Khamis, 7 Mac 2013

INGAT.. INI BUKAN AMERIKA..

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Serangan bertali-arus oleh pasukan keselamatan pada Selasa untuk menumpaskan militan Sulu mungkin akan membantu Barisan Nasional (BN) terus memerintah selepas Pilihan Raya 2013, kata beberapa pemerhati politik.

Akan tetapi, tindakan ketenteraan menerusi udara dan darat, 24 hari selepas 200 penceroboh bersenjata Filipina menceroboh negeri utara Borneo itu mungkin memberikan impak berbeza keatas negeri yang dianggap sebagai deposit tetap kepada BN, bergantung kepada langkah susulan yang diambil kerajaan, kata dua ahli akademik kepada The Malaysian Insider.
 

“Tiada alasan kenapa pengundi Sabah tidak meneruskan sokongan mereka (kepada BN),” kata Dr Arnold Puyok, penganalisis politik yang menetap di Kota Kinabalu itu.
 

“Itulah apa yang rakyat Sabah mahu dari awal-awal lagi,” tambah beliau merujuk kepada ketegasan yang diambil Putrajaya selepas krisis masuk ke minggu ketiga dan rundingan damai gagal mengusir penceroboh keluar secara aman.

Pensyarah universiti tersebut percaya pengeboman boleh “membina keyakinan semula” rakyat keatas kerajaan BN.. - TheM'sianInsider


Gua rasa semua rakyat Malaysia yang waras tanpa mengira kaum dan agama pasti cintakan negara ni.. dan bukan stakat mat-mat rempit.. mat pet atau penyamun tarbus jer.. malah kalau ditanya kat para pemimpin politik kita yang kaki komisen.. kaki rasuah atau kaki kelepet pun.. gua pasti diorang pun akan mati-mati mengaku cintakan negara ni.. dan jangan terperanjat jika semangat patrotik diorang ni lebih tinggi dari korang..

Dan gua yakin seluruh rakyat Malaysia akan tetap berdiri teguh dibelakang anggota keselamatan kita yang sedang menyabung nyawa berperang di Semporna dan Lahat Datu sekarang ni.. malah seluruh negara pun sentiasa mendoakan kejayaan serta keselamatan diorang semua....

Tapi orang-orang politik jangan silap.. berdiri teguhnyer rakyat di belakang anggota keselamatan bukan satu jaminan yang sebahagian dari mereka ni akan turut sama berdiri tegak di belakang korang.. lebih-lebih lagi dibelakang pemimpin yang lembik dan suka cakap besar..  mula kata penceroboh tu bukan pengganas kerana kebanyakannyer dah tua kerepot dan semakin lemah kerana dah mula bergaduh sesama sendiri.. dan senjata diorang pun senjata lama.. yang dah nak tercabut skru..

LAHAD DATU 24 Feb. - Kumpulan bersenjata yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu kini berada dalam keadaan tertekan akibat perbalahan sesama sendiri selain masalah kehabisan stok makanan.

Sejak Sabtu lalu, kumpulan kira-kira 150 penceroboh tersebut hanya bergantung kepada sumber tumbuh-tumbuhan untuk meneruskan kehidupan menyebabkan berlaku pemberontakan dalaman yang serius..... blaa.. blaaa.. blaaa..


"Keadaan itu menyebabkan ramai anggota kumpulan penceroboh hilang fokus dan tidak yakin matlamat pencerobohan ini berjaya. Mereka mahu menyerah diri tetapi diancam Azzumudie," katanya di sini hari ini.... blaa.. blaaa.. blaaa..


"Kumpulan ini hanya dilengkapi senjata lama. Berdasarkan perkiraan, jika tindakan ketenteraan diambil kita mampu menumpaskan semua mereka dalam masa kurang 20 minit tetapi bukan itu matlamat kita... - UtusaM'sia


Seperti sudah menjadi tradisi atau budaya kita sejak dulu.. bila berlaku jer sesuatu perkara.. tak sampai berapa minit akan bermula ler episod tuding-menuding.. yang sini salahkan yang sana.. yang sana plak salahkan yang sini.. akhirnyer bila dah letih semua senyap dan beralih kepada isu yang lain plak.. dan itu ler yang berlaku sekarang ni..

Setelah 20 minit pun berlalu dan si penceroboh pun dah blah entah kemano.. tetiba orang poltik separuh masak plak gua tengok makin rancak berperang dan bertekak.. semua dok sebok berebut mengambil kesempatan menggunakan isu keselamatan negara yang sedang panas sekarang ni sebagai kempen politik dengan menuduh.. memburuk serta memperlekeh antara satu sama lain dengan tujuan untuk memulihkan imej parti bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada diorang dalam pilihanraya nanti..

Ingat kita ni bukannyer Amerika yang suka menggunakan isu keselamatan sebagai kempen politik bagi meningkatkan populariti dengan menakut-nakutkan rakyat.. bila time nak pilihan raya jer mula ler sebok nak berperang sana sini.. mula ler keluar cerita pengganas nak datang menyerang..

Kalau ikutkan gua biar ler isu keselamatan negara kita ni berada dalam zon berkecuali dan tidak sesekali digunakan sebagai kempen politik haru-biru.. dan kalau boleh biar ler menteri pertahanan dan menteri dalam negeri kita pun bukannyer terdiri dari orang politik.. lantik ler dari dari bekas-bekas polis atau tentera yang ada... kalau takda bekas tentera.. bekas ketuo rela pun bleh ler..

1 ulasan:

  1. Hg tau..fmily aku byk pi sana msa pencerobohan tu sbb kbayakkan lelaki dari family aku jd anggota keselamatan..tak kira la polis,VAT69..komando..tentera darat..tentera udara..banyak bnda misteri yg trjd bila depa brdepan dgn pngganas sulu ni..Eiii..takutnya..tp mcm mna pun kuasa Allah ja boleh tumpaskan depa..eii..seraammm!!!

    BalasPadam