Isnin, 1 Julai 2013

AMCAM RUSA.. KE LIGA PERDANA LA KITO...

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 pada saingan Liga Super menentang Felda United, tatkala pendahulu liga Lions XII juga menerima nasib yang sama ditambat 1-1 bertemu Perak.

Keputusan seri itu juga menyaksikan Johor Darul Takzim hilang tempat kedua kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PKNS dari segi kelebihan jaringan.


Sementara itu, Negeri Sembilan tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas mereka tewas 1-2 kepada T-Team dalam pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah... - UtusanM'sia


Setelah bersusah payah berusaha keras akhirnye berjaya jugak team Rusa menjejakkan kaki ke Liga Perdana.. dan entah apa punya bahana hingga ditimpa bencana apabila setiap gerakan di padang jadi serba tak kena.. para pemain tetiba hilang punca dah macam orang mamai seperti terkena ubat guna-guna.. prestasi serta reputasi yang selama ini berada di puncak jatuh merudum menambahkan lagi jiwa merana.. nasib baik penonton yang datang rasa terhibur bagai menonton siri kartun bananana.. kalau tidak lagi ler teruk diorang dihina..

Nampaknyer dah sampai masa untuk team Rusa ni ditransformasi.. dari pemain.. tukang bancuh air hingga le ke pengurusan tertinggi.. ini bukannyer masa untuk menuding jari.. tapi masa untuk mencari dan memperbaiki kelemahan yang ada di sana- sini .. agar orang lain tengok tak ketawa sorang diri.. bila melihat pemain dok terkejar-kejar dan berlari merebut bola sesama sendiri.. sedangkan team ini di dipimpin oleh sorang pak menteri..

Sebenarnyer penyokong hanya mahu pemain dan pengurusan yang berkualiti.. yang mampu membawa team ini ketahap yang lebih tinggi.. seperti pasukan jiran kita si harimau selatan JDT.. dan bukannyer pengurusan yang stakat duduk bersandar kat atas kerusi tanpa sebarang idea dan strategi.. hanya mengharapkan imbuhan itu dan ini.. tapi kalau bercakap kat depan media dan TV bukan main bergegar lagi.. sedangkan realtitnyer masih di dalam mimpi..

Cuma nasihat gua kalau rasa tak mampu tu sila la undurkan diri.. bagi plak kat orang lain bermain dan uruskan team negeri ini.. mana la tau dengan semangat baru yang tinggi diorang boleh meningkatkan prestasi.. hingga pihak lawan tengok pun terkancing gigi.. dan korang yang tak berfungsi tu pun boleh laa beralih ker bidang lain yang tak berapo nak mencabar diri.. seperti bermain gasing atau guli.. ataupun bekerja membawa teksi.. beca atau lori.. dengarnyer keja tu pun bleh tahan gak gajinyer tinggi.. dan kalau tak bleh jugak.. haa samo-samo ler korang terjun perigi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan