Jumaat, 4 Oktober 2013

REMBAT JANGAN TAK REMBAT!!.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka. Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks". Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220.


Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa. - M'siaKini


Umang aii!! bukan main lagi korang berbelanjo.. berjoli sakan sampai lupo diri mengalahkan anak rajo.. membeli apa saja yang melintas di mato.. dari kapal terbang.. kasut but.. jam dinding hingga ler ke kerusi dan mejo... malah dengan tanpa rasa bersalah bukan main bangga lagi menayangkan muko dengan selambo dan bersahajo.. amboii!! apo korang ingat duit yang korang lanyak tu bapak korang yang tajo..

Kita pun tak pernah terbayangkan bagaimana liciknyer diorang merembat.. benda yang dibeli tu satu jer tapi yang diklaim sampai empat.. malah ada yang harganyer langsung tak munasabah.. kononnyer jam dinding ni mahal sebab jarum panjang dan pendeknyer boleh diubah..  malah skrunyer pun boleh ditambah.. dan scaner A4 cap tapir ni pun kena ditempah.. bukannyer dekat tapi jauh di Eropah.. kalau rosak tak payah susah-susah.. campak jer ke bakul sampah..

Sebenarnyer rakyat masih belum lupa.. kerana tahun lepas pun kita bercakap tentang benda serta masalah yang serupa.. dan setakat ni gua tengok takda pun tindakan atau hukuman yang dikenakan terhadap si pelahap celaka.. malah diorang boleh lagi tersenyum dan berjenaka.. katanyer ini semua salah kira.. malah pak-pak menteri pun macam takut-takut jer nak berkata.. seolah-olah sama-sama menumpang kereta dan berkongsi cerita..

Ini la bahananyer bila pak menteri tak reti nak memantau.. entah apa yang disebokkan pun gua tak tau.. apa lagi penyamun pun terus ler bersilat dan berkuntau.. melibas apa saja yang terjangkau.. cuma stakat ni hanya si KJ jer yang ada sikit berkicau.. walaupun sikit tapi sekurang-kurangnyer ini akan membuatkan si penyamun sedikit risau kerana KJ sudah bikin kacau.. dan ada jugak pak menteri yang buat alasan melalut.. seperti cerita pistol tercabut lalu jatuh ke laut.. bila gua baca terus terguling-guling sampai krem perut..

Yang paling tak bleh blah ialah bos-bos di Khazanah.. melanyak duit sampai lupa segala amanah.. berbelanja sakan seolah-olah terjumpa harta karun dalam tanah.. woii!! apa yang korang buat dengan kad kredit tu hahh?!.. adakah buat pegi blanjer pasar atau pun beli kereta mewah.. adoii macam mana ler negara tak punah bila si penyamun disuruh jaga rumah..

Sebenarnya gua memang dah naik menyampah... kerana penyelewengan berlaku bersepah-sepah.. kalau ler senarai tu dibaca satu persatu mau ada yang rebah hingga kena dipapah.. bila melihatkan harta negara senang-senang kena kekah.. masalahnyer kita yang hidup susah ni disuruh belanja dengan berhemah.. kalau boleh duduk jer dibawah kemah.. kerana ekonomi negara kita sekarang ni dalam keadaan lemah.. hingga pak menteri nak keluar negara pun terpaksa tinggalkan amah.. tapi rupa-rupanyer dalam diam-diam diorang sedap-sedap makan besar dalam rumah..

Tapi yang sedih tu ada plak yang gembira tahap gaban.. dengan bangga menyokong si musang melahap ayam sereban.. katanyer K-Pop tu baik untuk kesihatan.. kalau boleh Pak Menteri panggil ler lagi tahun depan.. lagi satu.. saper jer yang protes akan teruk diserang.. dengan kata-kata jer bukan ler dengan parang.. “korang ni patut bersyukur dengan keadaan negara kita sekarang.. masih aman dan dapat jugak makan walaupun bajet dah kurang.. tapi kalau korang tak puashati korang bleh pindah dan duduk kat negara seberang..”..

2 ulasan:

  1. Salam...mohon link http://orangkampungcyber.blogspot.com dlm bloglist tuan untuk perkongsian bersama..tq

    BalasPadam
  2. Tulisan terbaik abad ini. kerlasss kau jang

    BalasPadam