Selasa, 6 Julai 2010

ANTARA KURITA.. JERMAN DAN SEPANYOL..


BERLIN - Sotong kurita yang meramalkan semua perlawanan melibatkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, semalam memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman, Khamis ini. Sotong bernama Paul, yang berusia dua tahun dan berasal dari England, bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan seratus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman...  - Utusam M'sia


Alaa.. stakat temberang si sotong kurita pun korang nak percaya kerr.. kalau korang nak tau sotong kurita ni la yang pernah kono tangkap 20 tahun lepas pasal menjalankan judi haram teka kacang dalam botol di Zimbabwe.. dan skali lagi si sotong kurita ni cuba plak nak menipu korang pasal piala dunia kat Afrika tahun ni.. amboii!! bukan main sedap lagi sotong kurita ni temberang yang pasukan Sepanyol akan belasah pasukan Jerman.. wooiii sotong kurita ekau hilang akal ker apo.. ekau ingat pemain Jerman tu smua tiang kayu ko?? (dalam nada menjerit sambil mencekak pinggang)..


Tapi menurut satu laporan akhbar Chongkau Post limited edition pagi semalam menyatakan seekor binatang pelik bernama Mucibing.. iaitu musang pulut yang dikacuk dengan cipan dan kambing telah meramalkan pasukan Jerman akan menang mudah dengan mengalahkan pasukan Sepanyol dengan kiraan stright set 28 berbalas 5.. malah menurut Mucibing.. penyerang ekskutif pasukan German iaitu abang Podolski akan turut melakukan lapan hatrik pada perlawanan tersebut.. tidak termasuk 2 hatrik pada waktu rehat dan 3 hatrik lagi pada masa kecederaan..


Menurut Mucibing sewaktu terserempak dengan Spy Penanggah ketika sama-sama beratur membeli tiket  judi bola halal di pekan Golok menegaskan.. bahawa beliau begitu konfiden dengan ramalan beliau tersebut.. malah beliau sanggup bertaruh sebanyak RM15juta ratus 456puluh jika ramalan beliau meleset atau terasar.. malah Mucibing dengan berat hati turut meramalkan bahawa penyerang Sepanyol Febregas dan Puyol akan turut mendapat 5 kad merah dan 7 kad kuning pada perlawan tersebut..


Ramalan Mucibing tersebut juga telah membuatkan pasukan Sepanyol menjadi begitu gementar hingga hilang selera makan...  malah terdapat gossip-gossip liar yang mengatakan Fernando Torres telah terkena cirit-birit peringkat 2 sebaik saja terbaca ramalan si Mucibing tersebut.. malah terdapat beberapa pemain Sepanyol yang diberitakan telah melarikan diri pulang kekampung.. ini membuatkan jurulatih Sepanyol pening kepala dan terpaksa menggunakan pemain jemputan dan pengawal stadium bagi mengelirukan jentera penyerang pasukan Jerman.. 


Malah jurulatih Sepanyol diberitakan terpaksa mengunakan sistem 7-4-2-8 bagi mengekang kemaraan jentera serangan Jerman yang diketuai oleh Hitler yang mengunakan sistem 9-9-2-8.. malah Hitler yang menunggang jentera Ducati 1200cc tanpa diduga telah menggunakan bantuan bomoh voodoo dari Jamaica bagi mengabur pandangan para penonton..


* Camno pun spy Penanggah dengan bantuan Mucibing meramalkan yang pasukan Jerman akan bertarung dengan team Belanda (Orenjus) pada perlawanan akhir nanti.. kalau Jerman kalah gak.. tau la nasib.. sekali dengan Mucibing.. dengan sotong kurita gua libass...

Jumaat, 2 Julai 2010

JERMAN VS ARGENTINA.. DUA-DUA TERER!!..


NAMPAKNYA Piala Dunia 2010 kat Afrika ni dah masuk ke suku akhir dan yang tak bestnya pasukan Jerman akan bertemu Argentina malam minggu ni.. walaupun sebenarnyer gua tak kisah sangat saper yang menang dan masuk ke separuh akhir.. sebab kedua-dua pasukan tersebut adalah favorite team gua.. bukan apa.. nanti kalau gua sokong Jerman member gua si Maradona plak tak puas hati.. kalau gua sokong Argentina member lamo gua si Hitler plak merajuk.. jadi tu yang buat gua jadi serba salah.. lalu gua pun buat keputusan nak sokong dua-dua dan lantak ler korang.. nak bertekak ker.. nak bertumbuk ke.. nak bergusti pun lantak ler korang.. janji masa lawan nanti jangan sampai nak berbunuh-bunuh sudah laaa..


Mengikut laporan dari spy Penanggah yang berjaya menemubual pakcik Kimbo Muntari seorang bookie judi bola halal dari Uganda yang telah berjaya menyelinap kedalam kemah pasukan Jerman dan Argentina untuk melakukan satu analisis dan kajian mengenai kedua-dua pasukan menyatakan kedua-dua pasukan tersebut mempunyai peluang yang sama rata tanpa pilih kasih.. dari analisis tersebut juga beliau mendapati pasukan Argentina yang menggunakan sistem 8-8-4-2 dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekang jentera Honda cup EX5 pasukan Jerman yang menggunakan sistem 6-9-4-8 dengan mudah..


Beliau turut menjangkakan perlawanan tersebut akan berkeputusan seri 20 sama.. serta membawa ke masa tambahan selama 2 jam sebelum pihak pengadil memaksa kedua pasukan melakukan sepakan penalti sebanyak lima kali seorang dan beliau turut merahsiakan siapakah pemenang pada perlawanan malam tersebut bagi menjaga hati kedua-dua pasukan.. beliau turut menyenaraikan beberapa nama yang perlu diberi perhatian oleh kedua-dua pihak.. dan berikut adalah nama-nama yang berjaya di seludup keluar oleh beliau dari dalam kemah kedua-dua pasukan tersebut.. antara nama-nama tersebut ialah..


Lionel Messi (Argentina)

Posisi: Penyerang ekskutif kanan

Kebolehan: Seorang pakar sepakan sudut dengan menggunakan tumit... gerakan solo zig-zag beliau yang bersahaja begitu digeruni oleh penjaga stadium.. malah beliau boleh bertukar menjadi kuda kepang jika tumit kiri beliau disentuh.. ditugaskan untuk mengawal pergerakan penolong jurulatih pasukan Jerman.. dan beliau yang hebat dalam bab mencuri tiang gol ini juga mempunyai hobi yang pelik iaitu suka mengurat awek pasar malam Keramat.. 


Gonzalo Higuain (Argentina)

Posisi: Penolong ketua penyerang

Kebolehan: Pakar sepakan lencong dari luar stadium.. beliau turut mempunyai ilmu ketutu kapunden yang membolehkan beliau bertukar menjadi siput babi jika terkejut dan mampu menjaringkan bola dari pelbagai arah termasuk dari belakang tiang gol.. sering menggunakan ilmu tersebut jika keadaan terdesak seperti yang beliau lakukan sewaktu Argentina menentang Mexico 39 tahun lalu.. dengan bantuan pengadil.. beliau dijangka mampu menjaringkan 6 gol termasuk 4 gol sendiri pada perlawanan malam besok tanpa sebarang masalah..


Carlos Teves (Argentina)

Posisi: Timbalan pegawai penyerang simpanan..

Kebolehan: Mampu berjalan itik sambil membawa bola.. selain bertugas sebagai pegawai penyerang.. beliau turut ditugaskan membantu Lionel Messi mencuri tiang gol pasukan lawan.. bagi mengelirukan pihak lawan beliau ditugaskan untuk berborak dan bersembang dengan pengadil perlawanan.. dengan bantuan jentera yamaha lagenda 135z diharap beliau mampu mengelecek pemain dan penyokong Jerman dengan tenang..


Miroslav Klose (Jerman)

Posisi: Pembantu kanan penyerang serta wing belakang 

Kebolehan: Beliau yang bergandingan dengan Ozil dilihat mampu mengucar-kacirkan pasukan sendiri tanpa had.. kekuatan beliau terletak pada suis di lutut kanan yang membolehkan beliau bertukar menjadi ayam katik jika suis tersebut disentuh.. juga pakar menjaringkan gol sendiri tanpa bantuan rakan-rakan... malah beliau berjanji akan mengawal ketat pintu gol sendiri dari dicurik oleh Messi..


Lukas Podolski (Jerman)

Posisi: Pembantu khas penyerang.. 

Kebolehan: Pemain yang dibawa khas dari Tanjung Karang ini mempunyai kepakaran yang begitu luar biasa dengan gerakan-gerakan pantas di luar gelanggang.. mampu menjaringkan lima gol serentak dengan bantuan pengadil.. senjata utama beliau ialah sepucuk meriam katak dua laras dan lapan peluru berpandu yang diletakkan dipinggang beliau bagi merobek benteng pertahanan lawan..


Mesut Ozil (Jerman)

Posisi: Ketua ekskutif penyerang merangkap bendahari pasukan Jerman

Kebolehan: Bekas pemain gasing pangkah ini telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang sepanjang pertandingan.. berjaya menjaringkan 20 gol sewaktu pasukan beliau menentang Timur Leste dalam perlawanan sepaktakraw 7 sebelah bulan lepas.. kepakarang beliau terletak pada hentakan kaki kiri yang mampu memecahkan tembok stadium.. dengan bantuan bomoh vodoo beliau dijangka mampu menjaringkan 25 gol dengan mudah pada perlawanan malam besok..

Isnin, 21 Jun 2010

APA DAA.. MELAYU NAK.. CINA PLAK TAK NAK..


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.... 

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan. - Mingguan M'sia

Hampehnyer tokey judi Bensen Tan.. cerita bagai nak rak.. propa jer lebih… ingatkan boleh la gua berjudi bola halal dengan tenang.. rupa-rupanyer lesen pun tak keluar lagi.. nak berjudi macam mano.. tak larat la hari-hari berjudi teka kacang dalam botol.. untung tu untung la.. tapi tak banyak.. ada la dua tiga hinggit.. tapi kalau judi bola tu gua ingat.. dua tiga ribu senang-senang gua bleh dapat.. tu tak masuk lagi duit over time ngan elaun kenderaan.. kalau campur ngan duti kastam silap-silap sehari gua bleh dapat 2 juta.. perghh kayoo...

Susah-susah gua ingat nak try gak berjudi bola haram ni.. tapi rasa cam tak selamat plak.. gua tengok pak polisi pun dah makin mengganas.. habis semua bookie judi bola haram kena hambat.. sampai guanyer member Udin Tumpat bookie judi suara burung terkukur pun tak senang duduk.. takut gak mamat ni.. silap-silap haribulan.. burung tekukur skali dengan tuan burung kena hambat dengan pak polisi.. tak ke naya..

Camno pun gua nak ucap tahniah yang tidak berbelah bagi kat Nazri kerana menyokong usaha murni pihak kerajaan untuk membantu rakyat agar dapat berjudi bola halal.. bagi gua walau pun nampak dah lambat kerana piala dunia pun dah berjalan kira-kira seminggu namun bagi gua kira masih belum terlewat untuk pihak kerajaan membantu rakyat 1M'sia negara ini untuk berjudi bola halal tersebut..

Nazri.. nanti kalau kerajaan setuju jer lulus lesen judi bola halal tu bleh la kita bertaruh.. gua tau la.. lu pun macam gua gak.. tak sabar-sabar.. teringin sangat nak berjudi ni.. tapi gua heran gak member lu si Tsu Koon tu.. apsal dia plak tarak sokong benda baik ni.. ada plak mintak pihak kerajaan tangguh dulu.. ini semua la buat gua tak senang hati.. silap-silap tertangguh lagi la hasrat kita nak berjudi ni..  potong stim betul la lu Tsu Koon..

Tak apala Nazri.. abaikan jer si Tsu Koon tu.. dia pun bukan tau sangat pasal judi-judi ni.. stakat berjudi dam ular bleh la.. yang gua heran kita orang Melayu yang beria-ia nak perjuangkan judi ni untuk orang Cina.. tapi orang Cina plak yang menolak tuah.. tak ker heran bin sengal.. tapi tak apa la Nazri.. kalau orang Cina tak nak berjudi kita orang Melayu yang ambik lesen judi tu.. biar padan muka diorang.. apa dia ingat orang Melayu ni cikai sangat ker tak mampu nak berjudi bola..

Rabu, 9 Jun 2010

HITLER.. LU HERO RUPERNYERI!!..


"..Ich konnte all die Juden in dieser Welt zu zerstören, aber ich lasse ein wenig drehte-on, so können Sie herausfinden, warum ich sie getötet"..  


"Bisa saja saya musnahkan semua Yahudi di dunia ini, tapi saya sisakan sedikit yang hidup, agar kamu (nantinya) dapat mengetahui mengapa saya membunuh mereka - Adolf Hitler


Itulah kata-kata terakhir member gua paling kamcing.. Adolf Hitler sewaktu berceramah di dewan sekolah rendah di kampung gua di Bayern Munich lebih kurang 20 tahun lalu.. beberapa hari sebelum beliau berpindah ke kampung Kerinci di Pantai Dalam.. walaupun si Hitler ini berwatak ganas namun beliau seorang pemuda yang amat baik.. rajin serta berjiwa romantik.. beliau juga suka berjudi bola dan sering pergi berjoget di kelab dangdut.. dan kerana itulah beliau begitu disenangi oleh penduduk kampung terutama kanak-kanak tadika.. maka tidak hairanlah beliau mampu mengekalkan jawatan ketua rela di kampung gua selama 30 tahun berturut-turut tanpa bertanding.. 


Seperti yang korang kenal dan baca dalam buku kesihatan darjah 5.. si Hitler ni adalah seorang yang begitu anti dan benci dengan orang Yahudi Zionis.. terutama Yahudi Kabozeh serta ketua kampung mereka Setanyahu al-Zionis Hampehi… iaitu salah satu suku kaum Yahudi kepala batu yang tinggal di selatan Israel sempadan dengan Mesir.. yang juga terkenal dengan sikap tamak dan kejam lagi sadis.. malah mereka ni pernah mencurik basikal pakcik Raman Kutty seorang peniaga cendol yang begitu di segani oleh penduduk kampung di Bayern Munich.. untuk kegunaan tentera Yahudi menyeludup beras dan  mercun di sempadan Mesir..


Kerana tidak tahan melihat orang kampung sentiasa di buli oleh orang Yahudi Zionis tersebut.. Hitler pun bertekad untuk membalas dendam.. suatu hari ketika beliau berjalan keliling kampung sambil menjual apam balik.. beliau telah terserempak dengan sekumpulam mamat Yahudi sedang mengganggu beberapa orang awek cun yang sedang bermain layang-layang dipadang sekolah.. melihat kejadian ngeri tersebut hati Hitler bertambah panas apatah lagi awek beliau Miley Cyrus turut di ganggu oleh mamat Yahudi tersebut.. 


Tanpa membuang masa.. Hitler pun terus mencapai sepucuk meriam di belakang dapur rumah beliau.. lalu membedil mamat Yahudi tersebut tanpa pilih kasih… mamat Yahudi yang begitu leka mengurat awek-awek cun tersebut begitu terkejut dan takut separuh mati apabila melihat mereka telah diserang hendap oleh Hitler..  lalu mereka pun melarikan diri dengan sebuah sebuah roller coster yang berada disitu.. tanpa membuang masa Hitler pun berlari ke kedai runcit yang berhampiran dan terus membeli sebuah kereta kebal lalu menghambat mamat Yahudi tersebut sekeliling kampung..


Sebaik sahaja sampai di Simpang Renggam.. Hitler pun terus melepaskan peluru berpandu jarak jauh Rodong 3 yang beliau beli dari Korea Utara.. ini membuatkan mamat Yahudi serta roller coster yang mereka naiki terus terbabas ke dalam gaung apabila terkena dibedilan peluru berpandu tersebut.. dan mereka pun terbunuh serta merta..


Kerana takut ditangkap oleh Setanyahu al-Zionis Hampehi ketua geng Yahudi Zionis yang begitu eksyen dan berlagak ganas itu.. Hitler pun melarikan diri ke Pulau Lombok.. disana beliau dikatakan telah menukar nama kepada Wak Radin bagi menyukarkan dikesan oleh agen-agen Yahudi Zionis dan pak polisi... ini adalah kerana diberitakan beliau turut terjebak dalam sendiket perjudian laga ayam katik dan pertaruhan bola sepak haram disana..

Rabu, 2 Jun 2010

AWAS KAU YAHUDI ZIONIS..


ANKARA 1 Jun - Israel menghadapi gelombang kemarahan masyarakat dunia berikutan tindakan komandonya menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang aktivis pro-Palestin yang menyertai 'Flotila Pembebasan Gaza' terbunuh. - Utusan M'sia

Oiii Yahudi Zionis.. nampaknyer lu orang dah semakin melampau skarang ni.. berani lu lanyak geng Flotila Gaza sampai lunyai.. lu jangan ingat badan gua kecik.. gua takut sama lu… kalau lu orang berani jom la kita fight one by one.. two by two.. three by one... gua nak bagi tau sama lu.. gua klau satakat mee rebus tiga pinggan.. ayam goreng lima ketul memang gua tak lari beb.. gua tungguuuu..!!!


Selama ni gua tengok jer perangai lu orang.. gua sabar jer.. gua tengok dari sehari ke sehari lu orang dah makin naik lemak.. dah la lu rampas tanah dan rumah orang kampung.. lu usir diorang sehelai sepinggang.. sampai tv diorang pun lu kasi rembat.. orang kampung nak layan tv pun tak senang duduk.. takut lu serbu rumah diorang.. tapi bila diorang melawan lu panggil diorang pengganas laa.. terorris la.. Taliban laa.. dan macam-macam mak nenek lagi lu panggil diorang.. memang lu orang ni manusia paling hampeh mengalahkan cipan.


Tapi yang paling gua tak bleh terima bila lu orang tembak geng Flotila Gaza macam lu tembak tupai.. dah tu lu tuduh plak diorang ada bawak senjata sabit laa.. cangkul laa.. lastik laa dan macam macam lagi laa.. entah-entah lu sendiri letak atau lu punya ejen Mossad pun ada skali kat dalam kumpulan tu.. dan kemudian tuduh diorang ada senjata.. aii ini yang buat guanyer kolestrol naik mendadak ni.. kalau ikutkan hati mau jer gua kasi tumit lu orang punya kerongkong.. biar lu punya kerongkong beralih ke pinggang.. haa.. baru padan dengan muka lu orang.. 


Tapi gua tak ler sekejam Yahudi Zionis macam lu orang.. gua masih waras.. masih mampu menghafal sifir 2 dengan lancar dan jugak masih lagi mampu menyanyikan lagu pok amai-amai dengan gaya Elvis Presley.. walaupun gua tau suara gua tak sesedap suara Zaiton Sameon.. tapi guanyer piching masih mampu memanggil hujan turun agak lebat dibeberapa kawasan tanah tinggi di ikuti dengan ribut petir di lembah Kelang..


Gua pun tak nak cakap banyak.. gua memang tengah berangin dengan lu orang semua ni.. cuma gua nak bagi lu last warning.. kalau gua jumpa lu orang datang gua nyer kampung.. tau la aper yang gua nak buat kat lu orang.. memang gua tak bagi chan punya.. memang gua libas lu orang sorang 200 kali.. masa tu gua plak rampas tv lu orang.. padan dengan muka lu orang tak dapat tengok cerita Doremon..

Isnin, 31 Mei 2010

PING PONG YANG HAMPEH..


NAMPAKNYA cerita judi bola pun dah makin senyap.. orang ramai pun dah tak ambik port sangat dan gua pun dah malas nak ulas lagi tentang isu ni..  lagi pun Benson Tan dan pihak kerajaan dah masak dengan perangai rakyat 1M’sia ni.. biasa la orang M’sia.. dianyer  bising dan paneh sekejap jer.. tapi elok gak tu.. bukan apo nanti kalau bising-bising.. takut pihak kerajaan tetiba plak berubah fikiran tarik balik lesen judi bola halal tu langsung melopong tak dapat nak berjudi.. kan dah rugi..


Namun hari Sabtu lepas spy Penanggah telah di paksa untuk menyertai satu pertandingan judi halal bola ping pong 8 sebelah yang begitu berat sebelah di satu tempat yang dirahsiakan di area Bangi.. menurut pihak penganjur pertandingan tersebut iaitu Abang Dolah Karan.. pertandingan ping pong tersebut diadakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan sistem XCOPOT.. iaitu satu sistem judi terbaru yang di import dari Jamaica dalam pengiraan mata bola ping pong yang lebih mantap dalam menghadapi judi bola sepak halal Piala Dunia minggu depan.. 


Walaupun team kitorang telah dikelirukan oleh Nuek Haikal seorang broker judi bola haram dari Cheras berkenaan pertukaran tempat pertandingan disaat akhir.. namun diatas kecekapan John Kimbo seorang broker judi ayam katik dari kampung Sireh telah dapat menghidu niat serong Nek Haikal dengan lebih awal.. ini membuatkan Nuek Haikal bertambah geram diatas kegagalan beliau untuk mensabotaj pasukan kitorang.. lalu beliau pun melarikan diri ke JB untuk beristirehat kerana malu..


Perlawanan sengit yang berlangsung hingga ke petang tersebut nampaknya telah berjaya menghiburkan para tetamu dan setiap team yang bertanding.. malah stategi serta perancangan pasukan kitorang untuk dikalahkan dengan begitu mudah telah berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang bantahan..  sehingga berjaya mengelirukan pihak lawan dengan begitu cemerlang dan jitu sekali.. tanpa dapat dikesan oleh sistem XCOPOT.. 


Perkara ini turut diakui oleh Udin seorang broker judi suara burung terkukur separuh haram dari Jubakar Tumpat yang turut menyertai pertanding ping pong tersebut..  malah beliau yang turut bertaruh sebanyak RM25.70sen diatas kemenangan spy Penanggah begitu terkejut dan hampir tidak percaya di atas kekalahan mengejut spy Penanggah dengan Vell Pari seorang pemandu lari ayam dari Perak.. dalam satu perlawanan yang berlangsung dengan begitu ceria dan harmoni.. 


Udin yang ditemui ketika sedang bergayut diatas pokok di belakang dewan pertandingan turut melahirkan rasa kecewa diatas kekalahan pertaruhan beliau tersebut dan berjanji akan mencari Vell Pari hingga ke lubang cacing bagi membalas dendam dan menuntut bela diatas kekalahan spy Penanggah tanpa sebarang kompromi... malah beliau turut mengkarate beberapa ekor burung terkukur kesayang beliau sebagai tanda protes diatas kekalahan spy Penanggah tersebut..

Selasa, 25 Mei 2010

NAK BERJUDI... BAGI JER LAA..


KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group..  - Mingguan M’sia..


Alamakkk potong stim betul laa!!!! baru jer minggu lepas gua puji korang tinggi melangit sampai lubang hidung korang kembang dua inci.. tapi minggu ni dah jadi lain plak.. apa la korang ni suka buat keputusan flip flop.. sekejap nak bagi rakyat berjudi sekejap nak kaji.. skejap nak teliti.. apa korang ingat rakyat  1M'sia ni sengkek sangat ker takdo duit ko nak berjudi.... kalau korang nak tau.. walaupun gaji gua ciput tapi gua awal-awal lagi dah asingkan duit gaji gua bulan lepas untuk nak buat modal berjudi bulan depan.. mano la tau silap-silap haribulan gua bleh jadi jutawan.. haa!! maso tu Bensen Tan tak bleh la nak berlagak dengan gua lagi.. banyak cakap Berjoyo Group dengan dia-dia skali gua beli.. 


Gua pun tak paham.. apa hal la korang susah-susah nak kaji atau nak tengok dulu reaksi orang ramai tentang benda ni.. apsal masa bagi kelulusan lesen dulu korang tak nak kaji dan fikir masak-masak.. alaa gua tau la korang semua pun ado hati nak bejudi gak tapi segan nak bagi tau kat rakyat 1M’sia ni yang korang pun taik judi cam gua... alaaa apa laa yang korang takut sangat dengan parti pembangkang.. diorang protes atau bising bising-bising tu pasal diorang takdo duit nak berjudi.. takpo nanti korang buat la satu tabung atau skim pinjaman untuk kaki-kaki judi tegar sebagai satu kemudahan untuk rakyat yang tak da duit nak berjudi macam gua ni haa.. haa baru la gempak..


Tapi camno pun gua tak kisah laa ado ko tidak judi bola halal ni.. sebab guanyer member si Nuek Haikal seorang pakar bookie judi bola haram yang begitu ganas dan licik di sekitar Cheras yang turut dibantu oleh Mat Bro dari syarikat judi Teka Kacang Sdn.Bhd akan memberikan perkhidmatan 24 jam kepada gua serta penduduk sekitar yang ingin berjudi bola haram tanpa ragu-ragu dan was-was.. hadiah pun bleh kira lumayan gak..


Malah mereka berdua turut berharap agar pihak kerajaan dapat menarik balik lesen judi bola halal tersebut seberapa cepat yang boleh.. agar perniagaan judi  bola haram mereka dapat berkembang dengan lebih pesat dan seterusnya dapat melingkupkan syarikat judi Benson Tan dari Berjoyo Group.. pemilik kedai rangkaian judi Semput Toto tersebut dengan lebih cepat lagi.. 

Selasa, 18 Mei 2010

BERJUDI LA PLAK HAA...


KUALA LUMPUR  - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.. - Utusan M'sia

Cayaalahhh!!!.. mungkin belum terlambat lagi untuk gua ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan 1'Msia kerana begitu peka dan prihatin diatas desakan dan impian rakyat di negara ini untuk berjudi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia di Afrika bulan depan.. diatas keprihatinan tanpa pilih kasih itu juga pihak kerajaan dengan gembiranya telah menubuhkan satu badan bertindak  bagi meluluskan lesen judi bola kepada Benson Tan dari syarikat Berjoyo Group bagi merialisasikan impian rakyat 1M'sia untuk berjudi secara halal dengan lebih tenang dan gembira..

Keprihatinan pihak kerajaan 1Msia terhadap rakyat di akar umbi untuk berjudi juga semakin terserlah kerana diberitakan mereka turut meluluskan acara judi bola pingpong.. bola ragbi serta bola tenis bagi memudahkan rakyat 1Msia untuk berjudi dengan lebih meriah tanpa ragu-ragu dan dijamin halal.. dan jika tiada halangan dan bantahan dari parti pembangkang mungkin judi bola takraw akan turut tersenarai didalam pesta judi Piala Dunia yang hanya berlangsung tidak lama lagi itu..

Seorang kaki judi tegar yang tidak ingin dikenali berasal dari Sungkai yang sempat ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang asyik menyabung ayam katik menyatakan beliau begitu terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan 1M'sia diatas kelulusan judi bola tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat memasukkan acara laga ayam katik kedalam senarai judi halal tersebut bagi memudahkan beliau bersama penduduk kampung untuk berjudi dengan lebih ganas tanpa gangguan pak polisi.. 

Spy Penanggah turut berjaya menemubual seorang bookie judi bola haram yang begitu berjaya disaat ini iaitu Nuek Haikal (psstt.. bukan nama sebenar..) bagi mendapatkan pandangan beliau diatas kelulusan judi bola sepak halal tersebut.. menurut Nuek Haikal.. beliau tidak terasa tercabar diatas kewujudan judi bola halal tersebut dan menganggap itu adalah satu persaingan sihat dalam dunia perjudian.. 

Malah beliau awal-awal lagi telah mengatur satu strategi yang agak gempak bagi menghadapi persaingan dengan judi bola halal tersebut iaitu dengan mengadakan satu judi haram yang lebih mencabar dengan mengadakan peraduan teka kacang dalam botol.. teka umur kambing gurun.. teka berat pengadil dan teka sapa yang kena kad merah pertama dengan hadiah yang begitu lumayan..  iaitu enam ekor tapir jantan.. menurut Nuek Haikal lagi beliau sekarang ini sedang berusaha dengan gigih untuk mencapai tahap ISO40000 bagi memudahkan beliau memohon lesen halal...