Selasa, 25 September 2012

CAYA LA LU JOSE MUJICA...


MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu. Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

 


Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara. Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo. Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000. 



Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010. Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan. Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah. Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela..- Hmetro

Kenapa ler agaknyer Tuhan tak lahirkan orang macam pakcik Jose Mujica tu kat sini dan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kat negara kita ni.. mungkin beliau boleh gunakan nama Usup Majid ker.. gua cakap macam ni sebab gua memang teringin sangat nak dapatkan pemimpin yang baik macam tu.. mungkin korang pun harap macam tu jugak.... tapi tak tau ler gua.. kalau ada diantara korang yang berdoa kat Tuhan setiap hari mintak agar negara kita ni dipimpin oleh pemimpin kaki sebat.. pantang lepa habis semua nak dirembat..

Dan alangkah bertuahnyer kalau ler semua pemimpin kat negara kita berperangai mulia macam pakcik Jose Mujica tu.. pemimpin yang mendahulukan rakyat dari diri sendiri.. pemimpin yang tak mengumpul harta untuk anak bini serta kroni.. kalau ada la pemimpin macam ni.. gua rasa pak menteri kita pun dah tak perlu nak bersusah payah berkempen siang malam kehulu-kehilir sampai keluar anak tekak.. merayu sampai berguling-guling mintak simpati.. tolonglah undi kami untuk sepenggal lagi..

Gua tau.. itu semua hanyalah impian dan angan-angan.. sesuatu yang mustahil nak dicapai tangan.. sebab setakat ni tak nampak lagi bayangan pemimpin baik yang macam tu kat negara kita ni.. tapi tak tau ler kalau kat tempat korang ada plak pemimpin berjiwa rakyat macam pakcik Jose Mujica tu.. yang sanggup berikan 90 persen daripada gajinya kat korang sebagai buah tangan..

Tapi kalau pemimpin kaki belit.. kaki komisen.. kaki kelepet.. kaki ampu.. kaki gaduh.. kaki demo.. kaki bertekak.. kaki report.. kaki awek.. skandal tak habis-habis.. gua rasa tak payah cerita ler..  kedekut lagi ada.. jangankan potong gaji.. yang ada pun tak cukup.. mintak ditambah lagi ada.. walaupun harta pusaka banyaknyer luar biasa.. dan bila disuruh istiharkan harta ada jer alasan dan sekatan.. katanyer itu semua rahsia negara dan jugak untuk keselamatan..

Kalau tak percaya cuba korang mintak semua pemimpin kita tu potong diorang punya gaji.. tak kira ler diorang tu wakil rakyat ataupun Perdana Menteri..  okey la tak payah potong gaji.. cukup ler mintak potong diorang punya elaun.. tak payah banyak sampai 90 persen macam pakcik Jose Mujica tu.. takut nanti ada plak yang kena sakit jantung.. cukup ler 10 hingga 15 persen jer.. haa!! kita tengok macam mana pemimpin kesayangan kita tu melenting dan bersilat.. silap-silap bleh berperang tu..

Gua bukannyer tak nak kayo macam korang.. nak jet kehulu kehilir.. tapi nak buek apo harta bertimbum.. bukannyer bleh bawak ke lubang kubur..

 Nak jual tak laku.. maka terpaksa ler gua pakai kereta sampai lunyai...

Nampak jer buruk ni tapi dia punya enjin gua dah kasi upgrade tau tak.. gua pakai enjin jetski.. stakat satu lapan tu takda masalah ler.. Camno pun biar motor buruk jangan perangai buruk..

Apo korang ingat sonang ker nak jadi menjadi Presiden ni.. sebelum masuk opis kena pegi bajak sawah dulu.. lepas ni nak pegi menoreh getah plak..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan