Selasa, 19 Februari 2013

AIII.. MELANYAK DUIT BR1M NAMPAK...

MARAN, 16 Feb - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih daripada jumlah RM500 pada masa akan datang jika rakyat terus memberi mandat untuk menerajui pemerintahan negara ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata berdasarkan prestasi semasa ekonomi negara, ia bukan satu janji manis seperti yang ditabur pembangkang.

"Kestabilan politik dan ekonomi menjadikan asas pendapatan dan ekonomi negara terus berkembang, jika keadaan yang ada pada hari ini dapat dikekalkan.

"Janji kerajaan untuk menambah nilai BRIM bukan retorik tetapi kita mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya bagi membantu meringankan bebanan rakyat dalam bentuk bantuan wang tunai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat.... - Bernama


Gua tak kisah ler kalau korang nak bagi duit BR1M tu sorang seribu atau sepuluh ribu sekali pun... malah kalau korang nak bagi sorang sejuta pun gua takda hal.. cuma gua nak tau siapa agakyer yang ditugaskan untuk menapis serta menentukan sama ada seseorang tu layak atau tidak mendapat duit BR1M ni.. dan seterunyer memastikan duit bantuan tu betul-betul sampai kepada golongan sasaran..

Ini kerana berdasarkan daripada apa yang gua peratikan pada BR1M sebelum ni.. memang ada orang-orang yang tak sepatutnyer layak turut sama berbaris mengambil duit bantuan tu.. ada yang berniaga untung beribu-ribu sebulan... ada yang kebunnya berekar-ekar pun dapat gak.. siap datang naik jet peribadi serta kereta besau lagi.. dan yang datang dengan awek cun pun ada.. malah orang-orang felda yang pendapatannyer beribu-ribu sebulan pun turut sama tak ketinggalan berbaris mengambil duit BR1M.. untung ler orang felda...

"Ahhh!!.. kalau si Dolmat yang kayo-rayo mengalahkan hantu rayo dengan incomenyer tujuh lapan juta sebulan pun bleh dapat.. gua yang income ciput sebulan lima nam ratus ribu pun nak jugak.."

Itu sebabnyer gua tak heran bila permohonan BR1M kali ni naik mendadak.. apa taknyer bila diorang tengok ada orang kaya turut sama mendapat duit bantuan tu.. dah tentu ler yang lain akan rasa tak puashati dan akan cuba memohon..

Gua ni bukannyer marah atau dengki kerana nama gua tak tersenarai.. sebenarnyer gua ni sama seperti pembayar cukai yang lain yang nak tengok sebahagian dari duit cukai kitorang tu betul-betul sampai kepada golongan sasaran.. tapi bila menengokkan perangai separuh masak pak menteri kita yang bukan main lagi berenjoy sakan melanyak duit rakyat atas nama BR1M tu macam harta pusaka mak bapak diorang.. dengan menggunakan duit bantuan tu sebagai janji politik... tetiba gua jadi meluat..

* Kalau betul ler pak menteri nak tolong rakyat... apa kata rakyat yang berpendapatan 5 ribu kebawah di kecualikan dari cukai.. apo korang ingat senang ker duduk KL dengan pendapatan empat lima ribu.. dengan tolnyer.. dengan parkingnyer.. kena plak dengan aweknyer lagi lima nam orang.. perghhh!! kekadang sesak siutt!!..

1 ulasan:

  1. haaaaa..aku stuju ngn ko...bygkan leer kami yg kerja TM ni..Bonus pn kna cukai..OT pn kena cukai..

    Sepatutnya OT xpyh la kna cukai jgk..kiteorg ni wat ot sbb nk tmbah pndapatan..ini semua di sebat....Banus tu habuan kami..pun kna potong jugak PCB..Aii..geram tau x bonus kna potong sampai seribu lbih..gilo!!

    BalasPadam