Selasa, 31 Mei 2011

MESSI.. DULU SAKIT KINI RAJA..

Hambik kau MU… gua dah agak dah yang korang mesti kena punyer.. dan korang dikira bernasib baik sebab Messi pun main ala kadar jer pada malam tu dan Barca pun hanya stakat menurunkan team simpanan sukarela diorang jer.. kalau la diorang turunkan team utama yang diketuai oleh bapak si Messi yang bergandingan plak dengan atuk si Messi.... tak tau la berapa yang korang kena.. gua rasa bukan stakat 3-1 jer korang kena lanyak.. rasa-rasa mau beratus kut....

Menurut Lionel Andres Messi yang sempat gua call beberasa saat sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara bermula menceritakan bagaimana kisah perjalanan hidup beliau sehingga menjadi lagenda pada hari ni.. menurut Messi beliau dilahirkan di Rosario kira-kira 300 km dari Buenes Aires.. dan mula bermain bola sewaktu sewaktu berumur lima tahun dengan kelab Grandoli.. sebuah kelab kampung yang dilatih oleh seorang pekerja kilang besi merangkap bapak beliau sendiri iaitu Jorge Horacio Messi.. sebelum beralih ke Newell's Old Boy’s sebuah kelab yang di kira top di bandar Rosario..

Lebih kurang pada usia 11 tahun.. beliau didapati mengidap penyakit gangguan hormon yang mengganggu sitem pembesaran serta turut menyebabkan masalah pada kulit beliau.. tak tau ler samada panau.. kurap atau pun kayap ular.. penyakit itu jugak membuatkan perjalan hidup beliau untuk menjadi pemain bolasepak seakan terhenti.. malah kelab River Plate turut membatalkan niat mereka untuk mendapatkan Messi kerana tidak sanggup untuk membayar kos rawatan beliau kira-kira 900 dolar sebulan.. yang dianggap terlalu tinggi.. malah team perubatan kelab tersebut menganggarkan kadar pertumbuhan Messi pun tak lebih dari 140 cm jer.. kira bantut ler tu..

Sewaktu berusia 12 tahun.. salah sorang keluarga Messi di Catalonia mendaftarkan beliau untuk diuji bakat untuk kelab Barcelona.. melihatkan kehebatan serta bakat Messi membuatkan pengarah sukan Barcelona pada masa tu Carlos Rexach tanpa membuang masa terus terbang ke Argentina.. tanpa membawa sebarang surat tawaran rasmi beliau hanya meminta Messi menandatangi kontrak diatas kertas kosong.. tak tau ler kertas tisu atau kertas suratkhabar.. serta bersetuju membiayai segala kos rawatan Messi..

Di Barcelona sewaktu berumur 13 tahun.. beliau diserap ke pasukan remaja bawah 14 tahun dan pada perlawanan pertama.. Messi berjaya menjaringkan lima gol.. dan beliau diserap ke pasukan utama Barca pada usia 16 tahun dengan perlawanan pertama menentang Porto FC dalam satu perlawanan persahabatan..

"Walaupun gua dah kayo dengan pendapatan 20 juta pound dan penyakit gua pun dak hilang tapi gua hidup sederhana jer.. dan gua masih menjadi seorang budak yang lahir di Rosirio, Santa Fe, Argentina.. malah dengan duit tu jugak gua berjaya menubuhkan yayasan amal untuk kesihatan dan pendidikan kanak-kanak iaitu The Leo Messi Foundation.... haa amacam hebat tak gua.."

"Spy Penanggah.. klau lu nak tau tinggi gua skarang dah 169 cm kira-kira 5' 7''.. walaupun tak berapo tinggi bagi sorang pemain bolasepak tapi kira oley ler tu..” ujar Messi bersungguh-sungguh di talipon sambil mengelecek beberapo orang pemain MU...

Itu la River Plate.. dulu jual mahal.. lu kata gua bantut ler... haa skrang lu tengok gua dapek piala bukan main besau..

3 ulasan:

  1. okla tu ...tinggila skit dari gua maaa...

    BalasPadam
  2. tukangkarut.. tinggi tak penting .. janji body mantap.. huhuuhuu

    BalasPadam
  3. ooo itu macam kah... bunyi mcm sodih jer ... tak per.. jangan sedih2 ... leh gym bagi mantap body ala2 The Merong gitu.... walaupun rendang tapi mantops...

    BalasPadam