Isnin, 14 September 2009

PROTES BANTAH OBAMA


WASHINGTON - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dari seluruh Amerika Syarikat (AS) membanjiri ibu negara ini semalam untuk mengutuk Presiden Barack Obama kerana perbelanjaan kerajaan beliau yang mereka anggap sebagai terlalu besar. - Utusan..


"Poningg.. poningg.. kepalo den..!!" begitulah luahan presiden Barack Obama sewaktu bertemu spy Penanggah sedang sebok membeli-belah di Masjid India duo hari lepas.. beliau memberitahu bahawa kehidupan beliau dan kaum keluarganya sekarang ini begitu tertekan berpunca dari tunjuk perasan penduduk New York yang tidak berpuas hati diatas tindakan beliau menggunakan bajet yang sungguh besar untuk belajar tarian pendet.. lalu mereka mendesak beliau menghentikan kerja mengarut tersebut dengan menukar kepada tarian lain yang lebih jimat..


Tunjuk perasaan yang turut di sertai oleh sekumpulan penari pendet yang didatangkan khas dari Indon dan bergandingan bersama kumpulan buluh lomang yang di ketuai oleh Deddy Dores sebagai mewakili Markiman Santoso yang tidak dapat hadir kerana disebabkan masalah sembelit beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..


"Nak buek camno.. dah memang gua seorang peminat fanatik tarian pendet sejak lahir lagi.. sehari tak menari lagu ni gua raso macam nak mati.. silap-silap bleh kono  ghout.." begitulah luah beliau sambil menggoyang-goyangkan pinggang mengikut rentak lagu berirama pendet ciptaan komposer Wak Kang yang terkenal di Bali..


"Apo laa lu Obama.. apokata lu try plak tarian sewang.. tarian sewang ni gua rasa lebih up to date.. lebih mudah dan murah lagi satu dio boleh ditarikan bilo-bilo maso.. tak macam tarian pendet dionyer kos menang tinggi.. tiap-tiap hari kena tambah minyak 2T.. duo hari sekali kena servis kaburetor dah tu nak menari pun bukan boleh sebarang maso.. kena tunggu majlis pecah tanah baru bleh menari tarian ni.. kan susah tu.." terang spy Penanggah dengan agak detail sehingga mato Obama hampir terbeliak..


"Lagi pun orang Indon tak suko kalau lu menarikan tarian ni.. nanti tak pasal-pasal lu plak yang kono tikam dengan buluh runcing.. mau bocor perut lu yang buncit tu kono tikam.. haahaha.. baru padan muko ekau tak dapat beraya.." terang spy Penanggah lagi sambil menunjukkan gerak asas tarian sewang tahap 2..


"Alaaa... kalau stakat tarian sewang ni Penanggah oii.. dalam poket gua jer tu.. barapo lamo plak gua training tarian ni dulu maso gua lepak kat kampung orang asli Sungai Rasau Puchong.. kalau stakat gerak asas tahap 2 lu ni sampil pejam mato pun gua bleh bikin.. skarang lu tengok dan ikut plak gua tunjuk kat lu gerak asas sewang tahap 8.."


"Umanggg aiiii.. terbelit kaki gua.. ni kalau lagi lamo ni mau tercabut urat kentut gua ni.. perghh..!! terer ler lu Obama.. caya la.. gua tengok tarian sewang lu ni banyak sangat gunakan siku dan lutut kanan.. gua raso ni dah bukan sewang lagi ni.." spy Penanggah cuba memuji dan menguji.


"Dah separuh mati gua pikul pokok sawit ni kekiri dan kekanan lu cakap bukan tarian sewang.. kalau dah bukan sewang tarian apo plak yang gua buat ni.." jerit Obama tak puas hati..


"Gua rasa ni bukan tarian sewang la ngok.. ni dah jadi tarian sewel.. tak tau la gua..  macam mano la orang Amerika boleh lantik lu ni jadi presiden diorang.. ni mesti pakai politik wang maso berkempen dulu ni.."


"Cilakak lu Penanggah.. berani lu panggil gua ngok.. nak terimolah tarian sewang tahap 10 dengan menggunakan tumit kaki gua.."


"Alamakkk.. jurus tumit ado taik ayam... cabutttt...."

5 ulasan:

  1. obama bw duit berguni2 bg kat para pengundi..bak kata Nik Aziz ms pilihan raya kt Manek Urai dlu tu..heee!

    BalasPadam
  2. maso kat manek urai tu gua jd pengundi hantu.. dpat gak duit.. ado la dua guni..

    BalasPadam
  3. Tarian pendet tu kalo tarok taik lembu kat tumit lagi menyengat kot...

    BalasPadam
  4. SELAMAT HARI RAYA BRO! MAAF ZAHIR SAJA..BATIN TAKBLEH..HEEE! mai la penang..pekena laksa penang..!! heeee!

    BalasPadam