Selasa, 11 Februari 2014

ALAA.. BERENTI JER LER..


Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.


Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya  perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963... - TheM'sianInsider


Eok sangat ler lu berenti.. rakyat pun dah naik lengoh menunggu dan menanti.. siang malam dok tertanya-tanya bila agaknyer lu nak blah dan angkat kaki dari jawatan Pak Menteri.. dah berbagai isyarat yang diberi tapi lu masih jugak tak mengerti.. malah bukan main lagi lu bermadah menagih simpati.. supaya diberi peluang kononnya masih banyak lagi tak tercapai benda yang dihajati..

Kalau lu nak tau sebenarnyer diorang tu dah meluat dan sakit hati.. terlalu lama menunggu hingga hilang rasa hormat dan simpati.. lebih-lebih lagi bila melihat lu anak beranak sedap-sedap mengumpul harta serta duit berpeti-peti... habis lu rembat hutan balak.. lombong pasir.. ladang sawit serta segala kayu jati.. macam ler jawatan menteri tu lu dah sain sampai mati..

Wahai Pak Menteri… jangan lu anggap kalau lu takda orang semua boleh mati.. kerana ramai lagi orang-orang yang lebih hebat dari lu boleh ganti... dan jangan ler lu rasa bangga dalam hati.. kerana kalau setakat mengumpul harta berpeti-peti.. gua pun reti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan