Jumaat, 7 Oktober 2011

SUDAH LA LU GADDAFI..

TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi menyeru rakyat Libya mengadakan demonstrasi bagi menentang kerajaan baru negara itu. Beliau berkata demikian dalam satu temubual oleh stesen televisyen Arrai yang berpangkalan di Syria.

"Saya menyeru berjuta-juta rakyat Libya, lelaki dan wanita, untuk bangun (tunjuk perasaan) di dataran dan jalanan serta seluruh bandar menolak Majlis Peralihan Kebangsaan," katanya dalam satu rakaman suara berkualiti rendah yang disiarkan stesen televisyen berkenaan hari ini. - BHarian

Banyak cantik lu punya muka Gaddafi.. bila dah tersepit tau plak lu takut.. tau plak lu merayu mintak nyawa.. haa baru sekarang lu tau langit tu tinggi atau rendah.. dah tu suruh plak rakyat bangun buat demo.. lu ingat rakyat lu semua tu takda keja ker.. daripada diorang menjerit berdemo sampai keluar anak tekak baik diorang pegi menoreh atau pegi petik sawit.. dapat gak duit..

Alaa.. lagi pun ini semua salah lu.. cuba lu ingat balik masa lu dengan lu anak beranak tengah berkuasa dulu.. masa lu tengah lupa diri.. ada lu pikir tentang nasib rakyat lu.. tapi apa yang gua tengok bukan main lagi lu bengkeng dengan diorang.. pantang silap sikit nak menembak sajer.. kritik sikit tangkap.. jeling sikit penjara.. tak puas hati sikit masuk ISA.. dan sapa yang berani buat demo.. memang lunyai diorang lu lanyak.. silap-silap bleh jadi arwah..

Itu la Gaddafi.. sebenarnyer lu lupa satu hadis Nabi iaitu.. Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah bersabda: “Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”. - Shahih Muslim.. dan gua ulang lagi sekali.. Artinya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)..

Dan untuk pengetahuan lu Gaddafi.. ini la yang dikatakan kehidupan.. putaran rodanya sentiasa berputar.. sekejap diatas sekejap dibawah.. dan bukan selamanyer lu boleh mendabik dada menongkat langit.. dan sekarang dah masa lu plak untuk berada kat bawah.. dan doa rakyat yang lu zalimi tu pun dah dimakbulkan Tuhan.. jadi lu rasakan la plak.. bagaimana pedihnyer hati bila seluruh rakyat lu memaki hamun serta merampas harta lu sekeluarga.. padan dengan muka lu..

2 ulasan:

  1. Kalo bapaknyo berkuaso, anok-anok pun tompang
    semangkok le pananggah 'bercilako' . bukan kek libio jo, kek mano-mano negaro...

    tapi yang den tak pueh hati ni, peserta bersih
    kefarat tu dengan ketuo-ketuonya tak diapo-apokan,aleh-aleh polis yang buek kerjo amal pulok, nak keno tindakkan...

    apo punyo b.....g ni...

    BalasPadam
  2. betul tu tedung solar.. klau dipikirkan keja orang politik ni silap2 kito pun bleh jadi gilo..

    susah2 ekau pegi patuk tumit diorang tu sorang sekali.. haa baru padan dgn muko diorang..

    BalasPadam