Selasa, 23 September 2014

MANA PERGINYER TOKEY MAKMAL..


KUALA LUMPUR: Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan.

Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan.

“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan. Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” katanya kepada Astro AWANI... blaa..blaa..blaaa


Ini berita tahun lepas.. dah hampir setahun pun.. dan kalau diikutkan kisahnyer.. makmal yang hendak diwujudkan tu akan dipandu oleh abang Deris.. sorang pemandu lori tangki yang terkenal.. sebenarnyer gua tak ambil port pun berapa puluh juta duit ditaburkan dalam projek tu dan berapa ribu staff dan pegawai yang dilantik oleh abang Deris untuk dibawa bersiar-siar dalam makmal tersebut.. bagi gua yang penting makmal tu dapat memberi manfaat kepada rakyat susah macam gua..

Untuk pengetahuan korang… gua melalut cerita pasal makmal ni bukan apo.. agak-agaknyer abang Deris dan Pak Menteri tu tau tak yang kehidupan orang kampung sekarang ni dah semakin sesak dengan kos kehidupan yang naik mencanak.... agak-agaknyer diorang tu tau tak harga getah sekarang ni dah jatuh menjunam hingga ketahap merbahaya.. tak silap gua minggu lepas jer harganya jatuh hingga RM1.60 sekilo.. bayangkan kalau diorang mengambil upah menoreh kebun orang.. kena bagi dua tu.. dapat la 80 sen sorang..

Gua pun tak tau apa dah jadi dengan makmal tu.. yang gua tau sampai sekarang satu bayang pun gua tak nampak akan hasilnyer makmal mengkaji kos sara hidup yang diluluskan oleh Pak Menteri dan dipandu oleh abang Deris ni.. entah ke mana dipandunyer pun gua tak tau laa.. entah-entah dah lingkup.. ataupun masih lagi tak habis-habis dok mengkaji siang malam.. apa ingat rakyat M'sia tikus putih ker... chehh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan