Isnin, 21 Julai 2014

MH17.. NAK DAKWA MACAMANO.. DAH TERSALAH TEMBAK..


Malaysia mempunyai peluang untuk membawa kes nahas pesawat MH17 ke muka pengadilan tetapi amat penting untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu mengenai jenis peluru berpandu yang menembak pesawat  Malaysia Airlines (MAS) itu hingga menyebabkannya terhempas selain mendedahkan fakta-fakta lain, kata pakar-pakar perundangan.
  
Peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Datuk N Sivananthan berkata untuk berbuat demikian, adalah penting untuk memasuki tapak nahas dengan segera untuk memastikan bukti tidak dicemari. - M'siaKini


Tak payah le kita nak berapi-api sangat cerita bab dakwa-dakwi ni.. cakap senang ler tapi realitinyer bukan semudah makan apam balik.. sedangkan nak ambik mayat mangsa pun kita masih terkial-kial dengan kerenah politik dan birokrasi diorang.. apatah lagi nak cari bukti.. silap-silap bukti pun dah lesap entah kemano.. yang penting sekarang ni kita bawa balik dulu mayat mangsa yang terlibat tu supaya dapat dikebumikan di tanahair kita dengan selamat..

Sebenarnyer gua bukan nak meremehkan usaha kerajaan kita nak mendakwa si penjenayah yang menembak MH17 tu kemuka pengadilan.. tapi kalau ikut pada kes-kes yang lalu semuanyer menghabiskan boreh.. tiada sorang pun yang didakwa atau dihukuman oleh mana-mana mahkamah.. tu sebab gua tak yakin yang kes ni akan berjaya.. silap-silap nanti duit habis yang kaya peguam.. akhirnyer tak pepasal kita plak yang terperangkap dalam konflik dan permainan politik diorang.. tak cayo cuba kita tengok kes-kes yang lalu..

23 julai 1954 Cathay Pacific Airway yang terbang dari Bangkok menuju ke Hongkong telah di tembak oleh Tentera Pembebasan Rakyat China yang menyangka ia adalah pesawat  tentera Taiwan.. membunuh 10 dari 19 penumpang.. sampai kesudah tiada sapa yang dipenjara..

27 Julai 1955 El Al Flight 402 yang terbang dari London ke Tel Aviv.. melalui Austria dan Turki tapi terbabas hingga ke ruang udara blok timor dan akhirnyer di tembak oleh pejuang Bulgaria.. mengorbankan 58 nyawa.. sama gak sampai kesudah tiada sapa yang dihukum..

21 Februari 1973 iaitu Libyan Arab Airlines 114 yang sedang terbang menuju ke Kaherah dari Tripoli.. akibat cuaca buruk kapalterbang tu pun terbabas ke Semenanjung Sinai dan ia di tembak oleh jet F-4 Phantom israel yang menyangka ia pesawat tentera Mesir.. dari 113 penumpang hanya 5 yang selamat.. sama gak sampai kesudah tiada sapa yang dihukum.. dan Israel biasa ler alasanyer mempertahankan diri..

1 September 1983 Korean Air Lines 007 yang terbang dari New York ke Seoul yang membawa 269 penumpang ditembak jatuh ke Laut Okhatsk oleh jet pejuang Soviet Union setelah terbabas ke ruang udara pengkalan tentera diorang.. habis semua penumpang menjadi korban.. dan ada kita dengar sesiapa yang dihukum.. tarakk.. walaupun jelas ditembak oleh tentera Soviet..

3 Julai 1988 Iran Air yang terbang dari Tehran menuju ke Dubai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu tentera Amerika dan mengorbankan kesemua 290 penumpang.. sedangkan kapalterbang tu masih berada diruang udara Iran.. alasanyer seperti biasa iaitu tersalah tembak kerana menyangka ia pesawat tentera.. pun sama gak kisahnyer.. walau jelas ditembak oleh Amerika sepertia biasa tiada yang dihukum penjara… Amerika hanya membayar pampasan kepada keluarga mangsa..

Begitu jugak dengan kes Siberia Airlines pada 4 Oktober 2001.. dimana pesawat yang membawa 78 penumpang tu didapati telah menjunam ke Laut Hitam.. ia dikatakan ditembak oleh peluru berpandu dari arah Ukraine walaupun dinafikan oleh Kiev.. seperti yang lain jugak kes tu pun senyap sampai ke sudah..

Dan dalam kes ni adakah kita pun akan mengalami nasib yang sama.. oleh tu sama-sama ler kita perhatikan permainan diorang.. nak harap PBB lagi tak payah.. sedangkan nak buat ketetapan mengutuk kejadian ni pun diorang dok kaji sampai berpuluh kali.. takut kena veto dek Rusia.. dan alasan bagi menutup kes ni bagi gua cukup mudah.. “Nak Buek Macamano.. Dah Tersalah Tembak....”

* Salam takziah gua ucapkan pada semua keluarga mangsa.. semoga tabah menghadapi ujian Allah dan dipermudahkan segala urusan dalam usaha membawa balik semua mayat mangsa yang terlibat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan