Jumaat, 30 Ogos 2013

PADAN MUKO KENA CANTAS..

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat tangkapan ke atas 1,895 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak 17 Ogos lalu sehingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah ditahan itu adalah daripada 56,398 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis.


"Daripada jumlah individu ditahan itu, seramai 792 suspek yang ditahan berketurunan Melayu diikuti 591 (Cina) dan 252 (India)... - UtusanM'sia



Dengan adanyer Ops Cantas ni baru ler lapang sikit dada rakyat jelata.. kalau tidak siang malam asyik berjaga-jaga sampai tak boleh nak lelapkan mata.. kerana jenayah berlaku merata-rata hingga tak terkata… tak kira di kampung mahu pun di kota.. dari kes bunuh.. merompak.. mengedar dadah hingga ler kes mencurik kereta.. dan siapa yang ler tak takut jika si penjenayah tu muncul secara tiba-tiba di pintu rumah kita.. silap-silap mau ada yang pengsan sampai berbuih mulut bila disergah dan diugut dengan senjata..

Dan boleh dikatakan semenjak kebelakangan ni ramai dari kita yang berada dalam ketakutan.. hingga rasanyer lebih aman duduk dalam hutan dan berkawan dengan cipan dari tinggal bersama dengan manusia-manusia jahat yang perangainyer mengalahkan setan.. dah ler kerja malas.. cuma tau mencurik.. merompak dan memeras.. seeloknyer orang macam ni kecik-kecik dulu dihanyutkan jer kat sungai yang deras.. sebab kalau hidup pun hanya menghabiskan beras..

Begitu ler panasnyer masalah jenayah yang sedang menyerang negara kita yang dah bertahun-tahun merdeka.. hinggakan pak polisi dan pak menteri pun tak boleh nak buat apa dengan mereka.. dan yang kesiannyer diorang pun turut sama menjadi mangsa si penjenayah celaka.. dan itulah yang membuatkan rakyat begitu kecewa dengan para pemimpin yang ada di negara kita.. yang hanya tau berjenaka dan bercerita tentang bermacam-macam akta.. hinggakan terasa janggal plak rasanyer jika dalam sehari tu tiada kisah jenayah muncul dalam berita..

Dan dengan adanyer Ops Cantas ni baru ler para penyangak tu tau langit tu tinggi atau rendah.. bila pak polisi dah mengamok dan habis tempat dan markas diorang kena geledah.. hingga yang menyorok dalam kubur pun tak terkecuali kena punggah.. kalau tak sebelum ni diorang ler yang paling gagah.. segala nasihat dibuat tak endah.. bila ditegur sikit kita plak yang disergah dan nak dibelasah.. alaa diorang tu berani pun sebab ramai.. cuba sesorang silap-silap baru kena tengking sikit terus jadi mamai..

Gua memang harap sangat agar pak polisi dapat membenteras geng-geng penjenayah ni hingga ke akar umbi.. tak kira ler geng 306.. geng Cipan Api atau geng Abang Combi.. yang dikatakan paling ganas.. suka mencurik getah sekerap.. kelapa sawit serta ubi.. kalau boleh tangkap dan libas kerongkong diorang tu dengan besi keluli sorang seratus kali.. atau pun ditembak jer dengan ubat pelali… kerana orang macam ni hidup pun tak membawa sebarang erti.. malah menyusahkan lagi rakyat termasuk gua yang ada harta dan emas berpeti-peti...

* Tahniah pak polisi.. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan