Isnin, 26 April 2010

TAK RAMAI PUNNNN!!!...


SUBANG JAYA - Kira-kira 150 orang termasuk sekumpulan rakyat Iraq di negara ini, berhimpun bagi membantah kehadiran bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai penceramah undangan ke satu persidangan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, hari ini. Perhimpunan diketuai oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa)... - Mingguan M'sia..

PERARAKAN basikal berhias yang di sertai hampir 150 peserta geng Perkasam di depan kilang getah keping Chong Rubber di Sentul semalam dilihat gagal untuk menggerun dan menakut-nakutkan Tony Blur yang sedang melakukan lawatan mengejut kekilang getah keping tersebut.. ketua Pekasam merangkap jurulatih perarakan iaitu abang Braim Oly yang dilihat turut sama berarak tanpa rasa gerun lagi gundah melahirkan rasa kesal kerana usaha geng beliau tersebut turut gagal untuk menarik perhatian pelancong serta pekerja dikilang tersebut bagi meraih simpati masyarakat setempat dan antarabangsa...


Beliau juga turut melahirkan kekesalan kerana kalau diikutkan pada jangkaan awal dianggarkan hampir 50 ribu peserta akan mengambil bahagian didalam perarakan tersebut dimana beliau sediri akan mengalongkan selipar jepun ke tengkuk Tony Blur.. sebagai hadiah diatas kekejaman malaon tersebut terhadap penduduk Iraq.. namum pada saat akhir hanya 150 peserta sahaja yang dapat hadir itu pun setelah beliau memaksa sekumpulan penumpang bas ekspress supaya berhenti sebentar dan turut sama memeriahkan majlis perarakan tersebut.. 


Terdapat juga peserta perarakan yang tidak berpuashati kerana pihak penganjur gagal untuk menyediakan meehon goreng dan sirap bandung seperti yang dijanjikan pada mesyuarat persatuan minggu lepas... ini membuatkan ada peserta perarakan yang terpaksa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah masing-masing sebagai tanda protes.. malah Tony Blur turut melahirkan rasa simpati diatas kegagalan pihak penganjur tersebut dan beliau berjanji akan memanjangkan masalah tersebut kepada sahabat karib beliau iaitu George Bushuk.. 


Abang Braim Oly yang ditanya kemana semua selipar jepun tersebut akan di buang setelah gagal untuk dikalungkan ke leher Tony Blur menyatakan dengan gembiranya bahawa selipar tersebut akan dikalungkan keleher semua peserta yang mengambil bahagian sebagai satu hadiah misteri yang boleh digunakan sebagai eksesori tambahan dan ia turut dibahagi sama rata supaya semua peserta dapat bergaya dengan penuh rasa ego dan bersemangat 1M’sia… katanya dengan penuh bersemangat sambil mengalungkan sepasang selipar jepun ke leher beliau sendiri untuk dibawa meronda-ronda di pasar malam Keramat malam ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan