Jumaat, 24 Julai 2009

CITTT.. BUSUK PUNYA KAKI


PUTRAJAYA - Tindakan 100 penternak ayam daging di Johor yang melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. - Kosmo 


Akibat dari perbuatan tokey ayam Ah Fung Keong dari syarikat penerbitan ayam semenanjung yang begitu berani melepaskan ayam katik yang beliau cintai di dopan rumah tokey biskut Wong Fei Hong.. yang juga seorang pakar kung fu dari maktab perguruan shaolin selatan telah mencetuskan mini rusuhan di dopan padang sekolah tadika Kampung Baru Mei Hua.. rusuhan tersebut juga telah menyebabkan pihak kerajaan Haiti Selatan terpakso melakukan perintah berkurung di dopan sekolah tersebut selama 3 bulan 45 hari 20 malam berkuat kuasa serta tak merta..


Menurut Ah Fung Keong.. yang sempat spy Penanggah temui ketiko sedang berlago ayam katik dengan jiran sebelah rumah beliau menyatakan.. semuo ini adalah berpunca dari perasaan tidak puas hati beliau dengan pihak kerajaan yang gagal mengawal harga pasaran saham ayam katik yang tidak berapo mantap sejak duo tigo minggu ini.. berbanding dengan harga getah keping yang agak stabil walaupun didagangkan dalam dagangan yang agak longang..


Parumal a/l Kanan seorang driver lori dan juga seorang saksi yang turut mengaku terlibat bersamo-samo dengan Fung Keong melepaskan ayam didepan rumah Wong Fei Hong.. menyatakan semaso beliau hendak melepaskan ayam tersebut beliau telah diserang oleh seekor raksaksa yang agak ganas.. raksasa tersebut pada mulanyer cuba menangkap buku lali kiri beliau.. tetapi beliau sempat mengelak dan terus melompat keluar dari tingkap lori tersebut yang dipandu laju dan ini menyebabkan beliau berguling-guling diatas jalan sepanjang 2.35 km..  


Menurut Parumal lagi ketiko raksaksa tersebut hendak mengkerate rusuk kanannyer.. beliau sempat melompat keatas bumbung lori tanker yang sedang lalu dan melepaskan satu tendangan yang agak padu ke rusuk kiri rasaksa tersebut dan terus menggigit urat keting kanan raksaksa tersebut dan ini membuatkan raksaksa tersebut menyerah diri lalu melarikan diri dikegelapan malam..


Beberapo ekor ayam katik yang ditemui oleh spy Penanggah ketiko sedang menyorok didalam somak turut mengakui perkara tersebut dan mereka juga turut mengaku bersamo-samo bertempur menentang raksakasa jahat tersebut.. walaupun terdapat diantaro mereka yang mendapat cedera parah akibat terkena percikan cahayo laser yang dilepaskan dari pistol raksaksa tersebut..

4 ulasan:

  1. PASAL AYAM
    ----------

    Dalam somak ado duri,
    AYAM kunin buek sarang,
    orang tamak selalu rugi,
    bagai anjin dgn bayang-bayang.

    AYAM berkokok diataih batang,
    ada rokok mai sebatang...

    AYAM berkokok hari nak siang

    Berkaki AYAM... (ex: Zaidi Usop berkaki ayam pergi kemasjid dan balik berkasut johnson)

    Oii oii AYAM den lapeh... (lagu Indon ciptaan Yultawati Mulan juaropakiantoberagamsaswati)

    AYAM bermacam AYAM... (lagu Jalil Amid)

    anaklah AYAM..(2x) turun sepuluh..mati seekor
    tinggal sombilan..... (lagu anita sarawak)

    abang pulang (2x)... AYAM itik bertempiaran...
    (lagu raya Malik reduan)

    AYAMku kawen lagi... eh bukan.. itu lagu AYAHku.. cheh..

    Begitulah saudara Penanggah perkara berkaitan AYAM dalam kehidupan kita. Ini membuktikan AYAM memang penting kpd kito... dan yang tak penting ialah taukeh ayam keparat yg membuang anak-anak ayam yg tak berdoso tu.

    Impot jo ayam, biar padan ngan muko kita semuo.

    BalasPadam
  2. raksasa tu macm mna rupo dio?ko x crita dgn detaik pn..aku brminat nk tau psl rksasa tu..ensem tak..kalo ensem rekeman kat aku bleh?muahahahahha..

    BalasPadam
  3. Kisah mak ayam yg kata anak ayam dia lembu... kompius betol... anak ayam ker anak lembu ni... oh mungkin mak ayam tu mengawan dgn lembu.... isk... ngeri...

    BalasPadam
  4. sorry ler mira.. rasaksa tu pemalu skit.. biaso la rasaksa Yambu.. kacukan ayam dan lombu.. kalau nak ikut hensem.. hensem lagi slipar jopon.. (aiii kombang idung slipr jepun kono puji.. ahaa..)

    BalasPadam