Khamis, 1 Ogos 2013

NAMO PUN DAH KOMUNIS!!..

KUALA LUMPUR 30 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.


Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara... - UtusanM'sia


Dan baca ni plak..

CHINA – Pemerintah China terus melarang warganya untuk melakukan ibadah agama. Kali ini, mereka melarang Muslim Uighur untuk memasuki masjid dan bahkan mengganggu Muslim Uighur yang berpuasa di siang hari.

"Diusung atas dasar menjaga stabilitas dan dan keamanan, Pemerintah China melakukan tindakan represif terhadap Muslim Uighur. Ini termasuk mengincar warga Muslim yang tengah berdoa dan mempelajari agama," ujar peneliti US Commission on International Religious Freedom (USCIRF), Dr Katrina Lantos Sweet, seperti dikutip South China Morning, Selasa (16/7/2013).

"Tindakan ini bukanlah upaya untuk menjaga kestabilan dan keamanan, namun justru menciptakan ketidakstabilan dan ketidakamanan warga," lanjutnya.

Di awal Ramadan, Pemerintah China menerapkan berbagai larangan bagi warga Muslim untuk melakukan ibadah. Mereka melarang warga Muslim untuk berdoa di masjid serta mengganggu umat Muslim yang melakukan puasa. Bahkan ada dari mereka yang diberikan buah-buahan dan minuman.

Menurut Juru Bicara World Uighur Congress Dilxadi Rexiti, beberapa pejabat pemerintah merangsek masuk ke rumah-rumah milik warga Uighur untuk memberikan buah dan minuman. Tindakan itu dilakukan di siang hari, ketika warga Uighur tengah berpuasa dan dipaksa untuk berbuka puasa.. - voa-islam.com


Tak kisah ler.. komunis Malaya ker.. komunis China ker.. malah komunis Uganda sekalipun.. termasuk ler jugak komunis yang ada kat Jepun.. semuanyer sama jer ganas dan kejam.. pantang silap.. habis semua orang.. termasuk ayam.. itik dan kambing nak direjam.. sampaikan orang kampung nak tidur pun mata tak boleh nak pejam.. takutkan komunis datang tercongok di muka pintu tanpa diundang.. tak ker naya.. silap langkah mau tercabut nyawa kena pedang..

Komunis tetap komunis.. oleh tu tak payah ler kita nak buat baik sangat.. jika masih ingat komunis kat sini dulu tunjuk handal pun sebab komunis kat China tu ler yang support bagi perangat.. kalau tak dah lama diorang tu kena rebus dibuat pengat.. cuma bezanyer komunis Malaya mengganas kat negara kita… hingga habis semua rakyat jelata tak kira siapa hidup menderita.. ada jugak yang hilang tanpa khabar berita.. dia punya azab kalau dicerita silap-silap bleh menitik air mata..

Yang sekarang ni komunis China plak tengah mengganas kat sana... melanyak serta menindas orang Islam hingga hidup diorang semua jadi merana.. ramai yang kena tangkap sebab dianiaya.. nak mintak tolong pun tak tau kat mana… nak harapkan pemimpin Islam seluruh dunia plak semuanyer tak bedaya… hanya harap muka jer kacak dan bergaya.. dan kalau di cerita pun diorang takan percaya.. ahhh!! ini semua fitnah katanyer.. komunis sekarang ni tak macam komunis dulu ler.. komunis sekarang ni dah jadi kitorangnyer bisnes partner.. adoii tak ker hampeh namonyer..

Itu yang gua malas nak cerita panjang.. kalau ikutkan hati bukan setakat komunis China tu gua hambat dengan motor kapcai empat lejang.. tapi dengan sahabat handai serta muka-muka poyo yang tak sedar diri nak berkawan dengan diorang tu sekali gua bagi penerajang... bagi gua semua komunis berperangai musibat.. kalau jumpa memang teruk gua lipat.. ada ker elok-elok guanyer selipar raya diorang pegi rembat.. macamana la gua tak hangin satu badan tahap empat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan