Jumaat, 18 Februari 2011

APA KELAS PAKAI BATIK.. CISSS..!!!.


SHAH ALAM - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyelar sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan tahap mutu batik keluaran negara ini sedangkan produk tempatan itu mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Bekas Perdana Menteri turut mempersoalkan kelayakan Anwar membuat penilaian terhadap batik Malaysia... - Utusan M'sia

Haa ni yang buat gua hangin ni… berani lu cakap batik M’sia tak der kelas… hanya sesuai bawak pegi menoreh dan memetik buah sawit.. apo lu ingat batik Maldive tu hebat sangat ker.. setakat warna merah menyala dengan bunga kuning yang penuh dengan labuci.. kena plak dengan seluar warna hijau pucuk pisang.. itu yang lu cakap hebat.. cantik menawan mengalahkan baju jojie armani.. .

Itu ler korang tak tau.. sebenarnyer dalam dunia ni.. batik M’sia ler yang paling hebat lagi terer.. kalis peluru lagi.. kalau direndam tentu tak basah.. dan kalau dibakar pun tentu tak hangus-hangus.. sia-sia jer.. kayu api ado habis dua lori.. dan gua pun adalah salah sorang peminat fanatik batik M’sia ni sejak dari zaman Jepun sampai la skarang ni.. kena plak baju batik yang ada gambar Ben 10.. fuhh memang sayang nak tanggal tu sampai mandi pun gua pakai sekali..

Menurut abang Suman Greng seorang pakar batik merangkap pemandu lori batik serta penternak ular sawa batik dari Teluk Batik turut menafikan dakwaan para penyokong setia batik Maldive tersebut yang menuduh bahawa batik M’sia tidak mesra pelanggan.. bagi menafikan dakwaan liar tersebut beliau telah mencipta sejenis baju batik Gembo yang mempunyai lengan sebelah panjang dan sebelah pendek serta bermotifkan daun pisang dan daun ketapang bagi mengaburi pandangan pihak musuh..

Suman Greng turut menyatakan... baju batik ciptaan beliau tersebut memang dicipta khas penuh dengan ciri-ciri keselamatan yang agak ketat.. selain mempunyai sistem halimunan serta power stering.. baju batik tersebut turut dilengkapi dengan airbag yang terletak pada bahagian poket serta tangki udara di bahagian belakang bagi memudahkan si pemakai untuk pergi menyelam scuba pada bila-bila masa.. dan tidak seperti batik Maldive yang hanya dilengkapi dengan lampu suluh pada bahagian bahu kanan serta menggunakan tayar sotong dengan rim 14.. yang mana dilihat baju batik tersebut hanya sesuai untuk mat-mat rempit..

4 ulasan:

  1. HAHAHAHAHHA...
    hang dah kembali..lama aku tunggu..

    Ni pehal cipta batik dah macam kenderaan dah ni?
    hahhaha

    BalasPadam
  2. ini pun nasib baik gua dapat menyelinap kluar ikut terowong hospital mental tanjung rambutan.. klau tak.. tak dapat le gua nak merapu lg dlam blog ni.. hahaahaaa

    BalasPadam
  3. pening gua baca post lu..
    lu memang hawaw terbaiklah..
    bila nak menanggah blog gua??

    BalasPadam
  4. naze.. dengn pantas gua mennggah blog lu .. haa lu kira nasib baik tu.. baru baca skit dah pening... barak obama lg truk.. baru baca dua rangkap blog gua trus koma 4 hari..

    BalasPadam