Isnin, 29 Julai 2013

HOREYYY!! KEJA DAH SETTLE..

Hoorreyyyyyyyyy!!!!!!... (bersorak riang sambil berguling-guling kat tepi meja.. di ikuti dengan berjalan itik keliling opis dua tiga round).. haaa begitulah lega dan gembiranyer bila keja dah settle.. dan baru ler gua bleh bercuti panjang dan berayo sakan dengan baju baru sambil makan ketupat dalam keadaan tenang dan aman damai di pagi Syawal nanti..

Kalau tidak.. dalam seminggu dua ni memang gua tak bleh nak cakap apo la... memang betul-betul sebok.. dia punya sebok mengalahkan pak menteri.. malah lebih sebok dari tentera Assad di Syria.. hingga otak pun jadi jem.. sampai nak jengok dan update blog gua yang entah apo-apo ni pun takda maso.. dan awek gua si Kathy dan si Maria pun dah berapa kali merajuk dengan gua..

Apa taknyer dah kepalo otak memasing kat dalam opis gua ni dah asyik berangan nak beraya dan bercuti panjang.. kira semangat raya tu dah menguasai diri ler gamaknyer... kena plak dengan lagu raya yang dok asyik berkumandang dalam opis gua ni dari hari pertama puasa sampai ler sekarang ni... mana ler tak buatkan semangat raya tu meronta-ronta dalam diri.. jadi kalau nak beraya sakan sampai lupa diri... haaa kena la disiapkan keja tu awal sikit.. kalau tak.. samo-samo ler kito beraya kat dalam opis ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan