Selasa, 20 April 2010

BEBAS YANG TERBABAS..


HULU SELANGOR - Kurang tiga jam sebelum tempoh akhir menarik diri tamat, persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, menjadi dua penjuru apabila calon Bebas, V.S Chandran dan Johan Md. Diah menarik diri. Mereka menyerahkan borang penarikan diri kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor... - Utusan M'sia


KETIKA yang sedang syok membuat liputan secara langsung pilihanraya di sebuah balairaya Ulu Selangor Duan dan Ecah wartawan dari suratkhabar 1M’sia telah didatangi oleh sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh pakcik Akob bersama pengikut beliau yang menggelarkan diri mereka kumpulan baju merah.. kedatangan mereka yang agak ramai tersebut membuatkan Duan dan Ecah terasa agak gementar.. ngeri dan sedikit malu-malu kerana terdapat diantara mereka awek-awek yang agak cun dan balak yang boleh dikira kacak bergaya juga..


“Jadi apa hal pakcik datang ramai-ramai jumpo kitorang ni?.. kitorang bukan ada buat majlis kenduri makan free pun..” tanya Duan kepada pakcik Akob dengan suara yang agak gementar..


 “Apo ekau ingat kitorang datang ramai-ramai ni saja datang nak makan free ko.. sebenarnya tujuan kitorang datang ni nak buat satu protes tentang pilihanraya ni..” jelas pakcik Akob..


“Protes kebondo pakcik.. kitorang ni wartawan ekskutif jer.. kalau nak protes pergi ler jumpo pegawai SPR…’’ celah Ecah secara tiba-tiba yang menyorok di celah pokok pisang tepi balai raya kerana takut..


“Sebab korang wartawan la yang kitorang datang ramai-ramai ni.. kalau kitorang jumpa SPR bukan kluar pun muka kitorang ni dalam suratkhabar.. balik-balik muko pegawai SPR tu jer yang terpampang.. kalau hensem macam muka pakcik ni tak apo la jugak..” luah pakcik Akob sambil disambut dengan tepukan gemuruh dari pengikut-pengikut beliau..


“Haa.. cuba pakcik cerito satu persatu.. apo yang pakcik tak puas hati tentang pilihanraya kat Ulu Selangor ni.. nak kata tempat ni tak maju.. kami tengok tempat ni tak kalah dengan Tokyo dan New York.. dan bleh dikatakan setiap rumah kerajaan dah bagi sorang satu kapal solam dan apo lagi yang pakcik tak puashati.. tadi pun semasa dalam perjalanan datang sini pun kami terserempak dengan enam bijik kapal solam sedang beracing kat selekoh depan tu..” tanya Duan dengan agak panjang lebar sehingga membuatkan terdapat pengikut pakcik Akob yang menguap-nguap bosan dibelakang..


“Alaa.. stakat kapal solam apa laa sangat.. kat rumah pakcik tu pun dah ado lapan bijik.. sebenarnyer pakcik nak bagi tau yang kitorang ni tak puas hati dengan calon kitorang dari parti bebas tu…” luah pakcik Akob..


“Maksud pakcik si Naib Johan bin Usin dengan M.G Chandra tu ko?.. kami tengok okey jer.. hensem pun hensem.. bleh tahan gak dionyer sasa”.. celah Ecah lagi yang masih menyorok di celah-celah pokok pisang..


“Alaaa stakat hemsem nak buek apo.. tapi perangi hampeh.. cuba laa korang berdua pikir.. dah penat-penat kitorang ni berkempen siang malam sampai kematu kaki kitorang panjat pokok ngan tiang letrik nak gantung poster.. tau-tau petang tadi dio dah tarik diri dari bertanding… nak sambung belajar ambik PMR la katanyer.. sapo yang tak marah..” jelah pakcik Akob separuh marah..


“Iyo ko? jangan kan pakcik.. kitorang yang dengar ni pun hangin gak.. hampehnyer Naib Johan dengan si Chandra.. sampai hati ekau memperkotak-katikkan pakcik ni..” getus Duan agak marah lalu mencabut tiang balairaya di tepi beliau..


“Kalau camtu sapo plak pakcik nak undi lepas ni..” sampuk Ecah yang masih jugak lagi menyorok di celah pokok pisang ditepi balairaya..


“Nak undi kebondo.. pakcik bukan orang sini.. pakcik orang Kualo Pilah mano bleh mengundi kat sini.. sebonarnyer pakcik datang ramai-ramai ni sajo jer nak mengecohkan keadaaan.. sesambil tu bleh gak mengusya awek-awek cun kat sini..” akui pakcik Akob sambil di sokong oleh pengikut-pengikut tegar beliau..


“Huhh!!.. buang maso kitorang betul la pakcik ni.. becerita bagai nak rak macam la nak mengundi.. memang padan la muko pakcik kono tipu dek malaon duo orang tu.. orang sini yang mengundi pun relaks jer lepak kat rumah.. pakcik yang takda kena mengena plak yang lebih-lebih.. sanggup buang maso datang jauh-jauh bersusah payah berhimpit-himpit ke sini.. tak ko bangang namanyer tu..” leter si Duan..


“Aiii lebih nampak ekau ni Duan.. kang si Naib Johan ngan si Chandra tak apo-apo.. muko ekau plak yang kluar suratkhabar muko depan besok pagi..” luah pakcik Akob agak marah dan terus pergi meninggalkan Duan sambil melakukan aksi jalan itik bersama pengikut beliau..


“Heheheee.. sorryy la pakcik.. teremosi la plak.. ehh!! senyap jer Ecah.. mano ekau pegi haa..?”


“Ado haa kat celah pokok pisang kat tepi balai raya ni haaa.. saje jer gua nyorok kat sini.. maleh nak melayan pakcik Akob yang poyo tu..”


“Laaaaaa… patut laa dengar suara jer dari tadi.. kat situ rupanyer ekau lepak.. kalau camtu gua pun nak join nyorok sekali laa..”


*Buat si Duan yang dah berhijrah ke Harian Metro dan si Ecah yang bakal ke The Star smoga korang happpy kat tempat baru.. biaso la tempat baru.. susana pun baru.. yang paling penting gaji pun baru.. hehehee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan