Rabu, 18 Januari 2012

KAT TEMPAT GUA PUN ADA MASALAH GAK...

Shah Alam - Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan. Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini,” katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan “walkabout” ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi mendengar keluhan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah tekanan kenaikan kadar sewa sebanyak seratus peratus...- TheM'sianInsider

Begitu ler beruntungnyer orang Selangor ni.. walaupun diperintah oleh pakatan pembangkang tapi kita tengok sendiri bagaimana beria-ianyer abang Ajib sanggup terhegeh-hegeh dengan muka selamba datang menghulurkan bantuan.. dari sekocik-kocik hingga ler sebesar-besar masalah.. bukan main lagi gua tengok abang Ajib.. tanpa banyak soal terus jer berdesup meluru untuk menyelesaikan masalah diorang.. habis tu sapa cakap rugi besar kalau mengundi pembangkang ni..

Tapi yang frust ialah orang kampung gua ler.. dari dulu sampai ler skarang ni tak habis-habis dengan masalah lalat.. dulu kampung gua tak ler macam ni.. semua orang kampung hidup dalam suasana happy lagi ceria.. tapi episod duka ni bermula apabila tetiba terpacul tokey cina datang membuka ladang ayam kat kampung gua.. dan disitu ler bermulanyer era tranformasi kampung gua dari kampung ceria menjadi kampung si pening lalat... dan KPI nyer pun semakin meningkat dari tahun ke setahun..

Mungkin klau stakat sebijik tu kira okey lagi ler.. tapi bila dah ada dua tiga bijik.. mula ler orang kampung hangin satu badan.. mana taknyer siang malam asyik dok bergaduh dengan si lalat.. bukan setakat time nak makan jer kena ganggu.. malah time nak tidur pun diorang terpaksa bertarung dulu dengan serangga perosak mayarakat ni..

Dan saat yang paling menyeksakan orang kampung gua ialah ketika ada kenduri kendara lebih-lebih lagi time kenduri kahwin.. memang sengsara.. letih siut gua tengok diorang dan para jemputan bersilat dengan si lalat.. sampai orang kampung pun naik segan bila ada orang luar datang.. mana taknyer.. bila tengok si lalat dok sama menyebok dan bermaharajalela kat atas meja mau tak hilang selera makan...

Gua rasa dah naik berbuih mulut orang kampung mengadu masalah lalat ni.. baik ke majlis daerah hingga ler TV dan suratkhabar serta kat orang-orang politik keris bersilang.. satu pun tak jalan... semua lepas tangan.. tak silap gua alasannyer ialah projek tersebut didirikan di tanah persendirian.. yang gua heran mamat sengal yang meluluskan projek ni dulu tu tak terpikir ker masalah yang bakal dihadapi oleh orang kampung.. agaknyer kat kepalo otak diorang ni semuanyer dok sebok pikirkan pasal duit kut.. hampehh betulll!!

Mungkin negeri gua ni kena jatuh kat tangan pembangkang dulu kut.. baru ler abang Ajib bukak mato dan terhegeh-hegeh nak datang membantu.. nak harapkan Mat Asan datang menolong.. memang takdo la.. itu ler masalahnyer bila dapat pemimpin yang takda wawasan.. hanya stakat cakap berdegar-degar.. tapi klau kat negeri pembangkang bukan main lagi memasing tunjuk handal.. itu la daripada mengayakan anak-beranak kak Jat buat projek lembu fitlod.. baik dikumpulkan segala tok nenek reban ayam yang bersepah tu kat satu kawasan.. baru ler lalat tu dapat berkumpul dan bermain dengan tenang..

Itu sebabnyer kekadang tu gua tak percaya kalau mengundi pembangkang tu adalah satu kerugian.. sebab gua tak nampak dimana untungnyer mengundi parti abang Ajib.. sedangkan gua tengok negeri pembangkang lebih ditatang dan dibelai dibandingkan negeri gua.. tapi nak buek camno.. kalau dah masalah lampu jalan kat Felda Lui Selatan pun diorang tak dapat nak diselesaikan.. nak harapkan diorang ni selesaikan masalah lalat kat kampung gua.. memang takdo la.. mungkin orang kampung gua kena tunggu dapat MB baru dulu kut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan