Isnin, 31 Disember 2012

MENANTI DEWA JANUS 2013 DI DATARAN..

KUALA LUMPUR, 30 Dis  - Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya esok dan bagi mengalu-alukan kedatangan tahun baharu 2013 seperti lazimnya pelbagai acara diatur di seluruh negara bagi memeriahkan sambutan mengira detik 12 tengah malam.

Bagi warga ibu kota, beberapa lokasi terpilih bakal menyaksikan kemeriahan sambutan ambang tahun baharu seperti pertunjukan bunga api, konsert dan persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain.

Dataran Merdeka pasti menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila sambutan ambang tahun baharu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)... - Bernama


Kepada para penganut atau penyokong fahaman liberal.. sementara korang menunggu detik Tahun Baru 2013 atau terpanculnyer dewa Janus (Dewa Januari) pada malam ni.. apakata korang berkumpul dulu petang ni kat Dataran Mardeka bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Krismas 1M'sia anjuran Kementerian Penerangan yang diketuai oleh Pak Rais.. korang jangan risau.. banyak makanan yang tengah menanti tu.. semua ada.. dari karipap pusing hingga ler ke air sirap....

Alaaa.. korang jangan plak berasa hati bila gua menggunakan perkaraan liberal atau mengecop korang sebagai penganut fahaman liberal..  memang pun.. hanya kepada yang berfahaman liberal jer yang beria-ia sanggup bersesak-sesak kat open house orang bukan Islam serta menyambut Tahun Baru Dewa Janus ni.. dan hanya penganut fahaman liberal jer yang lebih toleransi dengan penganut agama lain.. lebih-lebih lagi dalam menjayakan semangat 1M'sia ni.. walaupun kekadang tu nampak macam berlebih-lebih ler plak... (ada kita nampak pak-pak mufti kita berebut-rebut pegi open house orang bukan Islam.. adakah pak mufti kita tu kurang toleran dengan agama lain..)

Tengok ler.. kita jer sebok buat rumah terbuka diorang.. sedangkan orang kristian sendiri tidak mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada umat Islam.. ini kerana mengucapkan selamat Hari Raya Korban itu membuatkan diorang bertolak belakang dengan doktrin kristian... mereka menganggap bahwa putra Nabi Ibrahim a.s yang dikorbankan bukan Ismail.. tapi Ishaq...

Dan mungkin ada diantara korang tertanyo-tanyo siap dia gerangannyer Dewa Janus tu.. hensem sangat ker mamat tu.. sebenarnyer nak kata hensem tu tak la..  tapi menurut buku sejarah darjah enam epal.. kira termasuk dalam kategori boleh la tahan.. macho sikit jer dari muko babon.. stakat jadi model kicap dan ubat panau tu bleh la.. dan kalau nak berkenalan lebih lanjut lagi korang baco la kat bawah ni..

“The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year’s Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus , the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces – one looking forward and the other looking backward” (The World Book Encyclopedia, 1984, volume 14 hlm. 237).

(Penguasa Romawi Julius Caesar menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru semenjak abad ke-46 SM. Orang Romawi mempersembahkan hari ini (1 Januari) kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan (waktu). Bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, yaitu dewa yang memiliki dua wajah – sebuah wajahnya menghadap ke (masa) depan dan sebuahnya lagi menghadap ke (masa) lalu).


Dalam mitologi Romawi, Dewa Janus adalah sembahan kaum Pagan Romawi. Bulan Januari (bulannya dewa Janus) ditetapkan setelah Disember kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, aitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka saat musim dingin. Pertengahan Winter Soltice jatuh pada tanggal 25 Desember, dan inilah salah satu dari banyaknya pengaruh Pagan pada tradisi Kristen. - voa-islam.com


Ala bukan korang jer.. gua sebelum ni pun ada gak menyibuk kat Dataran tu.. tapi bukannyer beria-ia sangat nak mengambut Tahun Baru pun.. tapi lebih kepada nak mengusya awek jer.. cuma tahun-tahun kebelakangan ni jer gua dah malas nak menyibuk.. bukan apo.. badan ado letih tapi hasil satu habuk pun tarak.. hampehnyer Janus..

