Jumaat, 6 September 2013

HUTANG BANYAK RUPANYER...


PUTRAJAYA - Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang. Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13. - SinarHarian


Inilah bahananyer bila pemimpin syok sendiri.. berlagak poyo kononnyer dia ler yang paling bijak memajukan negeri.. dan bukan main bangga lagi kerana dah buat banyak bangunan tinggi.. kalau negara lain tengok pasti terasa iri sampai terkancing gigi.. tapi rupanyer itu semua takda erti.. kerana hutang negara dah tertunggak tinggi menunjukkan bukti.. dan ada penasihat pun tak bleh pakai.. kerana bagi idea yang tahap cikai.. dicadangkan buat projek itu dan ini.. rupanyer untuk menyenangkan anak bini serta kroni..

Nasib baiklah rakyat negara kita ni ramai yang masih tak mengerti.. tetap tersenyum simpul dan bergembira walaupun memikul hutang berpeti.. masih bersyukur walau harga barang naik tak henti-henti.. kalau marah pun hanya setakat dalam hati.. dan kembali sejuk bila Pak Menteri taburkan janji nak bagi apa saja yang dihajati.. walaupun tau apa yang janjikan tu belum tentu ditepati.. kalau ada pun kita gak yang nanti akan memikul hutangnyer sampai ke mati..

“Ahh!! sudah ler spy Penanggah.. stakat cakap lu memang gah.... sebenarnyer lu ni manusia tak kenang budi.. lu tau tak yang Pak Menteri kita ni baik hati kerana dah bagi macam-macam subsidi.. dan jugak lu tau tak yang kami semua ni sayangkan pemimpin kami.. biarlah kami hidup terseksa yang penting pemimpin kami hidup selesa.. dan kami rela tak kaya asalkan pemimpin kami sekeluarga anak-beranak hidup bahagia.."

"Last sekali kitorang nak bagi lu amaran.. lu jangan sesekali melecehkan kitorang punyer ketaatan.. kalau tidak nanti kami mintak Pak Menteri kami tu lucutkan jer lu punya kerakyatan.."

3 ulasan:

  1. Aku pun utang banyak jugak..utang ASB..hahahhaha

    BalasPadam
  2. utang choki2 gua bila penanggah nak bayar!!! kemon...

    BalasPadam
  3. mrs poyo.. gua lg teruk.. msalahnyer ASB plk yg brhutang dengan gua.. dah tu bukan stakt hutang duit jer. hutang tayar.. hutang kuih apam.. hutang kayu pagar semua ada.. time gua mintak ado jer alasan.. tu yg buat gua hangin ni.. grrrrrr!!!

    honam lu jgn risau.. utang lu yg 3 bilion tu nt gua byar ler pakai cek tondang..

    BalasPadam