Selasa, 21 September 2010

HABIS DAH RAYA..


SETELAH hampir dua minggu beraya sakan 24 jam tanpa henti sampai lupa diri.. akhirnya gua pun kembali bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan poket yang hampir nazak.. dan yang tak bestnya blog Penanggah ni pun turut sama menerima tempias.. apa tidaknya.. cadangan gua untuk memberi duit raya sorang RM2 juta kepada semua pembaca blog ini terpaksa dibatalkan saat-saat  akhir akibat dari kenazakan poket gua tersebut.. 


Tapi korang jangan risau sampai tak lalu makan..  untuk tidak menghampakan perasaan korang.. pihak pengurusan blog Penanggah dengan berat hati telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan satu majlis rumah terbuka disebuah lokasi dan tarikh yang dirahsiakan di Senegal Utara.. oleh itu dengan perasaan yang bercampur marah.. geram dan sakit hati.. pihak Penanggah ingin menjemput korang semua untuk hadir dimajlis tersebut untuk meraikan diri korang semua yang telah banyak membuang masa bagi mengikuti perkembangan blog Penanggah ini.. 


Sambil korang melayan lempeng pisang dengan air suam yang disediakan.. korang akan turut dihiburkan oleh kumpulan Royal Langkap Sarkas yang didatangkan khas dari pasar malam Dangi .. iaitu kumpulan sarkas yang begitu digeruni disekitar kawasan tersebut.. pihak Penanggah turut dimaklumkan bahawa satu pertarungan kalah mati antara ular sawa batik dengan tapir belang akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut..


Pihak Penanggah turut berharap korang semua dapat membawa makanan sendiri dari rumah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan dan kecederaaan semasa berebut-rebut makanan dengan anggota kumpulan Royal Langkap Sarkas yang terdiri dari ahli gusti WWE.. beruang kutub.. tapir belang  dan ular sawa batik.. lagi pun kalau korang bawak makanan sendiri.. jimat ler sikit duit pihak penganjur yang tinggal suam-suam kuku ni....


Okey laa.. gua pun malas nak cerita lebih-lebih.. yang penting korang kenalah datang pada tarikh dan tempat yang dirahsiakan tersebut.. bagi rasai sendiri kekecohan dan kengerian majlis tersebut.. nanti kalau gua cerita lebih-lebih korang anggap gua riak sangat plak.. sajer nak propa korang dengan cerita-cerita sensasi masakini..



* Pssttt!!... klau korang pun ada hati nak buat open house tu.. jangan ler malu-malu atau segan nak pelawa spy Penanggah untuk menghabiskan mee goreng dngan air sirap korang.... gua janji.. yang gua pasti akan melingkupkan hidangan korang dengan begitu rakus sekali.. korang pasti tidak akan kecewa....

Isnin, 6 September 2010

JOM KITA BERPANTUN RAYA..


SELAMAT HARI RAYA gua ucapkan kepada semua pengikut tegar blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. dan juga sempena hari yang mulia ni sesambil korang menghabiskan lemang dan air sirap kat atas meja tu.. disini dengan suka hati dan perasaan riang gembira tanpa berbelah bagi dan pilih kasih gua ingin mencabar korang plak untuk berbalas pantun dengan gua.. 


Bagi memudahkan lagi korang mejawab.. disini gua akan memberi klu-klu pada setiap pantun yang gua ajukan... mana ler tau kalau otak korang tetiba menjadi jem kerana terlalu memikirkan maksud yang begitu mendalam disebalik pantun gua ni.. nanti langsung tak dapat nak beraya.. gua jugak yang korang salahkan.. okey ler.. tanpa berlengah lagi jom kita mulakan dengan pantun yang pertama..


Anak kucing duduk bergaya

Mati seekor kena bunuh

Aii macam sebok jer menyambut raya

Macam ler korang berpuasa penuh


Haa!! kalau berani jawab ler pantun pertama dari gua ni.. pantun ni bercerita tentang kisah sedih sekor kucing parsi yang berlagak macho.. tapi selalu kena bunuh oleh Kicap sekor kucing kurap yang berlagak samseng..


Wak Kimbo kerja kilang

Balik kampung jauh di Maran

Baru padan jari dah hilang

Itu lerrr.. main mercun tak ikut aturan..


Pantun ni pun bleh tahan gak dianyer ngeri.. kisah seorang pekerja kilang yang begitu dedikasi dan berjiwa sentimental.. telah kehilangan cinta 3 dimensi akibat satu letupan mercun buatan sendiri yang turut memusnahkan reban ayam jiran sebelah rumah beliau..


Budak Miera naik scrambler

Naik dengan abang Bachok

Patut ler gua tengok bukan main gumbira

Ruper-rupernyer gaji dah machok..


Satu berita gumbira dipagi raya yang cuba disampaikan oleh pantun ini dengan begitu bergaya dan bersahaja.. bagaimana gaji telah masuk dalam akaun scrambler tanpa pengetahuan abang Bachok..


TNB memang baik hati

Bagi hadiah berjuta-juta

Memang ler gua ni baik hati

Duit pun banyak berjuta-juta


Haa!!.. ini namanyer pantun bodek di hari raya.. sesuai bagi pengampu tahap tertinggi.. kisah TNB yang begitu baik hati sehingga Assan Skodeng pun jatuh hati dengan kerani akaun TNB yang begitu cun sekali.. (mintak-mintak TNB tak la saman gua macam si blogger Hassan Skodeng.. kalau kena saman gak sebab pantun bodek ni habis ler gua kena kitai)..


Pegi kedai nak beli baju

Baju dari pulau Jawa

Nanti balik kampung tu bawak ler motor laju-laju

Kalau nak rasa hilang nyawa


Kalau korang nak tau harga kain batik jawa sebenarnya hanya lima hinggit sekilo tapi bila time nak raya harga dia akan meningkat begitu mendadak hampir sama dengan harga asam jawa iaitu 27 hinggit sekilo.. pantun ini cuba mendedahkan tentang kelicikan peniaga kain baju yang suka menipu pembeli terutama yang suka bawak motor laju-laju…


Pakcik Kordi kacak bergaya

Carik buluh dalam rimba

Kalau bebudak datang nak duit raya

Korang buat tak tau dengan muka selamba..


Pantun ni bercerita tentang budak-budak yang datang berjalan semata-mata nak dapat duit raya.. biaser ler bebudak.. amacam tahun ni korang ubah tradisi.. jangan bagi diorang duit raya.. tahun ni korang bagi bebudak yang datang tu buluh lemang sorang satu.. kalau diorang banyak tanya.. korang jawab la.. “Banyak cantik muka korang.. suka hati gua ler nak bagi aper.. nasib baik gua bagi buluh lemang.. kalau gua bagi taik ayam.. lagi korang haru.. tapi kalau korang nak gak duit raya.. korang pegi jumpa pakcik Kordi..”



* Bagi gua cukup ler stakat ni dulu pantun yang dapat gua ketengahkan untuk korang jawab.. mungkin inti pati pantun ni agak sukar untuk ditafsir dengan mata kasar sehingga membuatkan denyutan jantung korang menjadi tidak keruan dan jugak bagi meraikan kejayaan gua berpuasa penuh sebulan maka dengan itu gua akan bercuti panjang lebih kurang dua tiga tahun bagi menyambut Hari Raya tahun ni..  Okey ler.. SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR BATIN dan jumpa lagi..

Jumaat, 3 September 2010

DAH NAK RAYA RUPERNYER..


PEJAM celik.. pejam celik.. alamakkk!! dah tiga minggu rupernyer kita berpuasa.. lagi seminggu jer lagi nak menyambut raya.. begitu ler masa bergerak sekarang ni.. semuanya berjalan serba pantas.. sampai kita pun tak sedar dah berapo hari kita posa.. 

Kalau cerita bab raya ni.. memang ler syok dan gua tau ler korang semua dah tak sabar-sabar nak beraya dan bergaya sakan kehulu kehilir dengan baju baru.. terutama yang berpuasa penuh sebulan.. tapi yang puasa ala-ala pun tak nak ketinggalan gak.. ada hati nak beraya jugak tu.. kekadang tu dia plak yang lebih dari orang yang puasa penuh.. shopping sampai tak hengat dunia.. kalau boleh kedai dengan tuan kedai tu nak diborong sekali.. punya ler semangat..

Gua tengok mana yang ada motor awal-awal lagi motor dah kasi operate.. makeup kasi mantap.. bunyi kasi nyaring sikit.. baru ler gempak.. walaupun stakat motor kapcai jer.. yang penting gaya.. sekali berjalan sepuluh dua puluh bijik .. haa kau.. dah macam lebah.... kalau masuk beraya kampung sebelah.. bebulu jer mata mat motor kampung tu menengok perangai memasing.. kalau pegi beraya pun semua rumah awek.. itu yang sekali datang tuan rumah jadi kelam kabut nak melayan tu.. yang kenal anak tuan rumah sorang jer.. yang escort plak bukan main ramai.. dah macam rombongan cik Kiah ler plak.. habis air sirap 10 baldi.. 

Mana yang awek-awek plak.. awal-awal lagi dah tempah baju.. stakat sepasang dua tu tak main ler.. itu baru basic jer tu.. klau boleh 6 pasang.. haa kau.. hari-hari test kat depan cermin baju baru.. kejap baju kurung biru.. sekejap baju kurung hijau.. tak puas hati.. test plak kebaya kelabu.. tak puas hati lagi yang kasut ni tak sesuai plak dengan kebaya ketat.. tukar plak baju lain nak serasikan dengan kasut.. begitu ler hari-hari hingga ler pagi raya.. sampai cermin pun dah naik bosan melayan diorang..

Camno pun gua ni.. sampai la ni sehelai baju pun gua tak beli lagi.. bukan tak ada duit ataupun gua kedekut dalam bab-bab bershopping ni.. duit banyak.. satakat 6 juta tu gua simpan bawah katil jer.. tapi memandangkan dah berjuta umat kat dalam shopping komplek tu gua jadi malas.. malas nak berebut dan bersesak sampai berlaga pipi.. bergesel hidung kehidung kat dalam tu.. kena plak bulan puasa.. lagi ler liat nak keluar.. tapi kalau awek gua yang ketujuh.. si Fasha Sandel ajak terpaksa ler jugak gua gagahkan hati ni pegi.. nanti merajuk aduhh!! satu hal ler plak nak memujuk.. dah laa ari tu si Linda awek gua yang ke empat dah hangin satu badan sebab gua tak layan dia nak bershopping.. habis bebirat badan gua kena libas.. cehh!!

Rabu, 1 September 2010

PANTUN MERDEKA RAYA..


SEMALAM.. masa gua tengah syok duduk kat rumah menghabiskan cuti Merdeka.. tetiba jiran gua datang nak mencabar gua untuk berbalas berpantun.. apa lagi gua yang pantang dicabar ni pun terus membakar mercun dan meriam buluh kira tanda setuju dan kitorang pun tanpa berlengah terus berbalas pantun sampai ke pagi.. kalau korang nak tau.. kerana pantun gua yang begitu simbolik dan sukar untuk ditafsirkan ini juga telah membuatkan jiran gua yang berbadan sasa dan berperut gendut itu telah dikejarkan ke hospital akibat diserang sesak nafas dan sengal kepala lutut.. 



Duduk melepak makan roti

Punyo la sodap sampai terleka

Patut la hari ni cuti

Rupa-rupanyer hari ni hari Merdeka


Pergi ke hutan memburu rusa

Sampai tersesat masuk sempadan

Sambutan tahun ni pun kurang terasa

Sebab sekali dengan Ramadan


Naik beca pegi Melaka

Singgah Linggi berenti makan

Walupun hari ni hari Merdeka

Ahh!! yang penting raya didahulukan


Buah mangga buah pauh

Dijual orang dalam pekan

Walaupun raya masih jauh

Marilah kita bershopping sakan..


Terasa pedas tergigit lado

Lado disimpan didalam cawan

Walaupun duit tengah tak ado

Pandai-pandai la pinjam kawan


Mamat Indon pergi bertapa

Duduk bertapa di diatas tikar

Kalau rasa-rasa tak tau nak buat apa

Mari la kita kira.. 1..2..3.. MERDEKAAAA!!


Budak-budak menjual nangka..

Nangka di kebas si anak gajah

Jangan jerit jer lebih.. MERDEKAAAA!!

Sedangkan minda masih dijajah..


Mari kita masak dadih..

Dadih di letak atas meja

Okey ler.. gua pun maleh nak cakap lebih..

Baik gua tido besok pun nak keja.. 


Haaa.. cukup ler setakat ni… memandangkan pantun yang gua cipta ni begitu panjang berjela kira-kira hampir 23jutaratus rangkap.. maka dengan itu cukup la stakat ni ajer pantun-pantun yang dapat gua muatkan dalam blog Penanggah ni.. nanti kalau gua letak semua dalam blog ni.. tak pasal-pasal nanti korang plak yang kena sesak nafas..

Jumaat, 27 Ogos 2010

MERDEKA YANG TAK MERDEKA..

BUNTUUU.. entah kenapa bulan puasa ni gua seperti kehilangan idea untuk menulis dalam blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. jiwa merapu gua tetibo jadi kelam.. mungkin juga disebabkan kerja yang bertimbun serta perlu disiapkan sebelum hari raya ni membuatkan masa gua menjadi terhad.. kalau tak siap gak terpaksa ler gua beraya kat opis atau pun tompang beraya kat rumah korang..

Kekadang tu timbul gak idea nak mengulas pasal politik negara kita yang dah semakin merapu tak tentu hala sekarang ni… tau jer ler orang politik sekarang ni banyak membuang masa berdebat tentang perkara remeh-temeh..  sampai masalah doa pun orang politik jadi kelam kabut.. masing-masing berlumba-lumba nak tunjuk warak lagi alim.. yang tak tau apa-apa pun tak nak ketinggalan.. sebok gak nak mengulas.. memang gila..

Sedangkan banyak lagi perkara atau isu masalah rakyat yang lebih besar.. seperti masalah kenaikan harga ayam.. kenaikan harga kapal tangki.. kenaikan mendadak harga kuih tepung pelita dan macam-macam kenaikan lagi ler..  sepatutnyer diorang ler yang memikirkan macam mana nak turunkankan harga ayam sampai RM1.50 sekilo.. paling tidak nak bagi free sorang sekor kat rakyat Malaysia ni.. baru ler betul tapi yang gua tengok satu idea pun tarak.. semua otak kosong..

Tapi nak buat macam mana.. itu lah realiti sebenar minda orang politik negara kita.. minda kelas ketiga..  kita dah merdeka 53 tahun.. tapi orang politik kita masih jugak tak merdeka.. masih mendebatkan masalah yang sama berulang-ulang seperti kita ni baru jer merdeka semalam.. bagi gua masalah pendidikan.. ekonomi dan politik apatah lagi masalah perkauman sepatutnyer dah lama selesai tapi orang politik yang sengal-sengal ni masih gak dimainkan isu tu untuk meraih simpati penyokong.. yang penyokong pun sama dua kali lima… sengap (sengal +bengap).. 

Yang gua tak bleh blah bila tengok diorang ni lepas sebok-sebok bergaduh pegi buat laporan polis.. tak puas hati sikit buat laporan polis.. dan yang paling gua kesian ialah dengan pak polisi ler.. gua tengok diorang ni dah macam takda keja lain.. asyik dok melayan perangai hamlau orang-orang politik yang takda keja ni.. sepatutnyer orang politik camni hantar kat zoo jer.. buat malu kaum..

Tak habis lagi masalah kat sini.. mat Indon kat Jakarta plak buat perangai hamlau.. klau satakat  tunjuk perasaan berguling keliling kampung.. atau jalan itik kat depan kedutaan kita tu gua tak heran ler.. lantak diorang ler takda keja.. tapi bila start dah bakar bendera dan baling taik kucing kat atas bumbung kedutaan kita.. memang guanyer kemarahan tetiba naik mendadak.. hampir ketahap super saiya.. sikit jer lagi gua nak betukar jadi Gouku Dragon Ball... eloknyer taik tu disumbat jer kat mulut diorang.. baru padan dengan dia punya muka.. 

Ok la tu.. makin lama gua komen benda ni.. makin naik plak kolestrol gua.. tak pasal-pasal habis pahala puasa gua hari ni.. dari gua membebel pasal orang politik dan mamat-mamat indon yang separuh masak baik gua pegi meronda kat pasar ramadan sambil mengusya kuih tepung pelita kesukaan hakiki gua.. sesambil tu dapat gak gua usya awek-awek cun kat situ.. ada gak faedahnyer.. hehehee.. MERRRDEKAAAA!!!


* Untuk masalah doa gua bersetuju dengan pendapat dan pandangan Dr. MAZA... trima kasih Dr....

Khamis, 19 Ogos 2010

SABAR WAK SABARR!!..


JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan warga Indonesia sejak kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa dari kedua-dua negara di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas. - Utusan M'sia 


Kemarahan Wak Parjo kali ni memang tak boleh nak di bendung lagi.. sehinggakan hidung beliau yang tak berapa mancung tersebut telah mengeluarkan api yang kebiru-biruan akibat menahan marah yang teramat sangat.. berikutan tindakan Leman Kasau yang menceroboh dan menangkap ikan di laut dalam kepunyaan beliau di Selat Melaka tempoh hari telah membangkitkan kemarahan Wak Parjo yang terpendam selama ini ketahap maksima..


“Kalau gue jumpa sama ini bajingan.. mau aja gue kasi bikin tempe ini orang..  udah la tarian pendet gue di ciplak seenak nyer aje… ini lautan yang gue beli secara ansuran jugak mau di cerobohin.. lagi itu gue punya ikan jugak mau di curik.. kurang ajar ini anak.. brengsek!! jerit Wak Parjo secara tetiba sewaktu sidang media bersama spy Penanggah di balai raya kampung Terachi bagi merungkai permasaalahan tersebut.. lalu beliau pun tanpa segan silu terus berguling-guling di lantai balairaya tersebut sambil melakukan tarian pendet ala kung fu mabuk sebagai tanda protes..


Leman Kasau yang turut serta di sidang media tersebut turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Wak Parjo tersebut.. malah beliau mendakwa bahawa tuduhan Wak Parjo tersebut adalah bermotif politik yang turut didalangi oleh ejen CIA yang cuba mencemarkan nama baik beliau serta berniat untuk memecah belahkan perpaduan bangsa serumpun…


"Fitnah.. fitnah!! ini semua fitnah", jerit Leman Kasau secara tiba-tiba dari celah pintu balai raya sambil menunjukkan isyarat penumbuk kepada Wak Parjo.. sehingga mengejutkan semua tetamu yang hadir..


“Wahh!!.. bukan main sedap lagi mulut ekau Wak Parjo yer tuduh gua curik lu punya ikan.. kasi ceroboh lu punya laut dalam.. apa lu ingat lu sorang jer ker yang ada laut.. gua nyer Laut Leman Selatan yang 49 hektar sebelah Laut China Selatan tu pun gua tak habis ronda lagi..", tambah beliau lagi sambil berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan seperti penari tarian zapin..


“Ahh!! sudah laa Leman.. lu jangan nak temberang sama gue.. abis yang gambar rakaman CCTV tu sapa punya muka.. kalau bukan muka lu.. takkan lu nak manafikan lagi..” balas Wak Parjo lalu mengkarate tayar beca pakcik Karim yang kebetulan berada di tepi balairaya tersebut sebagai menunjukkan kemarahan beliau yang berada di kemuncak....


“Gua mengaku memang gua ada lalu kat lu punya laut.. tapi gua tak curik lu punya ikan..” jelas Leman Kasau sambil melompat keatas bumbung kereta spy Penanggah sambil menggayakan aksi seekor kambing meragut rumput..


"Gua cuma tumpang lalu jer.. takan itu pun lu nak kecoh".. tambah Leman separuh menjerit dari atas bumbung kereta..


"Lalu aja nggak salah.. cuma gue rasa curiga ngape lu lalu dekat gue punya laut.. mengape lu nggak lalu dekat Lautan Hashim ka.. Lautan Mei Chew Utara ka.. itu Lautan Doraisamy pun lu boleh lalu..'' ujar Wak Parjo masih tak puas hati..


"Ceritanyer gini Wak.. masa gua pegi tangkap ikan dekat gua punya laut.. tiba-tiba gua punya ikan tenggiri sudah terlepas lari masuk dalam Wak punya laut...  sebab itu la gua terpaksa masuk dalam Wak punya laut sebab mau kejar dan bawak balik gua punya ikan tenggiri yang berada dalam Wak punya laut dan ikan tenggiri gua pun berpakat dengan Wak punya laut untuk menjual Wak punya laut pada tokey judi Bensen Tan," jelas Leman Kasau dengan bangganya sehingga menyebabkan hadirin yang hadir menjadi pening kepala bila mendengar penjelasan belaiu yang berpusing-pusing itu..


"Ooooo!!!.. begitu ceritanya yaa.. baru la Wak paham.. segala masalah ini berpunca dari lu punya ikan tenggiri... tapi mengapa tak bagai tau Wak awal-awal.. cilakak punya ikan tenggiri ada hati mau jual gue punya laut.. kurang ajarr ini ikan.. angkara lu nasib baik gue tak berperang sama ini Lemana Kasau.." luah Wak Parjo separuh menyesal diatas tindakan membuta tuli beliau menuduh Leman Kasau menceroboh laut dalam beliau.. lalu masing-masing pun bersalaman dan berpelukan riang sebagai tanda perdamaian di ikuti tepukan gemuruh oleh para tetamu yang hadir..

Isnin, 9 Ogos 2010

BERAKHIRNYA TRAGEDI NGERI SEEKOR BUAYA...


TELUK KEMANG - Memang benar ada buaya di Port Dickson! Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini. Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang... - Utusan M'sia


Mungkin korang anggap apa yang gua tulis kat blog gua kali ni adalah berita yang dah basi dan ketinggalan zaman sebab berita ni dah dilaporkan oleh kebanyakan akhbar perdana minggu lepas.. terutama suratkhabar Chongkau Post yang memberi liputan 47 muka surat penuh tanpa iklan dan 26 muka surat tak berapa penuh bersama iklan dan cabutan bertuah bagi kisah buaya ni.. kalau la itu anggapan korang kat blog gua ni.. sebenarnyer kosang silap besar kerana korang tak tau apa yang di laporkan oleh semua suratkhabar minggu lepas tu hanya baru bahagian pertama jer.. dan apa yang gua nak laporkan kali ni adalah bahagian yang kedua.. lebih eksklusif.. padat dan agak dramatik..

Mengikut laporan spy Penanggah berada ditempat kejadian minggu lepas menyatakan bahawa beliau turut melihat buaya tembaga tersebut merayau-rayau di kampung Tanjung Agas beberapa hari sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku... namun begitu beliau tidak dapat mengenal pasti apakah motif sebenar buaya yang berbadan gempal bermata galak yang juga lebih dikenali sebagai John Low itu mundar-mandir terutama pada waktu puncak ketika ada pasar malam kampung tersebut pada hujung minggu.. 

Katanya lagi.. buaya tembaga macho tersebut juga dilihat turut bersama-sama membantu penduduk kampung Linggi bergotong royong membersihkan balairaya dan surau bagi menyambut bulan Ramadan yang mulia ini... malah buaya yang dikenali sebagai John Low tersebut juga sempat menghabiskan beberapo pinggan bihun goreng dan bubur kacang dengan begitu rakus sekali tanpa pilih kasih..

Malah beberapa jam sebelum targedi negeri tersebut berlaku.. spy Penanggah turut bersama-sama John Low pergi berenang  di sungai Linggi bagi menghabiskan cuti hujung minggu.. dan pada waktu itu beberapo orang awek cun dilihat sedang berjalan ditepi sungai untuk pergi ke pasar malam yang terletak kira-kira 170 km dari kampung mereka.. sebaik saja melihat awek-awek tersebut.. John Low pun tanpa berlengah dan membuang masa terus mengusya awek-awek tersebut.. malah spy Penanggah turut tidak ketinggalan bersama membantu John Low mengusya dan mengurat awek-awek cun tersebut..

Dan dengan pantas John Low terus mencabut dan memikul beberapo batang kayu balak bagi menunjukkan kemachoan serta kegagahan beliau dihadapan awek-awek tersebut.. namun begitu pertunjukan percuma John Low tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnyer dari awek-awek tersebut.. ini membuatkan John Low berasa kecewa dan sakit hati lalu mengejar sebuah lori kargo yang kebetulan turut melalui sungai tempat mereka berenang.. 

Lori kargo begitu terperanjat dan cuba untuk berpatah balik namun semuanya telah terlambat kena John Low terlebih dahulu berjaya mengilas kepala lori tersebut dan terus menghempas badan lori tersebut kedalam sungai.. melihat kejadian ganas tersebut awek-awek kampung tersebut pun bertempiaran melarikan diri takut silap-silap haribulan kepala serta badan mereka pula yang akan di kilas oleh John Low yang sedang naik hangin itu..

Awek-awek yang ketakutan itu terus berlari menuju ke rumah ketua rela di kampung mereka bagi mengadukan perkara yang sedang berlaku.. dan belum sempat awek-awek tersebut berkata.. ketua rela terlebih dahulu dengan pantas terus mencapai senapang panah tujuh laras kepunyaan beliau lalu terus menuju ke arah sungai tempat John Low mengamok..

Sebaik sahaja sampai ketepi sungai.. ketua Rela terus menembak ke arah John Low tanpa sebarang amaran.. terkejut diatas serangan hendap ketua Rela tersebut spy Penaggah terus melarikan diri bersama lori kargo kedalam belukar bagi menyelamatkan diri.. namun begitu John Low yang sedang sebok memikul kayu balak gagal untuk menepis tembakan rambang ketua Rela tersebut lalu rebah ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus… 

Mayat John Low telah ditemui oleh penduduk kampung beberapa hari selepas usaha mencari dan menyelamat gagal dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang didatangkan khas dari Tawau.. dan dengan itu berakhirlah kisah yang begitu tragis.. kisah cinta 3 segi yang tak kesampaian antara buaya tembaga yang bernama John Low.. lori kargo dan kayu balak…

Selasa, 3 Ogos 2010

JADI AH LONG PUN SUSAH..!!


JOHOR BAHRU - Kisah ceti haram atau ah long memukul dan bertindak ganas terhadap peminjam sering dilaporkan di akhbar-akhbar sebelum ini. Bagaimanapun lain pula berlaku di sini, apabila si peminjam pula menculik dan menuntut wang tebusan RM30,000 daripada keluarga dua ah long. Dalam kejadian pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu, kedua-duanya diculik di kawasan Danga Bay di sini, sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut tebusan. - Utusan M'sia


”Aiiiii!! manyak busat punya cilaka ini olang.. gua sudah tolong sama dia kasi pinjam gua punya luit.. lagi itu utang talak mau bayar.. tapi sikalang gua punya kapla di lagi dia mau kasi hantam.. aiiyaaa.. talak untung!!” luah pakcik Donald Lam kepada spy Penaggah sewaktu sedang bermain gasing pangkah dipadang sekolah rendah Paya Mat Insun petang semalam sambil menunjukkan kepala beliau yang bengkak akibat dihentak dengan batang besi paip oleh geng Mamak Kuty kepada spy Penanggah..

“Padan la dengan lu punya muka.. lu pun satu sengal apek.. dah tau yang diorang tu semua kaki pembelit macam lu.. apsal lu kasi diorang pinjam jugak… kan saja nak menempah maut..” balas spy Penanggah sambil mengkarate beberapo bijik gasing pak cik Donald..

“Jangan cakap itu macam maaa.. lu pun sama jugak.. sudah tiga bulan lu punya hutang satu sen pun gua talak nampak tanda-tanda lu mau bayar.. lagi mau celita.. sekalang gua punya gasing pun lu sudah kasi picah.. tengok belapa manyak gua sudah lugi..” jerkah Ronald Lam kepada spy Penanggah sambil menggoyangkan badan beliau ke kiri dan ke kanan mengikut rentak tarian zapin..

"Aiiyaa apek cakap tu slow-slow ler skit.. jatuh ler reputasi gua klau orang tau gua ado hutang dengan ah long.. lagi pun memang gua sajer taknak bayar.. sajer nak kasi lu pelingkup.. haahaa padan dengan lu punya muka.." jelas spy Penanggah separuh merayu..

‘’Aiiyaa.. jangan itu macam maaa... sikalang lu dengar gua nyanyi itu M.Nasir punya lagu kasi lu insaf sikit... "

"Ala yang panggil linggit.. ala yang panggil loler.. ala yang panggil bath..  ala yang panggil lupiah.. smua itu luit.. bikin olang belit.. luit.. luit.. dimana lu luit..” dengan tetiba tanpa dipaksa Donald Lam terus menyanyikan lagu Duit Duit.. sebuah lagu berentak rock yang dipopularkan oleh kumpulan Kembara  dengan penuh perasaan dan terus menginggalkan spy Penanggah kehairanan..

"Woii apek.. lu dah gilo ko apo..? Dah la gilo suaro pun hampeh...."