Khamis, 29 Mac 2012

NASIB KAU LA IRAN..

WASHINGTON 22 Mac - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), semalam menyiarkan senarai 12 negara termasuk Malaysia yang membeli minyak mentah Iran dan boleh dikenakan sekatan kewangan oleh AS jika mereka tidak mengurangkan pembelian minyak itu dengan banyak.

Jabatan Negara AS, kelmarin menyiarkan bilangan negara terlibat tanpa menyebut nama mereka, selepas mengumumkan bahawa Washington akan mengecualikan Jepun dan 10 negara Kesatuan Eropah (EU) daripada sekatan kewangan kerana telah banyak mengurangkan pembelian minyak dari Iran.. - UtusanM'sia

Dab berita ni plak..

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran. Beliau mengesahkan laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat. Menurut laporan itu, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.... - Bernama

Apa laaa!!!.. lu kata lu hebat.. itu semua pemimpin dunia ketiga termasuk itu gang OIC dengar cakap lu.. lagi satu klau lu sembang bab zionis memang gempak.. bukan main lagi berdegar-degar dan berapi-api... kalau itu Benjamin Netanyahu dengar dah tentu diorang ketaq kepala lutut.. punyer ler takut.. tapi skarang apa dah jadi.. itu zionis Amerika baru bersin sikit lu dah kecut telur macam nampak harimau.. diorang baru gertak sikit lu punya tulang belikat terus jadi lomah gemalai..

Betul tak cakap gua.. cuba korang baca betul-betul berita tu... klau tak paham korang baca lagi sekali.. klau tak paham gak korang baca lagi dua tiga kali.. dan klau masih tak paham korang baca la lagi dua tiga ratus kali.. tapi klau masih gak tak paham-paham tak tau la apo lagi gua nak cakap.. mungkin korang bleh sambung blajar kat mano-mano kelas tadika kemas..

Korang perasan tak.. klau di ikutkan dari berita tu.. si zionis Amerika tu tak suruh pun kita menghentikan pembelian minyak Iran.. diorang hanya stakat menyuruh kita mengurangkan pembelian jer.. tapi yang sengalnyer mungkin kerana terlalu takut atau nak membodek ataupun mungkin saja nak jaga hati sahabat si zionis Amerika lahabau tu.. pemimpin kesayangan kita ni dengan selambanyer terus jer memberhentikan pembelian minyak tersebut tanpa banyak soal.. gua rasa Obama anak-beranak mau pecah perut tergelak sakan bila menengokkan perangai pemimpin kita yang menggigil-gigil sampai senak perut ketakutan kena gertak..

Sebenarnyer gua bukan ler nak suruh korang menyinsing lengan berperang dengan si zionis Amerika lahanat tu.. tapi sekurang-kurangnyer korang tunjukkan la sikit ketegasan korang sebagai pemimpin hebat.. paling tidak pun berikan penjelasan bagaiman korang tidak berapo nak bersetuju diatas tindakan tersebut.. sekurang-kurangnyer tak la nampak sangat yang korang ni penakut dan mudah dibuli..

Dan sekarang ni baru ler padan dengan muka si Iran.. carik lagi kawan yang perangan macam ni... bila dah tersepit semua cabut lari.. skarang ni baru ler lu tau saper kawan dan saper lawan.. hambikk kao!!..

Jumaat, 23 Mac 2012

TRANSFORMASI PENERBANGAN KATANYER..

KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang penyokong kerajaan mahu kerjasama antara Malaysian Airlines System (MAS) dengan AirAsia ditamatkan segera kerana ia hanya merugikan syarikat penerbangan nasional itu.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, sehingga kini, kerjasama itu dilihat tidak memihak kepada MAS, sebaliknya ia memberi banyak kelebihan kepada AirAsia dalam konteks mencatatkan keuntungan. Berdasarkan laporan, beliau berkata, MAS rugi sebanyak RM2 bilion manakala AirAsia pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM500 juta.

‘‘Apa yang pasti kerjasama ini adalah hasil daripada cadangan serta tindakan daripada pihak Khazanah Nasional yang diterajui oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar. Oleh itu saya minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak Khazanah berhubung isu kerjasama MAS dengan AirAsia kerana kerjasama yang dibuat ini hanya merugikan MAS.

"Saya juga ada senarai bagaimana jawatan-jawatan penting di dalam MAS kini dipegang oleh pegawai-pegawai kanan daripada AirAsia.. - UtusanM'sia

Gua tak bleh nak bayangkan tahap KPI kesengalan korang ni.. sendiri yang mencadang.. sendiri yang meluluskan projek pertukaran saham antara Mas AirAsia tu.. tapi akhirnyer puak-puak korang sendiri yang membantah dan mintak ditamatkan kerjasama tersebut.. gila ker tak gila.. bangang ker tak bangang..

Tapi apa nak diherankan.. klau kita peratikan betul-betul pun.. memang ramai orang bangang yang berlagak pandai yang berkeliaran disekeliling kita sekarang ni.. dan yang bahayonya ialah bilamana ada segelintir daripada diorang ni berjaya menyelinap ker gudang-gudang emas milik syarikat kerajaan ataupun GLC dengan menyamar sebagai Kasim Pentelon si tuan penasihat 25 persen.. dan yang paling haru ialah bilamana ada dua tiga kerat muka malaon ni yang turut berjaya menjadi pemimpin di negara ni..

Modus operandinyer cukup mudah.. malaon ini hanya perlu membuat kertas kerja atau kertas cadangan dan membentangkanya depan pak menteri.. dan bila saja pak menteri mendengarkan keuntungan berbillion-billion ringgit yang bakal diperolehi maka pak menteri yang IQ tahap darjah lima anggur itu pun mula la meleleh air liur memikirkan keuntung yang bakal mereka kaut..

Dan dengan idea-idea sampah dari malaon-malaon ini la yang membuatkan abang Ajib terpaksa menebalkan muka membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah luluskan dengan terpaksa wal asil balik asal semula ke skim lama.. iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM).. malah idea-idea sampah dari para malaon inilah yang menyebabkan timbulnya masalah pada perjanjian Mas dan AirAsia seperti yang berlaku sekarang ni.. setelah dikaji baru ler tersedar bahawa perjanjian tersebut dilihat berat sebelah..

Dan idea-idea sampah itu la yang membuatkan MAS yang nazak semakin bertambah nazak (tapi dianyer CEO semakin montel).. walaupun sebelum ini idea penggabungan tersebut telah mendapat pujian tinggi melangit dari kaki ampu dan kaki bodek termasuk dari media perdana serta dari ahli-ahli kabinet abang Ajib sendiri.. transformasi penerbangan katanyer.. tapi bila dah tersedar kena tipu maka dengan pantas semua kaki-kaki bodek dan kaki ampu itu pun cabut lari diam seribu bahasa..hampeh btul!! dan korang bayangkan la kalau idea-idea sampah si Kasim Pentelon ni diterima pakai oleh Felda Global Ventures Holding (FGVH).. tak ker habis semua terlingkup..

Jumaat, 16 Mac 2012

HOREYYY!! CUKAI PREPAID PLAK DAH.....

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna. - UtusanM'sia

Bijak betul kepalo otak korang yer.. dalam korang dok sebok bercerita pasal tranformasi.. NKRA.. KPI.. BR1M.. MR1M.. KR1M dan entah apa lagi 1M.. lepas tu korang ajak plak kitorang ni menenggokkan gelagat korang bertekak.. cerita agen asing.. zonis.. yahudi.. gay.. lesbian.. liberalisme.. itu tak masuk lagi cerita lembu fidlot kak Ijat serta kisah Pak Asan Ali yang tengah berangin satu badan dan macam-macam lagi masalah tok nenek.. hinggakan kepalo otak rakyat 1M'sia ni jadi pening lalat...

Tapi tak sangka.. dalam kitorang dok pening sampai naik pitam menengokkan sandiwara politik korang tu.. rupa-rupanyer dalam diam-diam korang dah mengatur langkah berpakat dengan tokey prepaid nak menaikkan cukai perkhidmatan.. amboi bijak betul korang yer.. dan ini yang buatkan kepalo otak kitorang rakyat 1M'sia ni bertambah buntu dan berserabut.. sedangkan kitorang baru jer beria-ia nak menyokong korang..

Cuma gua mengharapkan berita ini tak betul dan jugak bukan satu sandiwara atau drama bersiri terbaru dari korang.. biasa la.. nanti bila rakyat 1M'sia dah memekak siang malam tak puashati maka muncul ler sang Hero muncul dari celah pokok untuk menenangkan keadaan.. dan dengan semangat 1M'sia yang menebal lalu si Hero pun membatalkan kenaikan cukai tersebut.. dan tanpa berlengah-lengah dan dipaksa-paksa maka keluarlah beramai-ramai si kaki ampu dan si muka bodek dari celah belukar memuji-muji tindakan si Hero.... hampeh btul!!..

Jumaat, 9 Mac 2012

GAJI KORANG DAH NAIK.. GUA BILA LAGI..

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah. Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik.

Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.. - TheM'sianInsider

Ketika sedang syok melepak kat depan rumah sambil pekena kuih apam balik yang gua beli dari kedai Midun pagi tadi.. tetiba dari jauh gua nampak Usin Cendol dalam keadaan tergopoh-gapah seperti dikejar anjng gila mengayuh basikal BMX kesayang beliau menuju ke arah rumah gua.. belum pun sempat basikal tersebut berhenti secara tertib.. beliau dengan gaya seorang pelagak ngeri terus melompat dan berguling betul-betul didepan gua seperti orang hendak bersilat...

"Gua betul-betul tak puas hati la spy Penanggah.." jerkah nampak Usin Cendol tetiba sambil tercungap-cungap keletihan..

"Apa lagi lu ni Usin.. tak habis-habis dengan masalah.." tanya gua dalam keadaan terkejut melihat aksi Usin Cendol tadi sambil menelan dua ketul apam balik dengan selamba..

"Bukan apo spy Penanggah.. sebenarnyer gua geram dan tak puashati dengan skim SBPA yang diorang dok bangga-banggakan tu.. terutama dengan tangga gaji baru gua ni.." balas Usin Cendol sambil mengkarate tayar basikal BMX beliau sehingga putus lapan...

"Ekau ni betul la Usin.. naik gaji susah.. tak naik pun susah.. cuba la belajar bersyukur.."

"Itu gua tau la.. tapi lu bayangkan la gaji gua naik ciput sangat.. stakat dua tiga puluh hinggit sedangkan orang baru ada yang naik sampai beratus malah ada yang beribu juta dan dah nak sama dengan gaji gua yang dah bekerja lebih 10 tahun ni.. silap-silap dua tiga tahun lagi gaji diorang dah bleh potong gaji gua.. macam mana la hati gua tak panas.."

"Gua pun tak tau mamat bangang mana la yang merangka skim SBPA ni.. dah tu tak bleh tidak sebok plak mendesak gua menyain borang projek gilo diorang tu.. rupa-rupanyer gaji diorang yang naik mencanak-mencanak.. hampeh betul.." bebel Leman lagi tak puashati sambil merampas kuih apam balik dari tangan gua dan terus mengunyah kuih tersebut dengan rakus..

Mendengar kata-kata Usin Cendol itu gua terus terdiam... memang betul pun ramai orang bangang berlagak pandai yang berkeliaran sekarang ni.. lalu gua pun membiarkan si Leman membebel sendirian dan menghabiskan saki-baki kuih apam balik yang ada.. gua tak tau nak komen apa.. lagi pun gua ni bukan la orang kerajaan.. tapi kalau nak diikutkan gaji gua yang bekerja separuh mati dengan syarikat swasta lagi azab.. bukan ciput lagi dah tapi dah masuk tahap semput.. talak untung..

* Gua harap Usin Cendol bleh tidor lena kerana skim SBPA yang menghantui hidup beliau selama ini telah dibatalkan dengan jayanyer… itu pun setelah mendapat kritikan dan bantahan dari orang ramai.. kalau tidak tak tau la gua.. mungkin ada boss yang frust gila sebab angan-angan diorang nak merasa gaji 60 ribu telah berkecai ditengah jalan.. cehh!!.. potong stim berul lerr.!!

Jumaat, 2 Mac 2012

APO KEBONDONYER NADIR BUMI NI HAH?

Nampaknyer isu projek nadir bumi si Lynas masih lagi membahang.. seperti tiada tanda-tanda akan surut walaupun isu ni dah berlarutan kira agak lama... sehinggalah tercetusnya Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.. dan gua pun tak nak la komen lelebih kerana gua ni bukan la pakar nadir bumi atau pun pakar radioaktif yang bertauliah.. apatah lagi untuk mengulas atau memberi komen terhadap isu ni.. sedang apo kebondonyer nadir bumi tu pun gua tak tau separah haram.. jangankan makan nadir bumi... tengok benda tu pun gua tak pernah.... tapi stakat tanah liat tu tau la gua...

Tapi menurut member gua iaitu Prof. Leman Kasau dari Universiti Ontahkekmano mengatakan.. nadir bumi ni bukanlah sejenis makanan seperti karipap atau apam balik tapi sejenis galian atau logam yang mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite... apo kebondonyer monazite ni korang jangan tanya gua.. betulll!!.. gua tak tau apa dia binatang monazite ni.. kalau lagu Potret Monalisa dari kumpulan Wings tu tau la gua..

Bila si Prof. Leman ni menceritakan tentang pengalaman beliau melombong nadir bumi dibelakang rumah setiap hujung minggu.. gua bleh paham lagi.. tapi bila beliau melalut hingga ke bab lanthanoids... scandium.. yttrium.. cerium.. promethium.. europium.. thulium.. ytterbium... lutetium dan berbagai-bagai lagi tok nenek ium dan trium… tetiba kepalo otak gua jadi pening lalat... haa itu pun korang jangan tanya gua apa kebondonyer thulium.. cerium dan lanthanoids tu.. memang gua tak tau.. kalau korang tanya gua pasal tiub beskal atau pun kuih apam balik memang gua bleh jawab dengan selamba..

Malah menurut dari kajian rambang profesor kangkung itu jugak menyatakan bahawa monazite ini begitu kaya dengan thorium... dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang agak ganas dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.... malah tenaga nuklear ini jika diletakkan pada basikal ia mampu meningkatkan daya pecutan sehingga 85 peratus.. serta mampu memanjangkan jangka hayat basikal tersebut selama 200 tahun.. malah dari kajian itu juga mendapati uranium ini juga amat sesuai untuk melembutkan lempeng pisang dan roti canai..

Mintak maap la yoo.. lagi sekali gua serender.. memang gua tak tau apo kebondonyer uranium tu.. mungkin gabungan dari perkataan 'urat maniam' kut.. dan gua pun tak kisah sangat dengan si uranium tu… tapi bila dah masuk bab nuklear.. haa ni yang buat tulang keting gua jadi menggigil dan urat belikat gua terus jadi lomah gemalai.. takut siutt!! mana takyer katakan la kalau meletop atau bocor la loji tu macam yang berlaku kat Jepun atau Chernobyl tu.. mau tak tercabut gusi orang kampung...

Dan gua tak nak la tragedi industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah oleh Mitsubishi Chemical lebih kurang 20 tahun lalu yang mengakibatkan beberapa kes leukimia dan kematian akan berulang kembali... walaupun syarikat tu dah melingkup tapi kerja-kerja pembersihan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit duit rakyat masih berjalan dengan rancak sehingga ke hari ini.. itu yang dipanggil takdo kojo carik kojo..

Gua bukan la menentang projek gilo ni.. tapi yang gua risau dan inginkan kepastian ialah sapa yang akan bertanggung jawab andaikata jika dua tiga puluh tahun atau seratus tahun akan datang tetiba berlaku sesuatu kemalangan seperti kebocoran radiasi di loji tersebut.. adakah Perdana Menteri serta anak bini beliau.. Menteri Kesihatan.. Menteri Sain dan Teknologi.. Menteri Tenaga Teknologi Hijau.. senator Nalakarupan.. Pegawai Daerah.. abang Braim Ali.. pengawal keselamatan kilang.. ketuo kampung Gebeng atau pun yahudi zionis Israel akan sanggup ke depan bagi memikul tanggung jawab tersebut..

Disebabkan projek ni adalah projek berisiko tinggi.. maka ia memerlukan pekerja yang beretika dan berdisplin tinggi serta kualiti kontrol yang begitu ketat.. dan itu yang merisaukan gua bila melihatkan tahap etika pekerja kita kat M'sia ni... korang tau-tau jer ler..... sedangkan buat jalan dan bangunan pun retak.. bocor dan berlubang sana-sini... dan terbaru korang baco berita ni..

Melaka 1 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk mengenal pasti punca bangunan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Crystal Bay dekat sini bernilai RM23.4 juta diserang kulat.

Menteri Kerjaraya Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kulat itu dikesan di beberapa bahagian bangunan tersebut yang masih belum digunakan sejak ia mula diduduki kakitangan SPRM pada Mac 2011. - UtusanM'sia..

Dan gua begitu yakin jika berlaku masalah suatu hari nanti masing-masing akan cuba melepaskan diri.. yang dia ni salahkan orang ni.. yang ni salahkan orang ni... sama seperti kes kejadian tanah.. bangunan serta bumbung stadium runtuh sebelum ni... sedangkan orang yang melulus serta kaki bodek yang bermatian-matian mempertahankan projek ni pun dah pencen dan mungkin ada yang dah ke alam barzah.. maka orang yang orang tinggal ler yang akan terkulat-kulat menanggung azab.. tak percayo kita tunggu jer ler nanti..

Selasa, 21 Februari 2012

RAMAI LA PEMIMPIN POYO SKARANG NI..

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu diambil perhatian serius oleh setiap umat Islam kerana hanya melalui kuasa politik sahaja yang mampu melindungi agama suci itu.

Sehubungan itu, menurut beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas perjuangan mereka tidak menguntungkan kepentingan Islam, sebaliknya lebih memberi faedah kepada DAP.

‘‘Politik amat penting kerana ia melibatkan kuasa. Kuasa boleh menentukan segala-galanya. Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat apabila sampai masanya.


‘‘Kesimpulannya juga mereka yang mengundi pakatan pembangkang (Pas dan PKR) bukan menguntungkan parti yang diundi tetapi memberi manfaat kepada parti yang tidur sebantal dengan mereka... - UtusanM'sia

Stakat bercakap nak berjuang dan mempertahankan agama semua orang boleh cakap.. gua rasa mat rempit pun boleh bercakap.. tapi untuk membuktikan dan melakukannyer bukan satu keja yang mudah.. semudah memakan karipap... Nabi kita dulu pun teruk diuji dengan berbagai rintangan semata-mata untuk memelihara serta memartabatkan kesucian Islam.. tapi kalau kita pun tak seberapa nak lalu.. baik tak payah ler kita nak riak dan angkuh sangat.. mendabik dada hanya kita dan kerajaan kita jer yang layak memikul tanggungjawab tersebut.. dan baca plak berita kat bawah ni..

Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang kecewa dengan pemimpin sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam mempersoalkan bagaimana mereka mampu mentadbir negara jika rumah tangga sendiri tidak terurus.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Tanpa merujuk sama ada tokoh berkenaan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, Ridhuan Tee, sebagai berkata mereka itu tidak boleh dijadikan sebagai model peranan atau ‘role model’ kepada generasi akan datang. - M'siaKini

Memang betul pun.. pemimpin-pemimpin poyo yang cakap tak serupa bikin.. bercakap tanpa mencerminkan diri seperti apa yang dikatakan oleh Ridhuan Tee tu memang ramai berkeliaran disekeling kita sekarang ni.. bercakap memang berdegar-degar.. semua yang dia tau.. bukan stakat pasal agama jer.. pasal politik.. ekonomi.. sosial.. seni hingga ler kesukan.. walaupun sepak bola pun tak berapa nak reti.. dan kerana diorang ni terlalu ramai membuatkan pemimpin yang betul-betul tulin semakin hilang dan tenggelam..

Nak tengok pemimpin poyo macam ni senang jer.. cuba korang jemput diorang ni ke majlis yang berkaitan dengan sukan.. seperti merasmikan sukan polo air atau pun sukan gusti.. dan sebelum tu korang suruh la dia bagi ucapan sepatah lima kata.. haa korang akan tengok macamana dia bercerita pasal sukan.. tentang kebaikan bersukan.. pung!! pang!!.. pung!! pang!!.. mengalahkan ahli sukan yang dah menang pingat olimpik.. dah sudah tu korang suruh plak pemimpin tu join sekali bersukan... haa korang tengok....

Begitu jugak kalau ke majlis yang berkaitan dengan kesihatan.. maka pemimpin poyo pun akan bercerita la tentang bab kesihatan dari muka satu sampai tamat... beria-ia suruh orang ramai bersenam bagi menjaga kesihatan.. bercerita bagai nak rak tentang cara-cara pemakanan yang betul... pung!! pang!!.. pung!! pang!!.. kiranyer yang mendengar tu tak payah lagi la baca buku kesihatan.. tapi bila tengok yang berucap kat depan tu.. umang aii!!.. body bukan main lagi gemok-gedempol.. super obes....

Itu belum lagi masuk bab perpaduan... masing-masing bukan main lagi berdegar- degar bercakap tentang perpaduan.. sebok la suruh rakyat menjaga keamanan negara ni dengan hidup rukun damai.. siap menasihatkan rakyat supaya jangan bergaduh dan tidak terpengaruh dengan politik sempit lagi jumud.... pung!! pang!!.. pung!! pang!!.. menasihatkan orang.. tapi kalau ditengok diorang sendiri yang tunggang-langang.. bergaduh dan bertekak siang-malam pasal isu politik remeh- temeh...

Kalau bab agama pun bleh tahan gak yang berdegar-degar.. gua rasa korang pun pernah tengok perangai pemimpin yang di katakan oleh Ridhuan Tee tu.. tak kira ler pemimpin besar atau setakat pemimpin kecil-kecilan.. cuba tengok diorang ni berucap di majlis keagamaan.. perghh!! bukan main lagi bercakap mengalahkan ustaz dari Mekah.. pung!! pang!!.. pung!! pang!! ada jer yang tak kena.. tapi keluarga sendiri huru hara.. anak kluar masuk disko.. malah ada yang sanggup meninggalkan bini dan beria-ia ke hulu-ke hilir naik helikopter semata-mata nak mengejar artis... tak gitu Jejai!!..

Khamis, 16 Februari 2012

NAK SAMBUT HARI KEKASIH!.. ADA AKU KESAH..

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain. Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menentang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut." Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam.. - TheM'sianInsider

Laa dah lepas rupanyer Valentine’s Day ni.. sorry la Nazri tak perasan plak gua.. lagi pun gua memang tak ambik port pun benda-benda mengarut camni.. banyak lagi hal penting yang gua nak buat.. dari membuang masa menyambut Valentine’s Day baik gua pegi menoreh dapat gak duit.. tapi kalau lu beria-ia sangat nak menyambut Valentine’s Day tu.. gua no hal.. lantak lu ler.. ada aku kesah..

Sepatutnyer sebagai pemimpin kita kena la tunjukkan contoh terbaik.. nasihatkan kat bebudak sekarang ni.. bagi tau diorang jangan terlalu taksub sangat dengan benda-benda mengarut macam ni.. tapi sekarang dah terbalik.. lu plak yang beria menyokong.. tapi bila ada orang Islam kita yang menghadiri majlis di gereja dulu bukan main lagi kita memekak.. dan nanti kalau ada yang mengatakan bahawa lu ni sekular jangan plak lu melenting....

Mungkin ramai dari kita yang telah mengetahui akan asal-usul hari Valentine’s Day ni.. apa lagi kalau bukan dari kisah seorang raja Rom bernama Claudius II Ghoticus dengan kuasa vetonyer telah menghukum pancung seorang paderi bernama Saint Valentine pada tanggal 14 Februari 269 M.. diatas tindakan poyo beliau yang telah mengahwinkan seorang tentera dengan seorang awek cun... dan pihak gereja yang menyokong tindakan Saint Valentine tersebut telah menobatkan beliau sebagai pahlawan kasih sayang... maka dengan itu pada 496 M.. Paus Gelasius I pun menjadikan tarikh 14 Februari setiap tahun sebagai hari perayaan bagi kaum Nasrani sebagai hari kasih sayang bagi umat Kristian...

Namum kita umat Islam memang diminta menjauhkan diri dari tasyabbuh iaitu mengikut sesuatu yang menyerupai budaya atau gaya hidup bukan Islam.. baik dari segi ucapan.. tingkah laku maupun cara bepakaian… Firman Allah dalam Surat Al-Isra’, "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabkannya." (Al-Isra’:36)

Maka benarlah apa yang disabdakan Rasulullah, ''Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan (cara hidup) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan seandainya mereka memasuki lubang biawak pun, tentu kalian akan mengikutinya.' Kami (para sahabat bertanya), 'Wahai Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ?' Beliau menjawab, 'Siapa lagi kalau bukan mereka.'" (HR. Bukhari)

Khamis, 9 Februari 2012

YAHUDI.. MARAH TAPI SOKONG..

Kenyataan Anwar Ibrahim seperti dilaporkan di Wall Street Journal 26 Januari 2012 mengundang kontroversi. Antara lain menyebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan dalam terjemahan mudahnya "saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel". Kenyataan tersurat ini sudah jelas untuk difahami dan analisis tersirat lebih memperjelaskan maksud ungkapannya.

Sepatutnya Anwar menyebut begini "I support all efforts to protect the security of the state of Paletine" atau terjemahan mudahnya "saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Palestin " Kalau ini dibuat orang tidak pertikaikan kenyataan dan pendiriannya... - UtusanM'sia

Terus terang gua cakap.. gua bukan ler benci dengan orang yahudi ni.. kerana diorang pun sama macam kita makhluk Tuhan.. cuma yang buat gua tak puas hati.. marah dan meluat ialah bila melihatkan perangai puak-puak yahudi zionis ni yang suka membantai orang-orang Palestin siang malam dan membuatkan dunia ni makin huru-hara... macam la dunia ni milik mak bapak diorang..

Itu sebabnyer gua tak bleh dengar perkataan nis.. nis... ni... apatah lagi dengar perkataan zionis.. mula la gua hangin.. kekadang tu dengar perkataan mayonis pun tangan gua dah menggigil-gigil nak menampar orang... dan klau gua jumpa ler puak-puak yahudi zionis terutama si Benjamin Netanyahu atau anak-beranak Shimon Peres tu kat pasar malam.. memang lunyai gua kerjakan... mau jer gua kilas leher dan karate kerongkong diorang sorang 20 kali..

Cuma yang tak bleh blah bila ada plak orang kita yang cuba nak menjadi hero membela puak-puak yahudi zionis ni.. gua tak kisah ler klau stakat nak berkawan atau nak berfacebook dengan orang yahudi.. tapi klau dah masuk bab menyokong puak si yahudi zionis ni memang ler gua hangin.. mula ler tahap kolestrol gua naik ketahap berjaga-jaga.. apa diorang ni tak tengok ker apa yang si zionis tu dah buat dengan orang-orang kat Palestin..

Dan bukan yang menyokong tu jer yang buat gua hangin.. tapi orang yang memberi lesen untuk membawa masuk produk-produk yahudi zionis serta sanggup menjemput tokey-tokey diorang tu datang berniaga kat negara kita ini pun sama termasuk kategori bingai lagi hamlau.. itu pun termasuk talibarut dan penyokong yahudi zionis dalam diam... dah tu sebok memekak.. kata orang ni penyokong yahudi.. yang orang ni pro zionis.. sebenarnyer dua-dua sama jer hamlau..

Klau betul orang-orang politik dan pak-pak menteri kita ni anti Israel.. yahudi ataupun zionis dan sebok mendabik dada mengaku sebagai penyokong tegar rakyat Palestin.. cuba buat satu kempen besar-besaran.. siarkan kat TV dan suratkhabar.. ajak rakyat 1M'sia ni sama-sama memboikot produk-produk serta supermaket yahudi.. baru ler kena.. tapi gua pasti diorang takan berani punyer ler.. semua kecut telur.. dan kalau betul diorang berani dulu lagi diorang dah buat.. tapi diorang serahkan tugas ni kat NGO..

Tapi kalau selagi kita ni masih makan kat McD dan sangup bergaduh semata-mata tak dapat makan KFC.. serta minum Coca-cola.. dan melepak kat Starbuck.. shopping plak produk Nestle dan Danone kat Tesco.. malah kat tangan tak bleh langsung nak berenggang dengan rokok keluaran Phillip Morris.. gua rasa tak payah ler kita nak memekak pasal yahudi dan zionis.. baik duduk diam-diam main Monopoly atau layan kartun Mickey Mouse.. bukan apo.. orang yahudi pun malas nak layan orang-orang macam ni...