Selasa, 19 Ogos 2014

DRAMA SELANGORKU MACAM DAH NAK TAMAT JER..


SHAH ALAM -  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.. - SinarHarian


Nampaknyer drama dah nak sampai ke penghujung.. setelah penat bertegang leher..pot pet..pot pet mengalahkan filem Nana Tanjung.. nasib baik takda yang sakit jantung kalau tak mau ada yang mati kejung.. itulah politik.. time berkuasa ramai yang menyanjung.. walaupun hasilnya tak seberapa tetap juga diangkat dan dijunjung.. tapi bila tak berkuasa korang paham-paham jer ler.. dah tentu memasing cabut lari mencari lain payung.. 

Cuma sekarang ni penonton ternanti-nanti kisah seterusnya di sebalik cermin.. tertanya-tanya siapa la agaknyer pemimpin yang akan bakal mengganti tempat kosong sama ada Kak Zah ataupun si Azmin.. walaupun ada jugak yang cuba menjadi penganalisis tapi itu semua belum tentu dijamin.. cuma yang menjadi persoalan sekarang adakah segalanya berjalan seperti yang dirancang.. atau masih jugak tak setle kerana masih banyak lagi yang pincang..

Dalam drama ni yang kesiannya ialah parti lawan.. cuma terkebil-kebil melihatkan pihak musuh dah goyah kerana dok bertelagah macam orang kena sawan.. walaupun cuba jugak la nak ambil kesempatan tapi apakan daya.. modal ada cuma takda kawan.. setakat 12 orang.. mana la cukup kuat nak pergi berlawan.. hanya setakat mengabiskan bihun dan kopi dalam cawan... tapi apo nak dikato.. mungkin bukan rezki kito.. kita tengok jer ler harta berbilion ringgit tu melintas dopan mato..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan