Khamis, 4 Ogos 2011

SIAPA INI MISMAH HAH?

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar. Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238). Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru... - M'siaKini

Gua ingatkan dalam bulan Ramadan yang mulia ni bleh ler kepalo otak gua relaks dan berehat dengan tenang.. jauh dari masalah negara yang remeh-temeh.. tapi bila gua baca berita ni tak pasal-pasal suhu badan gua meningkat secara mendadak.. perut gua kembali berkeroncong menahan lapar..

Sebenarnyer gua pun kompius gak.. sapo la insan bertuah yang bernama Mismah ni.. hebat sangat ker empunya nama ni.. adakah beliau seorang doktor.. lawyer.. atau pun ahlil muzik yang terkenal.. sehinggakan dengan begitu mudah beliau diberikan kerakyatan negara ni.. malah bleh mengundi plak lagi tu.. bertuah betul la lu Mismah... klau bleh gua pun nak tengok gak paras rupa si Mismah ni.. cun sangat ker macam Luna Maya..

Terpikir gak gua.. dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, Pak Menteri kita telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan negara ni.. dan dalam tempoh tu jugak pak menteri dalam negeri kita iaitu Pak Cik Ishamdin telah berjaya dengan begitu cemerlang meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.. dan dalam maso 2 tahun ni jer hampir 30 ribu Mismah akan menjadi pengundi baru.. klau tak sampai 30 ribu pun.. 10 ribu tu dah tentu dalam tangan punya la..

Bagi gua.. cukup-cukup la dengan masalah 28 juta penduduk negara ni.. takkan nak ditambah masalah lagi.. dulu korang marah kat orang putih kerana bawak masuk orang Cina ngan India sampai habis tanah orang Melayu kena rembat... sekarang ni dah terbalik.. orang Melayu sendiri plak yang nak tunjuk handal bawak masuk orang luar semata-mata nak disuruh mengundi.. memang perangai korang dengan perangai orang putih tu lebih kurang jer ler..

Cuba korang tengok di Singapore.. korang ingat senang ker nak dapatkan taraf warganegara kat sana.. melainkan kalau korang ada duit lima nam juta dalam bank.. dan ada kelulusan tinggi macam doktor ker.. profesor ker.. saintis ker.. haa baru kerajaan diorang bukak mata.. tapi kalau stakat keja kilang.. sapu sampah... korang duduk bertahun-tahun kat sana.. tak kisah la 20 tahun sekali pun.. kawin la sampai beranak-pinak.. belum tentu lagi korang akan diberi taraf warganegara...

Ini bukan apa.. sebab kerajaan diorang hendakkan rakyat yang berkualiti... dan yang datang pun ada kualiti... paling tidak pun yang datang tu berduit.. ada ilmu yang di bawak.. bukan main rembat tepi jalan macam kita kat sini.. kalau stakat datang nak jadi black money.. pecah rumah seludup dadah.. baik toksah.. kat sini pun dah ramai..

Untuk pengetahuan Pak Menteri.. kalau ia pun dah terdesak sangat nak menambah pengundi kat negara ni.. korang pastikan la dulu kebajikan rakyat yang ada kat negara ni betul-betul terjaga.. dan subsidi yang ada ni korang agihkan betul-betul.. ini tak pasal-pasal kitorang plak yang kena berebut dengan 30 ribu lagi Mismah.. dan tidak ker benda ni akan menyerabutkan lagi kepalo otak rakyat negara ni yang dah semakin serabut.. dan kalau terdesak sangat pun.. ambik ler yang hebat-hebat.. kaya raya.. paling tidak pun yang cun melecun macam china doll.. baru ler meriah!!

2 ulasan:

  1. Saya sokong Mismah. Saya nak tukar nama jadi Mismah. Mismah memang hebat. Nama Mismah makin popular. Suka Mismah. Like Mismah. Mismah terbaek. Mismah akan menjadi pujaan orang2 seberang. Cilakok punya Mismah!

    BalasPadam
  2. Ambo.. sama la kita.. gua pun sokong gak si Mismah skali dengn jiran Mismah.. atok Mismah bapak tiri Mismah.. cucu angkat Mismah ketuo kampung Mismah pak sedaro Mismah dan segala tok nenek Mismah.. hidup Mismah.. mari kita angkat Mismah jadi pemimpin alaf baru kita.. errr!!.. saper Mismah ni hah?

    BalasPadam