Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH KER TIDAK.. GUA NO HAL..

KUALA LUMPUR – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan. Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan. - Utusan M'sia

Adoii!! pening ler kepala gua bila bila tengok suasana politik separuh masak yang sedang melanda negara kita sekarang ni.. gua peratikan keadaan dah semakin kalut.. kepala hotak orang politik serta para pengampu diorang gua tengok pun dah semakin senget serta merapu tak tentu arah.. dah macam peserta Maharaja Lawak.. malah lawak diorang gua tengok lebih mampan.. jitu serta konsisten.. malah lebih slapstik dari filem Z.Lokman..

Pasal isu BERSIH yang sedang hangat skarang ni.. gua tak nak ler komen lelebih.. lagi pun gua bukannyer paham sangat apa yang diorang dok sebokkan pasal bersih tu.. gua pun no hal sebab gua pun tak mengundi.. yang gua tau puak yang satu ini nak sangat bersih.. tak boleh tidak.. dan yang puak lagi satu ni plak bermati-matian terguling-guling tak nak bersih.. gua pun tak paham dengan kerenah diorang ni… bagi gua kalau tak suka bersih duduk ler dalam longkang.. apa laa.. itu pun nak gaduh ko.. macam budak tak cukup umur..

Yang gua heran tengah dok kecoh-kecoh tu.. tetiba jer plak masuk cerita komunis.. dah macam filem daa.. gua rasa cerita komunis.. agen asing.. talibarut yahudi serta isu perkauman ni dah beberapa kali diulang cetak.. lepas tu senyap.. sampaikan pakai t-shirt ada gambar Che Guavera pun nak jadikan isu… apa la.. dulu gua pun ada selai baju ni.. tapi tak tau la gua letak kat mana.. nasib baik dah gaib.. klau tak dengan gua-gua sekali kena chop jadi talibarut komunis.. tak ker naya... tak pasal-pasal kena ISA...

Sebenarnyer dalam akta 10 perlembagaan.. kita ni dibolehkan untuk menyertai mana-mana perhimpunan selagi ianya aman dan tidak melibatkan senjata seperti bom atom.. C4.. tombak dan keris.. tetapi pada masa yang sama ada plak seksyen 27 akta pak polisi yang mengatasi perlembagaan.. yang memerlukan kita mendapatkan permit untuk berhimpun.. haa memang sampai mati hidup semula pun korang takan dapat permit.. cuma korang diberi satu hak keistimewaan yang tidak memerlukan permit.. iaitu untuk mendapatkan bom asap.. belantan dan pemedih mato....

Jumaat, 24 Jun 2011

SABAR LA YER JANTAN-JANTAN PAHANG...

KUANTAN - Lelaki di Pahang dilihat sedang menghadapi “saingan” daripada lelaki warga asing untuk mendapatkan pasangan hidup dan pekerjaan. Ini berdasarkan nisbah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing di Pahang seperti yang terkandung dalam penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru. – Bernama

Apa la punya nasib jantan-jantan kat Pahang.. nampaknyer susah betul diorang nak mengurat skarang ni.. awek dah la tak ramai.. ada la dua tiga kerat.. nak dapat punyer ler susah.. dah tu kena plak berebut.. dah macam nak beli tiket bolasepak final Piala M’sia.. bukan stakat kena bersaing sesama sendiri jer.. kena plak berebut dengan Mat Bangla dan Mat Indon.. itu tak masuk lagi Mat Pakistan jual karpet masuk line.. apa lagi la yang tinggal... yang ada pun separuh dah kena rembat.. dibawak lari oleh Mat Lombok..

Yang paling gua haru sebab yang kena rembat tu kebanyakannyer yang cun-cun plak tu.. dan yang tinggal cuma saki baki jer.. itu pun awek-awek otai.. macam makcik Kiah.. makcik Leha yang dah enam tahun menjanda.. macam si Tijah anak dara otai yang empat kali putus tunang.. haa itu la yang ada nak direbutkan beramai-ramai.. tak ke hangin satu badan..

Tapi kalau la korang rasa susah sangat nak carik awek nak dibuat bini.. apa kata kalau korang pegi kat Kampung Langkap.. kampung ni tak la berapa jauh dari kampung gua.. cuma lain daerah jer.. berhampiran dengan pekan Dangi.. kalau korang nak tau.. setiap tahun kampung ni ada buat party muda-mudi.. terutama waktu menyambut tahun baru.. .. siap ada live band lagi tu..

Dan masa ni la.. balak-balak dan awek-awek anak Orang Asli dari ceruk rantau.. jauh dan dekat pasang badan.. datang berkumpul kat kampung ni.. nak berpesta la katakan... tapi dalam ramai-ramai tu.. ada gak anak orang yang tak berapo nak asli yang sanggup datang menyelit tompang semangkuk nak berpesta.... perghh!! memang meriah..

Haa.. dan time ni la korang datang menyelit usya line.. mana tau jodoh korang ada kat situ.. alaa apa ada hal.. tak kisah ler Orang Asli ker tidak.. yang penting awek.. diorang pun manusia gak.. tapi itu dulu la.. tak tau la skarang ni.. ada ke tak lagi diorang buat party sambutan tahun baru tu.. alaa.. kalau takda pun apa salahnyer korang pegi.. korang sambut ler dengan Tok Batin kampung tu.. haa korang bersewang ler sampai pagi....

Gua pernah ler tanya bebudak kampung yang pernah tompang semangkuk memeriahkan majlis tu.. sebab gua pun nak tau gak apa yang best sangat pesta kat kampung Orang Asli tu..

"Macam-macam ada bang.. joget ada.. nak berjudi pun ada.. klau stakat mabok-mabok ni jangan cakap la.. dah nama pun kampung Orang Asli.. apo abang ingat kat Dataran Merdeka jer ker ado sambutan tahun baru..." jelas budak kampung gua dengan begitu bersemangat..

"Yerr kerr?.. errr!! ramai ker awek-awek yang cun-cun kat situ..? tanya gua tak puas hati.. mana la tau satu hari nanti bleh gak gua menyelinap..

"Ramai bang.. sampai tak monang tangan.. tapi diorang punya cun jangan cakap.. perghh!! serupa awek KL tuuuuu..." jelas budak kampung gua tu lagi.

Fuhh!!.. iyo ker ni.. gua cuma mendengar sambil tersenyum dalam hati... cehhh!!

Khamis, 16 Jun 2011

MAAFKAN LER DAUDSU..

“Hello Maro… apasal lu.. gua dengar lu tak sehat..?

“Memang pun.. gua kat hospital ler skarang ni..” terdengar sura Maro agak lemau di hujung talian..

“Apahal.. teruk sangat ker hangin senggugut lu sampai kena masuk hospital..?

“Senggugut tengkorak lu.. gua kena batu karang ler..” jawab Maro ringkas..

“Hahahaa!!.. nasib baik kena batu karang.. kalau kena batu bata atau batu blok gua rasa lagi haru..

“Cilakak lu spy Penanggah.. gua tengah sakit ni lu bleh main-main.. gua hentak lu dengan batu giling ni kang.. mau bersepai tulang rusuk lu..”

“Sorry ler Maro.. gua ingatkan lu masuk spital sebab lu kena pitam ker.. sebab Kelantan kalah 2-1 dengan Terengganu itu hari..”

“Lu jangan bikin panas spy Penanggah.. gua masih hangin dengan mamat yang baling mercun tu.. sebab perangai mamat tu ler buat Kelantan kalah.. hampeh betui.. kalau nak main mercun pun tunggu ler time raya.. kalau ler gua jumpa.. mau gua karate cuping telinga mamat tu..” leter Maro geram tanda tak puashati..

“Hahahaa!! jangan lupa Maro.. lepas lu lanyak mamat tu.. lu lanyak plak tokey yang jual mercun tu.. haa kalau bleh lu bom sekali kilang mercun tu.. baru padan dengan muka diorang tak dapat nak main mercun lagi.. err!! agak-agak berapa tahun lu nak lepak kat hospital ni.. tak berhajat nak kluar ker..?”

"Apa la lu.. kejap lagi kluar ler ni.. boring ler lepak kat hospital ni.. dah ler makan tak sodap.. awek pun tak dak yang cun-cun.."

"Okey ler Maro.. lu berehat ler.. jangan lupo makan ubat bebanyak terutama tongkat ali.. huhuhuu..”

Haa.. begitu ler luahan hati si Maro.. salah sorang diantara ribuan peminat fanatik team Red Warrior yang tak berpuas hati di atas kekalahan Kelantan dengan Terengganu tempoh hari.. walaupun piala seperti sudah berada dalam genggaman.. tapi nak buek camno.. takdir penentu segala.. jaringan sendiri Daudsu disaat-saat akhir membuat pemain dan penyokong Kelantan turut sama terkulai lesu..

Walaupun team Kelantan yang menggunakan sistem 8-8-8 dilihat bermula dengan agak garang dan bengis.. namun nampaknyer penyerang mereka yang ramai itu gagal untuk melanyak pertahanan Terengganu yang agak lemau dan lesu.. lebih mengecewakan lagi bila pertahanan Kelantan dilihat begitu malu-malu kucing dan agak gugup untuk mengekang asakan lemah gemalai dari para penyerang Terengganu.. yang hanya menggunakan sistem 1-1-1..

Balingan mercun dan bunga api oleh penyokong fanatik Kelantan pada masa kedua juga telah mengundang padah.. pengadil terpaksa memberhentikan permainan hampir 6 jam.. dan menambah 2 jam lagi masa kecederaan sebagai bonus untuk para para pemain dan penonton pada malam itu..

Melihat team Red Warrior seakan berpesta setelah mendahului 1-0.. maka Terenganu pun tidak membuang masa dan terus melancarkan serangan mengejut ke kubu Kelantan.. serangan ganas bertali arus di saat akhir inilah yang memaksa Daudsu menjaringkan gol sendiri.. sehingga membawa perlawanan ke masa tambahan yang menyaksikan pemain Terengganu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-479..

Kepada Daudsu.. gua harap korang jangan ler salahkan mamat ni kerana menjaringkan gol sendiri.. bukan salah dia pun... mungkin masa tu dia panik bila dengar mercun berdentum-dentam kat dalam stadium... dia ingat bom atom meletup ker.. dan dalam keadaan kelam kabut tu.. kalau gua jadi Daudsu pun gua akan jaringkan gol sendiri gak.. bukan stakat satu gol jer.. klau boleh lima enam bijik gua nak sumbat..

Isnin, 13 Jun 2011

KELAB ISTERI TAAT.. KASI GUA HANGAT..

Nampaknyer ramai tak setuju dengan penubuhan Kelab Isteri Taat.. bukan hanya dari para NGO wanita jer yang tak berminat.. malah ahli politik wanita pun turut sama terasa hangat.. saper tak takut tetiba suami menunjukkan minat.. nak tambah cawangan besarkan ladang yang sekerat.. sebab benda ni memang tak kenal rupa dan pangkat.. sedangkan yang tak berduit pun ado yang pasang spare part..

Kelab Isteri Taat ni bukan sebarangan kelab.. bukanlah kelab untuk taat suami yang selalu tumbang di kelab dangdut mahupun di night club.. hingga buat para isteri tidur malam pun tak berapo nak lolap.. dan bukanlah juga kelab untuk suami yang suka berhibur siap pasang kekasih gelap.. pantang diajak kawan terus berdesup desap.. makan kat luar katanyer lagi sodap..

Sebenarnyer kelab ni adalah untuk isteri-isteri yang sanggup berkompromi.. bagi lesen kat suami untuk berpoligami lagi.. bukan sonang nak carik isteri yang macam ni.. bukan hanya sanggup berbagi suami malah ditubuhkan kelab lagi.. semato-mato nak bagi suami happy.. silap-silap haribulan hantaran pun dio yang bagi.. peghh!! baru ler macam terasa dalam syurga di kelilingi seribu bidadari..

Memang susah nak jumpa bini baik macam ni... kalau ada pun hanya satu dalam sejuta itu pun belum tentu ada kat sini.. tapi kalau bab suami ni memang ramai yang berangan nak tambah bini.. cuma segan nak luahkan apa yang terbuku di hati.. bukannyer takut tapi cuma tak berani.. kena plak bini garang belum abis cakap dah kena serang.. silap-silap nanti kepala plak yang kena parang..

Gua tau ramai suami yang berangan macam tu.. walaupun tau diri tu tak berapo nak mampu tapi masih tak nak mengaku... sebenarnyer itu semua perasaan ego yang datang meresap dan menggarap.. lebih nafsu dari kudrat.. apa lagi air tongkat ali pun di lahap macam sirap.. agar senjata sentiasa gagah dan berkilat.. sedangkan nak jaga ladang seekar pun tak berapo nak larat..

Yang paling best awek gua pun tak sabar nak join kelab ni.. gua nasihatkan dia.. sabar la sikit maso pun tak sesuai time begini.. sebab kita pun belum apa-apa lagi.. tengok sekarang ni.. nak kawin pun kito no money... nak pinjam along tak berani silap hari bulan nyawa yang jadi galang ganti..

