akhir perlawanan persahabatan tersebut..


Malaysia yang diketuai oleh Apis Sakmi telah bermulo garang sebaik saja wisel permulaan ditiupkan dengan melakukan berbagai aksi ganas seperti memanjat tiang gol pihak lawan dan pada minit ke-29.. pemain pertahanan Malaysia.. DeeBoss hampir-hampir berjaya mencuri air sirap dari pasukan Zimbabwe dan ini membuatkan pemain Zimbabwe tidak puas hati.. sehinggakan hampir berlaku rusuhan kaum di luar stadium.. 


Pasukan Zimbabwe yang diketuai oleh Nuek Okacha.. turut tidak ketinggalan mengasak bertubi-tubi seperti melakukan senaman tekan tubi ke pintu gol Malaysia dan keadaan begitu cemas seketika pada minit ke-63 separuh maso ke tigo apabila satu hantaran lintang oleh Ady Boteng gagal di sambut kemas oleh Maro Mafuna.. walaupun pintu gol Malaysia ketika itu terbuka luas kerana penjaga gol Malaysia.. ManAsan keluar sebentar untuk minum sirap ditepi padang..


Bermula dari gerakan solo kiri dan kanan.. depan dan belakang tiang gol.. akhirnya hantaran Akrun Musa di sambut kemas oleh Apis Sakmi yang kebetulan berado di atas tiang gol pasukan Zimbabwe.. dengan kasut yang di pinjam dari spy Penanggah beliau telah berjaya melepaskan satu tendangan padu ke sudut kanan pintu gol Zimbabwe.. ini menjadikan Malaysia mendahului 6-0..


Namun pada minit-minit akhir perlawanan ketua pasukan Zimbabwe.. Nuek Okacha telah berjaya menjatuhkan diri sendiri dalam petak D pasukan Malaysia setelah diasak oleh rakan beliau Maro Mafuna.. ini membuatkan pengadil tidak berlengah untuk memberi sepakan penalti kepada pasukan Zimbabwe walaupun dibantah oleh penjago stadium.. sepakan penalti tersebut telah berjaya disempurnakan oleh jurulatih pasukan Zimbabwe sendiri iaitu Kab Wakanu.. ini menjadikan kedudukan 14-7 sehinggalah ke wisel penamat..


Setelah permainan tamat.. pasukan Malaysia dan Zimbabwe dilihat berpimpin tangan keluar stadium menuju ke gerai mamak diseberang jalan untuk pekena teh tarik dan roti canai dan seperti biaso pasukan Malaysia tetap berpuas hati diatas kekalahan mereka yang ke-17 berturut-turut tahun ini..

4 ulasan:

  1. Ko penung watpe penanggah oii..bkn ko yg brtanding dlm plihan raya tu pun..lain la bapak mentua den..muahahahahahha..

    BalasPadam
  2. sapo cakap gua tak bertanding haaa.. gua bertanding ler tapi pilihanraya kecil uzbekistan selatan.. gua kalah pun tak bnyak lebih kurang 50 ribu undi jer.. kuii.. kuiiii..

    BalasPadam
  3. OI penanggah...

    Tadi den baco suratkabar jerman edisi siamang gagap iaitu akhbar Gambar Solo.

    Pasukan MU mungkin macam tak berapa nak jadik nak lawan ngan team kito.

    Bukan depa takut seleseleselema Babi. Tapi diserang sakit porut.

    Bukan sakit porut baco blog ekau... walopun kelakar tapi tak baper kelaka tapi klakar gak..

    Deme sakit porut campur kocut porut takut jersey deme yang mahal tu diamik pemain bolo kito yang rela kaloh 200-0 asalkan dapek jersey MU...

    BalasPadam
  4. Kalah lagiee.... hurm... lepas ni dalam sukan olimpik acara main guli pun malaysia akan di tewaskan... sedih.. sedih.. sukan warisan tuuuuuu

    BalasPadam