Selasa, 23 Oktober 2012

BAGI LER KITORANG BERDESUP...

Terbaca satu pandangan atau pendapat dari Sin Chew Daily mengenai sistem AES ni dalam ruangan Isu-isu Akhbar Cina di Utusan beberapa hari lalu membuatkan gua tersenyum sendirian.. artikel yang gua kira agak lawak bertajuk Jangan Pertikai AES itu diantaranyer berbunyi..

Dalam pada itu, ada Ahli Parlimen yang berkata, sepatutnya hak untuk memandu kenderaan mengikut kelajuan berbeza-beza itu diberikan berdasarkan prestasi enjin kenderaan.

Mungkin pada dasarnya, pandangan itu betul. Tetapi jika BMW dibenarkan memecut sehingga 130 km sejam manakala Kancil pula dihadkan hanya 90 km sejam kerana prestasi enjinnya yang kecil, ia sudah tentu akan menghina pemandu model kenderaan berkenaan. Ini akan menyebabkan berlaku budaya kasta dalam pemilikan kenderaan.


Pemandu kereta dengan kapasiti enjin rendah yang merasa terhina dengan peraturan itu sudah pasti akan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan. Setiap hari, akan ada rakyat yang berkunjung ke Parlimen bagi mengemukakan memorandum bantahan. - UtusanM'sia


Haaa sekarang suratkhabar dari Chongkau Post plak nak jawab.. cubo korang pikir sendiri.. adakah kalau kerajaan dah tetapkan had kelajuan di lebuhraya sekarang ni 110kmj.. maka kita semua yang lalu kat situ pun kena bawak 110kmj jugak termasuk motor kapcai dan basikal.. dah tentu tidak bukan.. ada jugak yang bawak slow.. ada yang bawak sederhana slow.. mana yang nak cepat tu paham-paham jer ler dia punyer berdesup.. kekadang bila nak cepat gua pun sama gak berdesup.. entah-entah mamat yang tulis artikal ni pun sama gak satu lapan kat highway...

Sebenarnyer gua amat bersetuju kalau had kelajuan kat highway tu dinaikkan sikit.. tapi hanya kat highway jer ler.. kalau jalan kampung tu gua rasa tak payah ler kut sebab kalau tak dinaikkan pun diorang tetap gak berdesup.. lagipun stakat 110kmj tu apa la sangat.. purata kelajuan yang boleh dibuat pun hanya stakat 100 hingga 105kmj jer..  tapi tak tau ler gua kalau korang oleh kontrol pedal minyak tu.. maintain jer 110kmj tak lebih dan tak kurang sampai ke kampung..

Dan gua pun tak nampak dimana kastanyer.. sebab gua tengok ada gak Mercedes.. BMW dan Honda kapcai lampu bulat yang bawak slow jer kat highway.. tapi si Kancil plak yang berdesup-desup macam orang sakit perut.. jadi apa masalahnyer kalau had kelajuan tu ditambah sampai 260kmj sekali pun.. cuba kita pikir larat ker si Kancil tu nak berdesup sampai 260kmj.. silap-silap mau tercabut skru siutt.. lain la kalau sesiapa yang tak ikut tahap kelauan 260kmj tu.. maka diorang tu akan disaman.. haa memang masak ler saper yang bawak motor kapcai ataupun yang bawak basikal.. lengoh siut nak mengayuh..

Dan gua pernah tengok sendiri.. dia punyer kereta bukan main power lagi.. eksos besau.. sport rim 17.. skirting kiri kanan tapi punyer ler slow siut.. macam nak pegi makan angin.. dah tu ikut lorong tengah plak tu.. sedangkan had kelajuan yang diwajibkan adalah 110kmj.. gua pun potong ler nak tengok apa yang dibuatnyer si mamat kat dalam tu... laaaa tengah layan talipon rupernyer.. aiii!!.. rasanyer mau jer gua berdemo dan hantar memorandum bantahan kat parlimen mengadu pasal mamat tu.. chehh!!..

Jumaat, 19 Oktober 2012

MEMFRANCAISKAN AES!!.. OKEY GAK..

PUTRAJAYA, 17 Okt  -- Para pengguna jalan raya diminta supaya jangan memberi peluang kepada syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membuat untung menerusi kesalahan-kesalahan di jalan raya. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya, dan tidak melanggar arahan lampu isyarat.

Katanya setakat ini, 14 kamera dipasang di seluruh negara di laluan yang dikenali oleh polis sebagai 'black spot' atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya sehingga membawa kematian. Beliau berkata hanya polis sahaja yang boleh mengenal pasti lokasi itu dan sistem ini sama sekali bukan ditampilkan untuk memberi keuntungan kepada syarikat konsesi AES.. - Bernama


Baru ler gua paham sekarang betapa pentingnyer sistem AES ni kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ni.. kalau ler gua tau.. awal-awal lagi gua dah berdemo.. desak pak Menteri supaya pasang benda ni kat seluruh pelusuk kampung.. termasuk kat kampung gua.. dan kalau boleh kat rumah pun gua nak pasang satu.. kira macam kempen Satu Kampung Satu AES ler..

Tapi camno pun pak Menterl.. lu jangan risau la.. gua dan rakyat M'sia yang lain akan cuba sedaya upaya untuk melingkup dan memufliskan tokey konsesi AES tu tanpa sikit pun membantutkan tahap kelajuan kenderaan kitorang.. termasuk la Skyline GTR dua tayar gua tu.... haa padan dengan muka tokey tu.. biar melingkup.. ada ker kereta power disuruhnyer bawak slow macam pegi makan angin.. chehh!!.. tapi gua tak la sampai hati nak suruh orang ramai supaya memboikot semua jalanraya kat negara ni.. kalau diboikot camno plak gua nak pegi kojo.. tak larat la plak hari-hari nak naik jet peribadi..

Sebenarnyer bukan susah pun nak melingkupkan diorang tu pak Menteri.. caranyer cukup mudah.. semudah memakan lempeng.. alaa bila nak sampai kat area kamera tu kitorang slowkan ler kereta.. motor ataupun beca kitorang tu.. kitorang ikut ler aturan tu macam pijak semut pun tak mati.. tapi bila lepas jer melintas kat kamera tu.. kitorang pun berdesup ler balik.. pecut macam orang hilang akal... haa amcam bijak tak kepalo otak gua ni.. tapi pak Menteri jangan plak bagi tau idea gua ni kat tokey konsesi AES tu yer.. bukan apo gua takut kocik hati plak tokey tu nanti..

Tapi kalau nak lagi cantik.. apakata pak Menteri suruh jer tokey konsesi AES tu supaya memfrancais sistem tu kat gua atau kepada sesiapa jer yang berminat.. nanti bleh ler gua pasang benda tu kat kampung gua.. tak dapat banyak dapat dua tiga bijik pun kira okey ler... bukan apo.. semenjak jalan kat kampung gua tu dah cantik.. gua tengok orang kampung bawak kereta pun bleh tahan gak desup-desup.. kalau dipasang mau rasanyer kamera tu tak menang tangan nak menangkap gambar.. apa susah.. nanti untung tu kita bagi la 50-50... samo kito kayo.. samo-samo la kito bergumbira..

Jumaat, 12 Oktober 2012

JANA PENDAPATAN DENGAN AES..

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pembangkang hari ini bersetuju untuk meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kemalangan jalan raya. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 berkata, penangguhan AES adalah penting supaya peraturan berkenaan tidak membebankan rakyat.

"Kita berharap perkara ini ditangguhkan, jangan menganiaya rakyat kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya ketika mencelah perbahasan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).


Fasa pertama pelaksanaan AES mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini sama ada kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Terdahulu, Tong Him memberitahu, AES wajar dikaji semula kerana sistem penguatkuasaan itu masih dalam tempoh percubaan.


"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya kerana kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan..-  Utusan M'sia


Memang sengal ler kalau ada yang mengatakan sistem AES ni mampu mengawal atau menurunkan kadar kemalangan.. entah malaon bangang mana la yang bagi idea merapu kat pak menteri kita buat benda ni pun gua tak tau la.. cuba ler bagi idea macamana nak kurangkan tol ker.. nak kasi turunkan harga petrol ker.. ini balik-balik bagi idea nak kasi melingkup.. nasib baik ada dua tiga kerat ahli parlimen yang berotak waras... kalau tak lagi jahanam.. daripada tu baik korang letakkan bumper atau bonggol jer sepanjang jalan kat negara ni.. dah tentu orang tak boleh nak bawak kereta laju..

Tapi kalau kata sistem AES tu mampu menjana pendapatan sampingan negara.. haa itu gua setuju.. cuba korang kira.. saman yang berjaya dikesan setakat ni lebih daripada 60 ribu.. dan satu saman dia punya denda lebih kurang RM350.. cuba korang kira berapa juta untung yang kerajaan dapat.. haa itu baru beberapa minggu dan berapo bijik mesin jer yang dipasang.. cuba bayangkan kalau mesin tu dipasang sampai berjuta-juta bijik.. kena setahun.... perghh!! mau tak kayo.. tapi yang tersenyum lebar sampai krem rahang dah tentu ler si mamat yang dapat tender pasang benda ni... 24 jam duit masyuk tu..  apa taknyer.. dikatakan mamat tu akan dapat komisen dari setiap saman.. lagi banyak dipasang lagi banyak masyuk.. kayo.. kayo. kayo..

Dan patut ler bila orang ramai suruh naikkan kadar kelajuan kat highway dari 110kmj kepada 120kmj bukan main liat lagi nak diluluskan.. bagi gua dalam keadaan sekarang ni had kelajuan 110kmj kat highway tu dah tak sesuai lagi dah.. ada ker kereta skyline GTR yang gua beli setengah juta bawak stakat 90-hingga 110kmj jer kat highway.. gilo ker tak gilo.. mamat kancil tengok pun tergelak pecah perut..

Sebenarnyer bukan gua  gua jer yang tak puashati.. malah ramai pak-pak menteri dan para VVIP tu pun sama tak sanggup nak bawak kereta slow motion macam makan angin kat hinghway tu.. dan gua pernah tengok sendiri macamana diorang tu berdesup laju kat highway macam pelesit.. malah siap ada pak polisi lagi tu kat depan..

Sebenarnyer semua ni bergantung pada sikap atau disiplin sipemandu bukannya sistem.. korang diletakkan la apa pun sistem.. AES ker.. AIS ker.. suruh ler pasang sepuluh seat belt pun dalam kereta tu dan gantungkan la kamera kat tengkok diorang.. lepas tu korang buat la segala macam tok nenek undang-undang.. tapi kalau dah bangsa bawak kereta macam setan cakap pun tak guna..

Bagi gua kalau jalan tu lengang.. lantak la kalau nak bawak kereta laju berdesup macam bawak jet peribadi.. gua takda halnyer.. tapi jangan bawak kereta macam orang hilang akal atau macam orang sakit perut masa jalan tengah sebok.. pancung kiri.. pancung kanan macam orang kena sawan.. siap bagi lampu lagi tu.. haa orang macam tu memang gua doakan terbalik masuk longkang jer....

Khamis, 4 Oktober 2012

ORANG KAYO.. BAGI LA GUA AIR..


SIMUNJAN – Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam. Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.


Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu. – Kosmo


Umang aiii.. ini betul punyer marah... kalau ler ada sesaper yang terminum air tu.. tak dapek la gua nak cakap apo.. mau ada yang mati keras terbeliak bijik mato.. apa taknyer air beracun tu!!.. adoii.. apasal la mamat tu tak curahkan jer air sirap ker.. air limau ker dalam loji tu.. haaa sedap ler sikit..

Laaa.. patut ler mamat tu mengamuk sakan.. dah berbulan rupernyer rumah tak berair.. mau tak hangin satu badan.. saper yang pernah alami pengalaman ni tau la macam mano dia punya azab.. bagi gua biar la takda letrik jangan takda air.. bayangkan la kalau duduk kat apartment lima enam tingkat yang takda lift.. dah tu anak plak ramai.. perghh!! cakap pun tak guno.. mau ada bersilat.. tak larat siut nak memikul air dua tiga tong.. silap-silap kena dua tiga round mau body tu berketul-ketul macam Hulk Hogan..

Cuma yang gua tak puas hati ialah selama ni mati-mati gua ingatkan hanya Kelantan dan Selangor jer yang kering kontang.. rupa-rupernyer ada gak negeri lain  yang tak berair.. kalau negeri miskin macam negeri gua tak heran sangat ler.. tapi ni negeri kayo.. minyak dan kayu balak melambak keliling pinggang.. dah tu bukan negeri jer yang kayo tapi dia punya pemimpin pun sama gak tak ketinggalan kaya-rayo.. beratus juta duit dalam bank.. sepuluh tahun pun tak habis kira.. tak percayo korang baca kat bawah ni..

Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia. Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara. Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta. Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.. - M'siaKini


Alaa.. gua tak terperanjat langsung la kalau harta anak-beranak pakcik Taib ni bertimbum mengalahkan Carlos Slim ataupun si Bill Gates.. tapi tak tau la gua kalau si Carlos Slim ataupun si Bill Gates plak yang terperanjat beruk bila tengokkan kekayaan pakcik ni dah mengalahkan diorang.. lagi pun apa nak diherankan.. memang patut pun pakcik Taib anak-beranak ni hidup kaya-raya tahap cipan dan mengaut segala harta yang ada.. takan korang tak tau.. bukan ke semuo tu dah termasuk dalam bidang tugas dia sebagai Pak Menteri..

Dan korang pun tak bleh la nak marah.. nak tuduh pakcik Taib tu kaki kelepet la.. kaki rasuah la.. bagi gua sebelum korang marahkan pakcik tu.. baik korang maki hamun diri korang dulu.. apa taknyer.. yang mencalonkan pakcik ni dah tentu ler bangang kelabu asap.. tak tau nak bezakan antara plastik dan kayu api… tapi masalahnyer korang sendiri yang sengal dan gatal tangan pegi mengundi pakcik tu buat apo.. kalau taksub sangat pun beragak ler.. ada ker disuruh musang jago reban.. mau tak melingkup..

Lagi pun cuba la korang pikir.. peluang dah depan mato.. lauk dah terhidang atas mejo.. pengampu dan penyokong pun sebok gak meraso.. jangankan pakcik Taib.. kalau gua jadi dia pun gua kelepet gak semua yang ado.. silap-silap dengan tayar-tayar beskal dan lampu kalimantang rumah korang pun gua rembat.. baru ler gua jadi Kasim Baba.. “Nasib baik kao panas.. kalau tak dengan kao-kao aku kebas”..