Jumaat, 21 Disember 2012

NAK SANGAT PERPERANG.. SILAKAN..

SINTOK,  20 Dis – Penyebaran berita palsu mengenai rusuhan kaum di Sungai Petani baru-baru ini boleh mengundang ancaman kepada negara jika tidak dibendung, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata perbuatan menyebarkan berita palsu seumpama itu melalui laman sosial menyebabkan rakyat merasa takut dan bimbang.

Kejadian sebenar adalah kes pergaduhan yang telah dibesar-besarkan, katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 4,000 penjawat awam Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.


“Apabila ada insiden berlaku diterjemahkan seolah-olah ada pertembungan adalah amat tidak bertanggungjawab,” katanya.


Baru-baru ini tersebar berita mengenai rusuhan kaum dalam laman-laman sosial sehingga menimbulkan keresahan awam dan polis turut menafikan berita palsu itu..... - TheM'sianInsider


Amat malang dan menyedihkan.. setelah selama 55 tahun kita berkumpul dan terjerit-jerit sampai kluar anak tekak merdeka!!.. merdeka!!.. merdeka!!!.. pada setiap malam 31 Ogos di Dataran Merdeka.. rupanyer masih ada lagi sekerat dua manusia bengap yang tak merdeka… yang masih lagi hidup dalam dunia prasangka.. yang sentiasa dibayangi oleh kisah-kisah silam.. sehingga menjadikan tragedi 31 Mei tu sebagai satu beban yang harus dipikul dari jenerasi ke jenerasi..

Memang betul kita pun tak boleh nak menafi dan melupakan sejarah.. tapi jangan ler jadikan kisah kelam tu sebagai satu kongkongan untuk kita sama-sama bangun bagi menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik.. sepatutnyer kita jadikan sejarah tu sebagai satu pedoman atau penunjuk jalan supaya ianyer tak berulang.. dan bukannyer buat keja bangang mengapi-apikan orang ramai dengan isu perkauman yang sempit..

Tapi kalau korang dah beria-ia sangat nak berperang.. berasa diri tu dah handal sangat.. ada ilmu kebal.. ilmu silat.. kung fu mahupun silambam tahap tinggi mengalahkan Naruto Sipunden.. serta boleh menahan parang.. kayu dan bom... haaa itu tak dapek la gua nak cakap apo.. sila la ke dopan.. mana ler tau perjuangan jihad korang mempertahankan kesucian mat-mat rempit yang kalah berlumba tu akan diberkati Tuhan...

Tapi kalau stakat nak buat kecoh.. berani pun kerana ramai.. dan baru kena hambat sikit dengan bom asap FRU korang dah lari tak cukup tanah.. baik tak payah.. korang simpan jer ler korang punya silat.. kung fu ataupun silambam korang tu dalam almari..  bukan apo.. gua rasa bukan gua sorang jer tengok menyampah.. orang lain yang tengok pun sama tumpang sekaki sakit jiwo..

Rabu, 19 Disember 2012

AES.. MENGIAKAN KATA-KATA TOK DET..

Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya. - M'siaKini


Ni masalahnyer bila terlalu ramai sangat yang jadi tukang angguk macam burung belatuk dalam kabinet Abang Jib sekarang ni.. yang hanya tau mengiakan segala tok nenek projek tanpa mampu nak berpikir akan masalah yang bakal diterima pada kemudian hari.. selain dari team pembangkang.. yang gua perasan hanya pakcik Bong Mokhtar dan Khiry and The Gang jer yang mintak sistem AES ni dikaji semula... yang lain hadooo!! mungkin diorang takut kut.. nanti kalau dibangkang tak tersenarai plak nama dalam PRU nanti..

Kalau kita perasan.. sebenarnyer pemikir-pemikir ulung serta kaki-kaki bodek ni jugak dulu yang berapi-rapi memperjuangkan beberapa projek bangang oleh kerajaan yang akhirnyer bermasalah.. seperti projek lembu fidlot.. kotak hitam kat bas ekspres dan penggabungan Mas dan AirAsia.. yang akhirnyer jelas gagal tapi memberi keuntungan besar pada si tokey projek.. dan sekarang ni sistem AES plak yang bikin masalah... nak gak gua tengok reaksi diorang..

Cuma yang bikin gua kompius ialah dimanakah peginyer para pemikir ulung serta pak-pak menteri kita yang bijak pandai tu semasa nak meluluskan projek AES ni dulu.. mengapa tak dirujuk kepada peguam negara terlebih dahulu.. mana ler tau kalau ada undang-undang yang bercanggah dengan akta majilis perbandaran ker ataupun mungkin ada pihak yang tak puas hati ker.. bila Pak Polisi dan Pak JPJ berebut-rebut pelanggan dalam saman-menyaman nanti.. tapi tak tau ler gua kalau pak menteri kita ni awal-awal lagi dah berpakat nak buat untung semaksima yang boleh dengan si tokey AES tu..

Tapi dalam pada tu korang jangan happy sangat.. sebab penggantungan saman AES tu hanya sementara jer.. dan pemikir ulung tu pun tengah memerah kepalo otak bagi mencarik jalan macamana nak dapatkan jugak duit saman korang yang tiga ratus tu.. sampaikan sanggup tak tidor malam semata-mata nak mengkaji setiap undang-undang dan akta ada.. carik kat mana yang boleh diorang masuk bagi menghalalkan setiap tindakan diorang nanti.. korang ingat senang-senang ker diorang nak lepaskan korang.. duit tuuu!!

Tapi camno pun gua memang harap agar saman AES ni dibatakan terus.. tak payah ler nak gantung-gantung sangat.. buang maso jer.. dan mana yang dah bayar dulu tu kira anggap ler duit tu korang sedekah kat kerajaan.. buat pusingan modal BRIM.. alaa nanti korang dapat gak balik duit tu.. cuma yang buatkan kepalo otak gua jadi poning ialah bila menengokkan gelagak pak menteri serta pemikir-pemikir ulung yang ado dalam kabinet Abang Jib sekarang ni.. banyak yang tak bleh pakai.. dan bila dipikirkan balik apa yang pernah dikatakan oleh Tok Det dulu tu ado gak betulnyer..

MELAKA, 28 Mac - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global.... – Bernama

Khamis, 6 Disember 2012

PAK POLISI.. MENTERI DAN GANGSTER..

Kali ni gua ingin menampilkan sebuah drama bercorak kepolisian terhebat yang dikira bakal memecahkan semua panggung di negara kita tahun ni.. kisahnya ialah mengenai bagaimana Inspektor Musa.. seorang pak polisi yang telah pencen berasa tak puashati serta kecewa dengan tindakan poyo sorang pak menteri bernama Isham yang suka sangat menyebokkan diri di balai polis di tempat beliau bertugas dulu.... bukan tu jer pak menteri ni jugak turut mengganggu tugas-tugas serta siasatan beliau.. sampaikan nak pegi siasat kambing hilang pun dia nak join gak...

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.. - M'siaKini


Tapi dalam pada tu.. tetiba muncul plak sorang lagi pak polisi yang dikenali sebagai Sarjan Ramli.. Sarjan Ramli ni plak tak puashati dengan Inspektor Musa.. kerana beliau mendakwa Inspektor Musa ni pernah berpakat dengan si Ghani.. sorang peguam yang kekwat lagi tak bleh pakai untuk menjatuhkan nama baik beliau sebagai pak polisi yang baik hati serta berhemah tinggi...

"Ahhh sudah ler Musa.. lu pun samo dua kali limo.. dulu lu dengan si peguam Ghani tu ler yang berpakat cover line si Cheng Poh.. dah tu ajak plak ketua mafia Tapai Pulut tu mengenakan gua...eee geramnyer gua.." ujar Sarjan Ramli separuh geram sambil mengunyah sekeping karipap dengan rakus..

KUALA LUMPUR  – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006. Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.... - The Malaysian Insider


Mendengar tuduhan melulu Sarjan Ramli yang berapi-rapi tu membuatkan Inspektor Musa tak senang duduk.... maka terpaksa ler beliau membuat sidang media bagi menafikan tuduhan tersebut..

"Mano ado Ramli.. gua orang baik ler.. tak cayo lu bleh tanyo jiran gua si Leman tu.. dan kalau lu masih lagi tak percayo lu bleh panggil si James Bond datang siasat gua... gua rela.."

KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan mempertahankan beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.


“Saya tidak ada lakukan kesalahan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, “Kalau ada salah, biar SPRM siasat.…  - The Malaysian Insider


Dan bila drama dah semakin merapu dan memanas.. tetiba muncul plak sorang kaki bodek si Uncle Rais dari celah semak.. yang juga merangkap sorang pelakon nasik tambah cuba nak jadi hero dengan turut sama masuk campur bagi mempertahankan member beliau si Isham.. tapi pak menteri Isham dan si peguam Ghani releks jer tak kata apa pun.. 

"Isham tu orang baik.. gua yakin member gua tu takan buat kerja gila macam tu.. lagi pun banyak lagi keja lain yang dia nak buat.. nak menebas ler.. nak berjoging ler.. sebenarnyer Inspektor Musa tu yang tak reti undang-undang.. camno dia bleh jadi polis pun gua tak tau la.. ni mesti pakai orang dalam.. kalau cam ni baik suruh jer member gua si Isham tu jadi polis.. lagi bagus.." ujar si Uncle Rais bersungguh-sungguh..


KUALA LUMPUR -  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyelar pihak yang mempertikaikan dan mengkritik tugas serta tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seseorang menteri.

Beliau memberi contoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang baru-baru ini didakwa mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sedangkan Hishammuddin hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kata Rais, mereka yang membuat kritikan itu sebenarnya tidak arif dalam perihal undang-undang dan seharusnya menginsafi perbuatan itu.


"Berasaskan undang-undang negara, saya berpendapat Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab di bawah Akta Polis. Beliau adalah peneraju utama keselamatan di dalam negara dan beliau juga bertanggungjawab kepada PDRM. – SinarHarian


Tetiba gua jadi pening memikirkan mana satu ler yang betul dan dipihak yang benar.. masing-masing semua ada hujah.. tapi camno pun kenyataan serta dakwaan Inspektor Musa ini memang patut diberi perhatian.. sebenarnyer bukan beliau jer yang tidak suka dunia kepolisian di negara kita ni di perkotak-katikkan oleh orang politik .. gua rasa majoriti rakyat negara ni pun sama gak rasa begitu.. kalau nak sangat jadi pak polisi baik berenti jadi pak menteri.. ramai lagi kat luar sana yang bleh ganti...

KUALA LUMPUR -  Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang... tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik... - SinarHarian


Gua ingatkan dalam politik jer ada team.. rupa-rupannyer dalam balai polis  pun wujud gak team-team.. mungkin dakwaan si Sarjan Ramli tentang Inspektor Musa tu ada gak benarnyer.. dan dakwaan si Inspektor Musa tentang perangai hamlau pak menteri tu pun mungkin ada betulnyer.. mungkin mereka berdua ni pun ada buat silap.. tapi dalam isu ni gua lebih pecaya akan kenyataan dari sorang pak polisi berbanding dari kenyataan orang politik.. dan lebih yakin akan integriti sorang pak polisi dari integriti orang politik…

Cuma yang tak bestnyer ialah bila pak polisi dan pak menteri bergaduh.. yang untung dan bertepuk tangan dah tentu ler si penyamun.. lebih-lebih lagi si Cheng Poh ketua mafia Tapai Pulut.. yang korang dok sebok banting sana.. banting sini.. dia kat rumah syok-syok melepak tengok TV sambil kira duit..

Rabu, 5 Disember 2012

LEPAS SI GARUDA... SI GAJAH PLAK...

Tahniah.. tahniah.. tahniah.. akhirnyer Harimau berjaya jugak menunjukkan taringnyer dengan melanyak si Garuda 2-0 untuk masuk ke sepatuh akhir Piala Suzuki 2012 dengan menentang si Gajah Putih pada minggu ni.. nampaknyer Harimau telah bangkit walaupun bermula dengan agak layu hingga berjaya dibelasah oleh si Singa dengan begitu cemerlang sekali pada perlawan pertama.. dan kalau ditengok permainan diorang yang kelam-kabut tanpa arah tujuan masa tu memang patut pun kena belasah sampai 3-0.. tu pun kira nasib baik tak kena sampai 10-0 kalau tak Pak Cik Raja bleh la bersiap-siap berkemas balik kampung…

Dan semasa perlawanan menentang Si Garuda malam minggu lalu.. gua adalah antara 75 ribu penonton yang berada di stadium Bukit Jalil malam tu bagi memberi sokongan padu kepada si Rimau.. dan gua tengok penyokong Garuda pun bleh tahan gak ramai.. agak-agak gua lebih la dari 10 ribu orang.. yang penting awek-awek Garuda yang datang bagi memeriahkan lagi majlis malam tu pun bleh tahan gak ramai..

Walupun begitu.. gua tengok takda la kejadian buruk yang berlaku.. cuma yang gua dapat tau hanya pada petang tu jer ada berlaku pergaduhan.. katanyer berpunca disebabkan berlaga bahu jer.. adoii!!.. memang sengal ler kalau stakat berlaga bahu pun nak bergaduh.. dah tentu ler kat situ orang punya ler ramai.. sampaikan nak berjalan dan menyelit kat celah-celah orang ramai pun terpaksa mengecikkan badan.. kalau ler stakat berlaga bahu pun nak bergaduh.. gua rasa gua pun tak larat nak bergaduh bila ramai sangat awek-awek cun Garuda yang berlaga bahu dengan gua..

Tapi yang bestnyer dalam suasana panas tu ada plak sorang mamat Malaysia ni yang handal bawak awek penyokong Garuda datang ke stadium.. dah tu duduk plak kat tempat penyokong Harimau… duduk betul-betul selang tiga barisan depan gua.. gua dah agak dah ni mesti awek Indon sebab ada nama Susi kat jersi minah tu.. orang kita mana ada nama Susi.. stakat Suzi tu ada la.. mulanyer mungkin orang tak perasan.. ingatkan minah tu pakai jersi Portugal kerana warnanyer lebih kurang sama jer dengan warna jersi Garuda..

Tapi bila awek tu bangun nak merehatkan diri pada separuh masa pertama baru ler orang ramai perasan.. apa lagi riuh-rendah ler area gua tu dengan suara-suara nasi tambah bersorak sakan kat awek Garuda yang gua kira termasuk dalam kategori manis gak ler.. cuma body jer agak mantap skit.. kesian pun ada gua tengok awek tu menahan malu.. dan si mamat balak si minah tu gua tengok hanya mampu tersengeh-sengeh sambil mengontrol macho.... nak buat camno.. dah cinta serumpun tahan jer ler telinga...

Dan pada pertembungan menentang Gajah Putih minggu ni nanti.. gua tetap mendoakan agar si Harimau akan menang dengan begitu bergaya sekali.. tak kisah ler berapa gol.. janji monang.. cuma gua harap pemain pertahanan Harimau tak ler menggelupur sangat.. lebih-lebih lagi pada minit-minit awal perlawanan seperti yang kita tengok ketika mereka menentang Garuda malam minggu lepas.. adoiii!! sakit jantung siuttt!!.. kalau ler takda pak polisi yang berkawal kat situ mau jer masuk ke padang tolong diorang..