Khamis, 30 Januari 2014

UNTUNG LER ORANG KAJANG..


Gua pun tak paham.. hujan tidak ribut pun tidak.. tetiba je kita dikejutkan dengan berita bahawa akan adanya satu pesta bunga api bagi menyambut pilihanraya kecil di Kajang beberapo minggu lagi... dan gua pun tak kisah siapakah calon yang bertanding serta parti mana yang akan menang atau tersungkur semasa pilihanraya itu nanti… lagi pun gua dah naik meluat dengan suhu politik negara kita sekarang ni.. ramai sangat yang kaki pelingkup..

Yang pastinyer dalam seminggu dua ni akan bermula ler kempen-kempen tahap sengal dengan mengitar semula isu-isu lama yang diberi nafas baru.. akan keluar ler kisah jam omega.. video seks... china doll.. cincin.. jet peribadi dan si altantuya serta segala tok nenek cerita-cerita yang tak terjangkau dek akal.. dan jugak tak ketingalan munculnyer pemimpin politik cap ayam dari celah belukar yang cuba menonjolkan diri sebagai nasik tambah..

Cuma yang menariknya pilihanraya kecil ni ialah orang Kajang pasti akan tertunggu-tunggu.. projek mega apakah yang akan dihadiahkan oleh Abang Jib sewaktu berkempen disana nanti.. adakah mendapat projek makan satay beramai-ramai.. atau hanya setakat mendapat lidi satay sorang sekotak..

Terus terang gua cakap.. gua ni bukan ler peminat politik tahap tegar.. lagi pun sebelum ni gua tak mengundi pun.. rasanya gua lebih selesa menjadi pemerhati bebas.. kira macam penyokong PAP le..(Parti Atas Pagar).. bagi gua memerhatikan gelagat pemimpin politik serta lawak slapstik dari para pengampu diorang dari luar lebih menghiburkan hati..

Tapi bila ada yang mengatakan gua ni lalang le.. komunis ler.. manusia yang takda semangat patriotik ler.. dan bermacam-macam lagi tuduhan.. maka dengan muka selamba gua pun balik le ke kampung untuk mengundi pada PRU13 lepas... dan berdasarkan pemerhatian gua terhadap calon-calon yang ado.. maka dengan bangganya gua pun pangkah ler calon pilihan Abang Jib tanpa was-was..

Dan gua ingatkan bila Abang Jib dah menang dengan bergaya.. maka ada ler imbuhan terbaik untuk gua sebagai balasan... tapi hadoooo... gua tak harapkan pun duit Abang Jib yang bertimbun tu.. kawasan balak berekar-ekar.. lombong pasir atau permit lori berpuluh-puluh... yang gua harapkan ialah dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.. itu jer.. korang tau jer ler bagaimana peritnyer hidup kat KL ni dengan gaji yang begitu ciput..

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... jangankan dapat kawasan balak atau lombong pasir berekar-ekar.. dan disebabkan sikap gua yang beria-ia nak tunjuk baik dengan memenangkan calon pilihan Abang Jib.. akhirnya gua dihukum... tak pepasal gua yang mendapat bala dan terpaksa menanggung azab diatas kenaikan kos sara hidup yang tetiba dinaikan secara mendadak oleh Abang Jib and The Gang.. tak ker naya... cuma yang gua terpikir ialah bagaimana agaknya perasaan mamat yang beria-ia mengatakan gua tak patriotik tu sanggup ditipu sedemikian rupa.. chehhh!!

Khamis, 16 Januari 2014

PASAL KANGKUNG PUN MAU GADUH KER..


Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.


Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini. Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.. - TheM'sianInsider


Hooreyy!! Siapa yang tak rasa gembira bila mendengar kangkung dah turun harga.. dari 30 hinggit sekilo kini hanya 60 sen seraga.. begitu murah jika dibandingkan dengan harga sekilo pucuk pegaga..

Dan siapa yang tak rasa bangga bila melihatkan Pak-Pak Menteri yang ada tak berputus asa berfikir dan berusaha.. bersengkang mata hingga tidur pun tak tentu masa.. semata-mata nak memikirkan bagaimana nak menurunkan harga kangkung yang dah naik harga hingga tak terkata.. sehingga meresahkan jiwa rakyat jelata..

Gua tau ramai diantara kita yang suka sayur kangkung.. dan tak kisah harganya turun atau naik melambung.. sebenarnyer kangkung ni baik untuk kesihatan kerana dalamnya ada vitamin A yang terkandung.. tapi tak bleh ler dimakan hari-hari kerana silap haribulan badan yang gempal pun bolah jadi cengkung..

Begitu ler kisah kangkung.. yang dulu orang langsung tak pandang walau sebelah mata.. kerana hidupnya meliar dan melata.. sekarang ni tetiba begitu popular dan menjadi bahan berita serta lawak jenaka.. angkara kenyataan Pak Menteri yang di luar jangka..

Khamis, 2 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU..


Selamat Tahun Baru gua ucapkan pada para pembaca blog Penanggah yang entah apo-apo ni.. yang tak jemu-jemu membelek blog gua ni dari dulu hingga ler kini.. tak kira ler dimana saja korang berada.. baik di N9.. Selangor mahupun Perlis.. termasuk jugak yang tersesat sampai ke Paris.. terima kasih.. walau kena berebut tapi tak perlu nak berbaris.. ribuan maaf jika ado yang terguris.. tau jer ler kekadang tu gua pun tak tau apo yang tua tulis.. hanya sekadar luahan hati serta pemerhatian gua tanpa sempadan dan garis..

Cuma gua harap Tahun 2014 ni dapat memberi kita sedikit sinar baru.. tidak seperti Tahun 2013 yang lalu.. banyak sangat benda pelik-pelik datang bertalu.. hingga kita tengok pun naik berbulu .. mungkin ini disebabkan susana politik negara kita yang sentiasa memanas.. itu yang membuatkan rakyat jadi semakin ganas.. kena plak sekarang ni keadaan ekonomi yang semakin menghimpit.. kepalo otak memasing pun terus ler jadi sempit.. lain la Pak Menteri atau orang-orang kaya perkara tu tak menjadi hal kerana duit diorang pun dah berkampit-kampit..

Bagi diorang masalah kos kehidupan yang naik melambung langsung tidak menjadi kudis.. malah dengan rasa bangga ke hulu-ke hilir melihat penderitaan rakyat dengan kereta baru jenama Mercedes.. malah ada Pak Menteri yang senyap-senyap membawa anak bini bercuti dan berbelanja keluar negara.. kononnyer untuk menenangkan jiwa yang sengsara.. akibat tertekan dengan beban kerja yang tiada tara.. sambil meninggalkan rakyat terguling-guling menahan sengsara..