Bilo gua cakap camtu dio terus melalak.. tak bleh tidak nak join gak.. menangis sampai mato naik bengkak.. aduhh susah betul la orang yang suka merajuk dan tak makan dek pujuk.. mau jer gua hentak dengan senduk.. sampai dahi tu bertanduk.. tapi biaser ler orang pompuan ni merajuknyer sekejap.. sajer nak bermanjer mintak diusap-usap.. selagi tak dilayan selagi tu ler dio berasap.. sampai kita nak tidor pun tak boleh nak lelap..

Awek gua bagi tau.. sebenarnyer dia tak sabar-sabar nak bermadu.. best katanyer hidup bermadu seperti naik kereta ada yang pandu.. macam makan nasik ulam dicicah plak dengan budu.. huhuhhuuu!!! gua hanya diam tersenyum sipu.. dalam hati hanya Tuhan jer yang tau.. rasa macam nak menjerit berguling masa tu.. tapi takut plak ado yang sound gua kat situ.. woii!! orang gilo mano plak tu..

Gua pun tak berani sangat ler nak perangat.. takut nanti tetiba plak dio jadi hangat.. dari green light cerah langsung jadi golap.. tak pasal-pasal plan dah begitu punya cantik terus jadi malap dan tersekat.. haa baru ler gua terkulat-kulat.. sedangkan dalam hati dah berniat nak pasang empat…

Khamis, 9 Jun 2011

TENAGA NUKLEAR.. PENTING SANGAT KER?!!..

MOSCOW - Rusia akan menghantar satu delegasi pakar nuklear ke Malaysia minggu depan untuk meneroka peluang dalam membangunkan loji tenaga nuklear pertama negara. Ketua pengarah Perbadanan Tenaga Atomik Negara (Rosatom) Sergey Kirienko berkata delegasi itu akan membuat penyampaian secara terperinci termasuk aspek teknikal dan kewangan. - Bernama

Sebagai pengampu tegar kerajaan 1M’sia.. disini gua ingin menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi tehadap niat suci murni pihak kerajaan yang dilihat begitu bercita-cita tinggi untuk membina sebuah loji nuklear bagi meringankan beban penduduk kampung yang selama ini begitu menderita akibat kekurangan tenaga.. terutama tenaga batin..

Mengikut kajian abang Ajib seorang kontraktor kelas F dari Kampung Pandan menyatakan loji nuklear yang menggunakan kepakaran dari Rusia itu dikhabarkan akan dibina di Putrajaya.. betul-betul bersebelahan dengan kediaman perdana menteri.. ini adalah kerana kawasan tersebut dikenal pasti begitu klear dan selamat serta aman dan damai dari aktiviti mat-mat rempit.. terutama pada malam minggu..

Isteri abang Ajib iaitu Kak Mah yang agak obes turut tidak ketinggalan mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan bahawa logi nuklear berkuasa bateri AAA tersebut dijangka mampu menghasilkan 1,000 megawatt tenaga eletrik sejam.. bersamaan 560.56bhp atau pun 320 kuasa kuda kepang.. malah kak Mah turut memberi jaminan bahawa tenaga nuklear tersebut juga mampu menghilangkan gatal-gatal kulit serta melangsingkan badan kepada sesiapa yang terkena radiasi nuklear tersebut..

Dengan adanya kemudahan loji tenaga nuklear juga diharap penduduk kampung tidak lagi menghadapi masalah untuk meningkatkan tenaga dalaman masing-masing ketahap maksima.. serta tidak lagi bergantung kepada tenaga tongkat ali dan kacip fatimah untuk menambahkan tenaga masing-masing.. abang Ajib serta isteri kesayangan beliau kak Mah menyatakan dengan peralihan tenaga tongkat ali kepada tenaga nuklear tersebut diharap kadar kelahiran rakyat negara ini akan dapat dipertingkatkan dengan lebih pantas dan jitu..

Walaupun projek loji nuklear tersebut dibantah keras oleh parti Bulan Mengambang.. namun itu semua tidak mematahkan semangat abang Ajib dan kak Mah untuk melobi pihak kerajaan 1M'sia... agar syarikat milik mereka.. iaitu Anak Beranak Enterprise akan turut dipilih untuk menerajui projek nuklear pertama negara ini kelak... malah beliau memberi jaminan bahawa tragedi kejadian bumbung runtuh dan tiang tercabut sewaktu membina balairaya oleh syarikat Anak Beranak Enterprise di Kenya tahun lepas tidak akan berulang lagi..

Jumaat, 3 Jun 2011

ASTORA.. MENGIMBAS KISAH SILAM..

Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini. Astora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya. "Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir... - M'siakini

Caya la lalu Astora.. setelah sunyi sepi tanpa berita.. tetiba dengar lu dah beralih arah kedunia politik.. dan paling best lu jugak akan menjadi calon untuk pilihanraya di Thailand akan datang... alaa tak mustahil pun.. sebab gua tau lu punyer kabel politik memang power kat M’sia ni.. kena plak lu dulu adalah antara penyokong tegar kepada Mahathir dan UMNO.."

Astora Jabat… satu sosok nama yang agak top satu ketika dulu.. pandangan beliau dalam mengutarakan isu agama dan politik di lihat agak songsang.. kontroversi dan janggal pada sesetengah pihak di negara kita ni.. seperti masalah aurat.. tiada azab kubur.. ada firaun baik dan yang best makan daging katak sebenarnyer tak haram.. sama seperti makan daging tupai.. cumo terpulang ler kat korang nak makan.. kalau korang suka.. daging buaya tu pun korang oleh pulun.. daging anjing dan daging tapir gua tak tau la..

Ini adalah berdasarkan pendapat beliau dalam al-Quran menyebut hanya babi jer yang haram dimakan.. sedangkan haiwan lain halal dimakan kecuali bangkai.. darah yang keluar mengalir.. binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik dan yang mati dipukul.... (klau rajin korang belek-belek ler balik artikel beliau ni di utusan.com.my bertajuk Kecoh Hukum Makan Katak..)

Pandangan janggal Astora dalam ruangan Bicara Agama dan kritikan politik beliau yang kaw-kaw terhadap pembangkang di Utusan bukan sahaja mendapat perhatian dan kritikan dari segelintir para ulamak dan mufti… malah turut menjadi mangsa hentaman dan kritikan yang kaw-kaw jugak dari pihak pembangkang.. namum begitu Astora tetap mendapat sokongan padu dari geng-geng UMNO.. begitu ler kuatnyer pengaruh si Astora ni..

Apa tidaknyer.. sewaktu ramai pemimpin UMNO yang kecut telur ketika Mahathir dan Umno dihentam kiri dan kanan.. bermula dari kes pemecatan Anwar Ibrahim sampai ler Mahathir pencen.. si Astora ni la yang menjadi hero dan tukang pukul..

Gua perhatikan Astora ni memang slamber.. walaupun ada tulisan beliau yang gua tak berapa nak setuju...tapi gua respek dengan si Astora ni kerana beliau sanggup naik ke pentas PAS untuk berdebat.... walaupun kena booooo!! itu tak menjadi soal.. yang penting lawan.. nak harap pemimpin UMNO berdebat.. hadooo!! klau ada masa tu pun stakat Ibrahim Ali jer ler.. (gua pernah pecah perut tergelak berguling bila dengar kaset Ibrahim Ali berdebat dengan geng PKR masa dulu.. acara debat dah jadi acara lawak.. tapi abang Brahim tetap slamber... hahaaahaaa!! )

Di era pemerintahan Pak Lah... bekas ketua pengarang majalah Al-Islam ini jugak turut berkesempatan menyumbangkan idea.. masa dan tenaga dalam menjayakan promosi Islam Hadari.. malang hayat beliau di Utusan tidak lama dan terus hilang.. seperti hilangnyer Pak Lah bersama Islam Hadari...

Sebenarnyer gua tidaklah begitu rapat dengan sosok yang mengaku tiada bermazhab bernama Asora Jabat ni.. namun begitu ada jugaklah beberapa kenangan lawak antara gua dengan member gua si Nuek Haikal yang masih segar di ingatan sepanjang gua mengenali beliau.. dari segi persahabatan gua mengaku beliau ni memang baik.. peramah.. kaki lawak.. tak sombong... kira boleh dibuat kawan ler..

“Astora.. bukan ker kalau kita pegang anjing atau babi.. kita disuruh basuh dengan air tanah dan lepas tu dibilas plak dengan air bersih beberapo kali...?” tanya gua satu hari ketika kitorang melepak dan beborak sewaktu minum petang di sebuah gerai di Shamelin..

“Apa susah-susah basuh dengan air tanah.. basuh dengan sabun jer boleh..”

“Aii kan ker Nabi suruh kita samak dengan air tanah?”.. tanya gua keliru..

“Alaa.. zaman Nabi dulu mana ler ada sabun..”jawab beliau slamber..

Mendengar kata si Astora gua pun terdiam.. nak berhujah apa lagi.. nanti klau disuruhnyer gua bukak hadis.. apa la yang gua nak bacakan.. dah ler gua bukannyer pandai sangat bab-bab agama dan hadis ni....