Isnin, 3 Januari 2011

OH!! MINYAK SAWIT.. DIMANA KAU??!!


KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu. - Kosmo

Memang hebat lagi licik.. katanya Sime Darby ada ladang sawit yang terbesar kat dunia ni.. itu tak masuk lagi ladang sawit Felda yang beribu ekar.. dan itu la yang bikin kepala otak gua ada sikit kompius tu.. cuba korang pikir.. mana la peginyer buah sawit yang banyak berjuta-juta tan tu hilang.. adakah buah sawit tu dah bertukar jadi tenggiling bila terkena sinaran bulan.. ataupun buah sawit tu dah cabut lari bila time diorang nak petik..

Ataupun mungkin tokey ladang sawit dah peram semua buah sawit tu dalam gudang nak buat sawit pekasam.. dan mungkin jugak ini semua angkara tokey kilang sawit yang dah tukar minyak sawit tu jadi minuman kordial berperisa tapai.. dan takan plak ada pak menteri kita yang makan buah sawit tu.. buat kuih karipap.. memang gua kompiuss..!!!

Tapi firasat gua begitu kuat mengatakan nasib si sawit ni akan sama seperti nasib si gula... ia akan muncul secara mendadak selepas hilang dari pasaran sebaik saja pak menteri mengistiharkan penyelarasan harga baru.. (emmm!! mintak-mintak takda la komplot antara pak menteri dengan tokey minyak sawit..)

Lalu pak menteri yang sengal akan bagi tau.. minyak sawit tu sebenarnyer tak baik untuk kesihatan jantung.. oleh itu kurangkan minum minyak sawit.. satu sudu sudah cukup.. kurang minyak sawit hidup kita sihat.. minyak sawit pembunuh no. 12.. dan macam-macam lagi ler slogan tok nenek yang kluar.. kalau ada ler pak menteri yang cakap camtu.. memang betul ler SENGALLL..!! hahahaa!!

3 ulasan:

  1. kompom akan ada org sengal lepas ni. haha..bro, pegi rembat stok kat giant siap2..

    BalasPadam
  2. Macam mana la agaknya ghupa kelapa sawit lari yaa..
    hahahhhaa

    BalasPadam
  3. dakwat basah... kita tungu jer ler drama pak menteri kita sterusnyer.. itu ler dia 'tokey minyak didulukan.. rakyat ditaik minyakkan.. huhuhu!!

    alemekk poyo.. memng susah nak digmbarkan dgn kata2.. tp skng ni gua sdang lumba lari dngan buah sawit ler nii..hahaa!!

    BalasPadam