Rabu, 22 Mei 2013

MASIH LAGI TENTANG JENAYAH...

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu. Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya. Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing. - M'siaKini


Kali ni pun gua masih lagi ingin menyentuh tentang masalah jenayah yang semakin rancak menunjukkan taringnyer di depan kita.. berlaku hampir setiap saat dan ketika.. tanpa mengenal tempat baik di kampung mahupun di kota.. dari jenayah kecil-kecilan hingga ler yang membabitkan kehilangan nyawa.. harta serta wang berjuta.. rasanya kalau di bongkar seminggu pun tak habis cerita.. dan membuatkan kita semua tak boleh lelapkan mata walaupun seketika.. kerana asyik memikirkan siapa agaknya lepas ni yang bakal menjadi mangsa dan bahan berita..

Cuba bayangkan.. sedangkan rumah kerabat pak polisi dan pak menteri pun jadi mangsa perompak dan pencuri.. apatah lagi rumah kita rakyat biasa yang tak mampu nak mengupah pengawal serta sekuriti yang boleh menjaga tidor kita sekeluarga hingga ke pagi.. dan apa yang mampu dibuat oleh rakyat jelata seperti kita hanyalah setakat berdoa dalam hati.. semoga penyamun.. penipu dan pencuri tertidur hingga tak sedar diri atau mati dilanggar lori.. err!! penjenayah warga asing pun sama jugak tak terkecuali..

Cuma gua harapkan pak menteri kita yang baru saja berkuasa supaya dapat menunjukkan kehandalannyer di dunia nyata.. dengan membuka mata.. melihat nasib rakyat jelata yang semakin tidak selesa dan sentiasa berasa curiga akan keselamatan diri serta keluarga tercinta.. yang sekarang ni sentiasa terdedah dengan segala malapetaka yang datangnya tanpa diduga.. ini membuatkan ketakutan yang melanda menjadi sahabat setia..

Dan jugak gua harap pak menteri baru kita ni bukan ler menteri yang hanya pandai berkata-kata.. yang berdegar-degar mengatur bicara sedangkan tindakannya hanya terlihat auta.... tapi kami mahu menteri yang tegas hati.. mampu menjerkah si penjenayah sampai terkancing gigi supaya jangan sekali-kali cuba bermain api.. atau membuat onar di sana-sini jika mau hidup lebih lama lagi.. kalau tidak kami semua pak-pak polisi akan datang mencari dan melanyak korang sampai tertanggal gigi dan gusi.. haa!! silap-silap haribulan boleh lupa nama sendiri bila kena tapak tangan kami yang sebelah kiri..

Gua mintak-mintak jugak la agar pak menteri baru kita ni dapat mengambil langkah segera.. mencegah segala jenayah yang sekarang ni semakin membara.. dan bertindak sebelum keadaan menjadi bertambah huru-hara.. takut nanti rakyat akan hilang pertimbangan diri lalu membuat undang-undang sendiri-sendiri.. bila melihat pak polisi dan menteri sudah tak fungsi serta tak mampu nak menjaga negara ini.. dan hanya tau menuding jari bila berlaku sesuatu tragedi..

Selasa, 14 Mei 2013

JENAYAH MAKIN MENJADI-JADI.. ADOI!! NGERINYER..

JOHOR BAHRU 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika berjalan kaki di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato' Suleiman, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan di bahu selepas ditembak dari jarak kira-kira 20 meter... - UtusanM'sia 

CHERAS - Dua  lelaki  mengalami kecederaan  parah setelah ditembak ahli kumpulan samseng dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu  yang dipercayai  berlaku  apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun berkenaan menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.. - SinarHarian

HULU LANGAT 13 Mei - Dua pelanggan sebuah kedai runcit cedera parah akibat ditembak sekumpulan tiga lelaki yang datang menyamun premis itu di Bukit Angkat, Kajang di sini semalam. Dalam kejadian itu, tiga suspek yang berusia lingkungan 20-an datang ke kedai runcit yang dimiliki seorang warga asing berusia 40 tahun dan berpura-pura untuk membeli air minuman..... .- UtusanM'sia


BATU KAWAN 13 Mei - Kira-kira 24 jam selepas seorang pembantu kedai barang lusuh maut ditembak di Lunas kelmarin, dua lagi lelaki menerima nasib sama selepas ditembak dua suspek di Bukit Tambun di sini malam tadi. Kejadian itu merupakan kali keenam insiden tembakan dalam tempoh seminggu berlaku di seluruh negara mengakibatkan enam maut.
 

Dalam kejadian terbaharu itu, kedua-dua mangsa mati akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki mereka berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Tambun. Dua lagi penumpang kenderaan itu turut parah terkena tembakan.. - UtusanM'sia

Adoii!!.. Apa nak jadi dengan negaraku ni.... jenayah seperti pembunuhan dan tembak-menembak makin menjadi-jadi.. malah boleh dikata berlaku hampir setiap hari.. tak kira siang.. malam atau pun pagi... dan bukan hanya stakat di bandar jer malah  di kampung pun tak terkecuali.... seperti nyawa tu dah tak bernilai lagi.. bila masing-masing cuba nak tunjuk handal dengan menggubal undang-undang sendiri.. itu yang buatkan gua tertanya-tanya dimanakah perginyer pak polisi.. adakah tertalu sebok mengiringi para VVIP ataupun sebok melayan kerenah orang-orang poltik yang tak habis-habis lagi bermimpi dan bergusti..

Dan gua tertanya-tanya lagi.. mengapa jenayah ini berlaku di negara kita yang tercinta ini.. nampak seperti tiada tanda akan surut malah KPInyer juga semakin melonjak tinggi.. gua pun tak tau mengapa begitu mudah sekali diorang mendapat senjata api.. adakah diorang beli.. seludup ataupun dibuat sendiri.. mana la tau mungkin dari besi-besi terpakai ataupun besi paip yang dicuri.. bukan ker kat negara kita ni ramai pakar-pakar yang ambik kursus mengoperate sendiri-sendiri.. hinggakan motor kapcai 70cc pun boleh berdesup mengalahkan ferrari.. 

Kes jenayah yang meningkat di negara kita sekarang ini membuat semua orang terasa ngeri.. sampaikan nak kesana-sini pun mintak ditemani walaupun dalam rumah sendiri.. cuma gua takut lama kelamaan nanti orang dah tak ambik port sebab tak tau nak mengadu kat sapa lagi.. masing-masing jadi meluat dengan pak-pak menteri yang langsung tak berfungsi... hanya tau berlagak depan TV dan bercerita tentang seribu satu macam teori... sedangkan kisah jenayah hanya sekadar menjadi santapan berita sensasi di akhbar dan TV.. atau hanya sekadar bualan kosong di kedai-kedai kopi...

"Alaa!! apo susah-susah korang anggap je la ini semua takdir Illahi yang menunjukan dunia kita sekarang ni dah hampir mati.."...

Rabu, 8 Mei 2013

SORRY.. GUA BUKAN RASIS..

SEREMBAN 7 Mei - Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menyaksikan kaum Cina memihak kepada pembangkang memperlihatkan sikap sebenar kaum itu yang melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela mereka.

Setiausaha Agung Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Mohd. Arafat Muhammad berkata, masyarakat Cina juga seolah-olah melupakan usaha keras kerajaan terhadap mereka sejak 2008 meskipun ketika itu BN turut ditolak pengundi Cina.


"BN sudah melakukan yang terbaik kepada masyarakat Cina. Tetapi adalah malang usaha yang dilakukan itu bagaikan tidak diendahkan mereka.


"Dalam hal ini siapa yang rasis dan tidak mengenang budi?," katanya ketika dihubungi... – UtusanM’sia


Tahniah la gua ucapkan kepada semuo calon-calon yang menang dalam  PRU ke-13 yang lepas..  tak kira ler dari Barisan Nasional.. Pakatan Rakyat mahupun Bebas.. sama ada menang bergaya ataupun menang yang hampir terbabas.. yang mana jumlah undinyer membuat si calon bleh sesak nafas..  tapi bilo dah monang tu buat ler yang terbaik dan jangan plak lupo diri.. berlagak sombong macam la dunia ni korang yang punya sindiri.. dan kalau macam tu la punya perangai... memang itu la sekali korang dapek jadi YB sepenggal.. pilihanraya lopeh ni boleh la orang melingkup termasuk sekali dengan penasihat korang yang bingai..

Dan mano yang kalah tu gua harap korang bersabar dan cuba la di lain kali... mungkin kali ni korang takdo rezeki.. mano tau pilihanraya lepas ni korang monang dan dilantik jadi pak menteri.. sambil tu cuba la muhasabah diri sambil mencarik punca kekalahan yang menghantui.. adakah kekalahan tu berpunca dari perangai pihak musuh yang main jahat.. atau member sendiri yang bikin khianat ataupun diri sendiri tu yang orang dah tak minat..

Cuma yang mengarutnyer sekarang ni ialah ada puak-puak yang rasa tak puashati dengan SPR serta pengundi diorang yang dah cabut lari.. beralih arah ke puak yang satu lagi.. walau semua benda dah diberi dan setiap janji pun dah di tepati.. namun itu semua masih belum cukup untuk memuaskan hati.. dan apa lagi puak ni pun terus ler mengungkit kembali segala jasa yang beri.. agar si pengundi yang dah termakan budi supaya sedar diri..

Yang tak bagusnyer puak-puak ni sanggup memainkan isu perkauman semata-mata untuk melepaskam geram.. marahnyer seperti menyapu luka dengan garam.. sanggup mengutuk dan marahkan cina kerana tak undi diorang.. tanpa melihat inilah takdir Tuhan.. "Bukan apo spy Penanggah.. pasal undi diorang la kuasa kami jadi kurang dan masa depan politik kami bertambah kelam dan suram.. diorang lupa sebab kami ler yang buat diorang semua jadi jutawan"..

Bagi gua puak-puak yang tak puashati ni cuba ler tenangkan diri.. jangan suka menuding jari menyalahkan orang itu dan ini.. tanpa melihat kelemahan diri sendiri.. macam la esok dah takda lagi.. tapi bila ditanya apsal buat macam ni... seperti biaso la jawapannyer.. "Alaaa diorang pun buat macam kami.. malah lebih teruk lagi..".. cuba ler sesekali tanyakan diri tu sendiri mengapa agaknyer orang dah benci.. dan apo yang kurang dengan wajahku yang hensem ini..

Mungkin ini balasan Tuhan tehadap sikap munafik pemimpin yang haprak.. yang selama ni bukan main lagi sanjung dan bodek orang cina bagai nak rak.. hingga semua projek bagi kat diorang termasuk hutan dan balak serta lombong emas dan perak.. kat kampung gua ada bukit yang dah hampir botak.. yang sedihnyer orang Melayu hanya dapat tengok dari jauh dan merasa debu dan kerak..

Dan sekarang ni baru padan muka bila orang cina senyap-senyap beralih tempat.. membuatkan segala ramalan pak profesor tentang majoriti 2/3 jadi tak tepat.. tapi korang jangan la nak hipokrit sangat marahkan cina bukan main hebat.. sedangkan duit cina si Mikel Cia RM40 juta tu bukan main sedap lagi korang sebat.. gua tengok pun terkulat-kulat.. kalau ler duit tu gua dapat bleh jugak gua pasang empat...

Tapi kalau korang semua kemaruk sangat nak bergaduh dan bersebat.. sanggup menyelesaikan masalah dengan kudrat... menganggap semua orang cina adalah musuh musibat..  itu gua tak dapek la nak cakap apo.. mungkin ini jalan terbaik lagi tepat yang korang boleh buat.. dan gua pun tak menafikan ada jugak orang cina yang biadap dan berakal singkat.. ini kerana rasis itu wujud dimana saja tanpa mengira negara.. bangsa dan tempat..

Tapi kat sini gua ingatkan korang jangan diseret nama Melayu dalam sengketa politik korang yang berkarat.. dengan mendabik dada bahawa inilah perjuangan seluruh rakyat.. korang tau tak orang Melayu pun banyak kojo lain yang nak dibuat dan ramai lagi yang hidup susah dan melarat.. dari pagi hingga petang bekerja dengan membanting tulang empat kerat.. sedangkan korang semua syok-syok duduk melepak kat hotel dan rumah rehat..

Jumaat, 3 Mei 2013

5 MEI.. MASA UNTUK BAYAR HUTANG....

BERA 1 Mei - Warga peneroka diseru memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei ini sebagai tanda membalas budi Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah banyak berjasa menubuhkan Felda sehingga berjaya mengangkat taraf ekonomi orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inilah masanya untuk warga Felda berbuat demikian kerana anakanda Tun Abdul Razak sendiri iaitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengetuai BN menghadapi pilihan raya buat kali pertama.... - UtusanM'sia


Korang percaya tak kalau gua katakan yang kita semua rakyat M’sia ni sebenarnyer sedang memikul hutang.. dan yang menariknyer semua hutang-piutang kita itu telah mula dikira sebaik saja kita dilahirkan ke dunia ni tanpa kita sedar.. dan untuk memiliki hutang-piutang tersebut kita tidak perlu bersusah payah beratur untuk mengisi borang atau menghadiri sebarang temuduga.. apatah lagi menghulurkan duit kopi kepada orang tengah.. segalanyer telah diuruskan secara automatik…

Mungkin korang tertanya-tanya.. “Aii bila masa plak yang kitorang ni berhutang.. tak pernah dengar pun.. kalau berhutang pun dengan siapa dan nak dibayar dengan apa.. adakah dengan duit.. dengan intan berlian.. dengan kayu api.. dengan rantai beskal.. dengan penampar atau dengan tapak kaki.. ahh!! blahh ler lu spy Penanggah.. kitorang tak percaya ler.. kalau stakat hutang rumah dengan hutang kereta tu biaso la.. jangankan kitorang.. Sultan Kiram pun berutang gak.. dengarnyer hutang pistol pun tak bayar lagi”..

Haa!! relaks dulu.. sabau!!.. maksud gua hutang tu bukan ler bermakna korang berhutang dengan si ceti haram.. ketua gangster Dolah Kapak ataupun dengan mana-mana bank termasuk ler dengan IMF.. tapi sebenarnyer kita semua ni berhutang dengan along politik atau nama glamornyer pemimpin politik.. dan hutang itu pun bukan ler berbentuk harta benda.. duit.. emas.. perak.. batu blok.. kayu api.. tong gas.. sport rim ataupun kuih apam.. tapi ia berbentuk hutang budi.. hutang yang tak perlu nak disimpan untuk dibawa mati.. ia hanya perlu dilunaskan setiap empat atau lima tahun sekali.. iaitu dengan memangkah parti-parti diorang ketika pilihanraya.. itu jer..

‘’Aiii.. pemimpin politik tu pun dikira along gak ker.. bukan ker menolong rakyat serta membangunkan negara ni adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah tak kira parti mana sekalipun.. takkan ler itu pun nak kira.. lagi pun diorang tu kan dah dibayar dengan gaji berpuluh ribu.. itu tak masuk lagi yang dikelepet sampai beratus juta… aiiii!! lu jangan bikin panas spy Penanggah.. kang ado yang masuk wad ICU kang”…

Yaa!!! memang betul.. takda sapa yang boleh menafikan bahawa menolong rakyat serta membangunkan negara adalah tangungjawab siapa yang memerintah.. tapi korang kena tau.. apa yang diorang buat tu bukannyer ikhlas pun.. semuanyer mengharapkan balasan.. ingat!!! tiada yang percuma dalam dunia ni.. dan itu lah yang diorang dok tuntut sekarang ni..

“Jadi selama ni.. dimana kami gunakan segala kemudahan seperti balairaya.. sekolah.. jalanraya.. sampan.. jetski.. jengkaut.. lori tangki.. masjid.. surau.. balai polis… balai bomba.. kelab dangdut.. disko.. hospital.. taman bunga.... longkang.. sistem AES serta kamera speed trap dan jugak bantuan seperti duit BRIM.. baja.. atap rumah.. air dan letrik percuma tu pun bukan free ler yer”..

Haa!!! akhirnyer paham pun korang.. itu ler sebabnyer bila time nak pilihanraya jer.. maka para pemimpin politik merangkap along ni akan mula mengingatkan kembali segala hutang piutang kita semua... dengan mengungkit-ungkitkan setiap jasa yang pernah diorang buat.. bukan stakat di suratkhabat.. TV atau di signbord kat tepi-tepi jalan.. malah ada yang sanggup buat lagu.. merayu-rayu mengingatkan kita bahawa sekarang ini ler masanyer yang tepat untuk membalas budi...

Dan untuk mendapatkan kembali hutang-piutang tersebut bagi menyelamatkan hayat politik diorang.. pemimpin politik ni sanggup melakukan apa saja.. sama ada merayu atau mengugut dengan menakut-nakutkan kita semua agar memilih syarikat diorang.. kalau tak akan berlaku ler pergaduhan kaum.. orang Melayu akan ditindas.. negara ni akan di jajah oleh Israel.. ultraman akan datang menyerang dan macam-macam lagi ler keluar cerita lawak yang tak tercapai dek akal..

“Spy Penanggah.. bagaimana kalau kali ni kitorang nak bayar hutang kitorang tu kat along politik yang lain plak.. iaitu kat syarikat yang lagi satu tu.. kami dengar syarikat tu ramai awek-awek cun..”..

Haa!! tak kisah ler.. yang penting korang pegi bayar hutang korang pada 5 Mei nanti dan pangkah mana syarikat yang korang suka.. yang boleh buat korang gembira dan tidor lena.. dan seterusnyer menerima segala keputusan dengan redha...

Tapi kalau korang nak melunaskan hutang korang kat syarikat lain.. yang korang pikir banyak berjasa dan mampu membuat negara ni menjadi lebih baik.. itu gua tak campur.. itu hak korang.. dan korang pun dah besar panjang dan dah bleh berpikir.. cuma diharap tidak tersalah pilih.. takut nanti pilih punya pilih dapek buku tebu.. hapah pun tak guno.. dan gua yang dah bertahun tak mengundi pun tengah pikir nak bayar kat syarikat mana kali ni.. chehhh!!